HOME
▼
Pages
▼
Monday, 31 December 2012
BUKTI!!! APA YG PEMIMPIN PAS BUAT SEMASA BENCANA BANJIR DI KELANTAN??
Suasana di Tambatan D'Raja Kelantan, Kota Bharu pada 9.30 pagi, 26 Disember 2012
Tok Pa turut melawat mangsa kemalangan motosikal yang berpindah di pusat pemindahan banjir
Datuk Ahmad Maslan beramah mesra dengan mangsa banjir yang berpindah di pusat pemindahan di Mulong Kota Bharu
Datuk Ahmad Maslan turut menbantu sukarelawan memasak bagi menyediakan makanan kepada mangsa banjir di Kota Bharu
Datuk Awang Adek menyampaikan sumbangan bantuan makanan kepada mangsa banjir di Tumpat
TPM melawat mangsa banjir di Rantau Panjang
DS Zahid Hamidi menyampaikan sumbangan bantuan makanan kepada mangsa banjir di Pasir Mas
Tok Pa menyampaikan sumbangan bantuan makanan kepada mangsa banjir di Pasir Puteh
Alhamdulillah..Terima Kasih.
Salam Mesra,
Guruh Badai
Sunday, 30 December 2012
Orang Asli Gua Musang Mengamok !!!
DIPETIK DARI SINAR HARIAN KELANTAN
30 Disember 2012
30 Disember 2012
GUA MUSANG – Lebih 100 penduduk Orang Asli di Pos Belatim dan Dakoh, dekat sini, akan mengadakan demonstrasi untuk membantah tindakan Kerajaan Pas Kelantan meluluskan tanah yang sudah diusahakan mereka kepada Perbadanan Ladang Rakyat.
Tempat perhimpunan itu belum dapat dipastikan sama ada di pos berkenaan atau depan Kota Darulnaim pusat pentadbiran kerajaan Negeri sambil menyerahkan memorandum bantahan itu dan mendesak kerajaan negeri menghentikan berbuat demikian.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak, Kamal Alik, berkata, Orang Asli sekarang semakin tidak puas hati dengan corak pemerintahan kerajaan negeri itu khususnya mengenai pengambilan balik tanah yang sudah diusahakan.
Katanya, setakat ini seluas 4,000 hektar tanah sudah dimajukan sebagai ladang rakyat termasuk 1,600 hektar di Pos Belatin dan 2,400 hektar di Pos Dakoh hingga timbul banyak masalah kepada kaum itu untuk mencari punca pendapatan.
“Kita akan mengadakan demonstrasi itu dalam masa terdekat ini kerana kita rasa hidup terpinggir disebabkan masalah itu yang berterusan tanpa ada rundingan terlebih dahulu dengan
penduduk Orang Asli tempatan,” katanya sambil menunjukkan papan larangan memasuki kawasan Ladang Rakyat, di Pos Belatin, semalam.
Kamal berkata, berikutan pembukaan ladang rakyat secara meluas itu juga menyebabkan kebanyakan penduduk terpaksa mencari peluang pekerjaan di luar kampung mereka.
“Sebelum ini banyak tanaman yang diusahakan penduduk tempatan disodok syarikat terbabit dan kami tidak ada kuasa untuk menghalangnya berikutan tanah terbabit juga mempunyai hak milik kaum kami,” katanya.
Seorang penduduk Orang Asli, Alang Donggeng, 43, pula berkata, kerajaan Pas sewajarnya memberi perhatian terhadap nasib hidup kaum itu terutama memberi peluang dalam pembangunan
tanah sebagai sumber pendapatan.
Beliau berkata, kaum itu bukan mahu tanah yang luas seperti yang diusahakan syarikat pembangunan ladang terbabit, tetapi sekadar mampu diusahakan bagi tujuan itu.

Saturday, 29 December 2012
Aduh!Blogger Terkenal Pas Marah SUA Nik Aziz
Dari semalam lagi saya nak buat teguran sedikit kepada setiausaha akhbar MB Kelantan Fadli Shaari yang pada saya ada ketikanya beliau tidak relevan untuk menjawab segala permasalahan berkaitan kerajaan dan parti yang diluruhkan di kaki bosnya, Tokguru Nik Aziz.
Fadli: Perlu berwaspada.
Bukan bermakna semua isu yang dibangkitkan menerusi media massa menjadi tanggungjawab setiausaha akhbar atau perlu dijawab olehnya hanya atas alasan dia "setiausaha akhbar". Fadli perlu memilih isu-isu yang relevan dan terlayak dipikul olehnya saja untuk menjawab. Hatta kalau pun beliau menerima arahan daripada Tokguru, tidak semestinya beliau terus patuh sebaliknya beliau kena rujuk kepada mana-mana pihak lain atau individu sebelum menjawab.
Jawaban yang hendak disampaikan menerusi media massa perlulah kemas, bukan saja dari segi bahasa tetapi susunan ayat-ayat yang digunakan, dan lebih-lebih fakta dan hujah perlu dipastikan ia akan mematikan isu bukan menjadikan ia bertele-tele. Dalam politik jika kita ingin memukul sesuatu kena pastikan apa yang dipukul itu terus mati dan kayu pula tidak patah.
Saya timbulkan ini kerana ada sesetengah penjelasan dibuat oleh Fadli tidak padan dengan diri dan 'kederat'nya. Maksudnya beban yang cuba dipikul bagi meringankan diri Tokguru tidak layak ditanggungjawab olehnya. Disebabkan keadaan itu menyebabkan isu yang cuba dijawab itu bukan saja selesai tetapi mendedah kelemahan lain dan menambahkan masalah lain pulak.
Saya terus mengambil contoh berhubung isu dibangkitkan oleh blog kemudian dipetik oleh media PB (Utusan Melayu), dalam isu ini bukan saja Fadli tetapi orang lain juga simpati kepada Tokguru kerana dipermainkan begitu sekali. Maka Fadli cuba menjawabnya untuk menghentikan isu berkenaan. Niat dan usaha itu terpuji.
Dalam menjelas dan menjawab isu itu, dua perkara atau pendekatan diambil, pertama dengan mengancam untuk saman media berkenaan dan mana-mana individu yang 'mabuk todi' dengan isu tersebut. Fadli boleh menjawab atau memberi tahu hal pertama itu. Tetapi langkah kedua cuba memberi penjelasan secara terperinci mengenai kronologi bagaimana tanah seluas 10,526 hektar kepada pemimpin DAP itu nampak kekok dan "berat" sedikit.
Dengan memberi kronologi itu Fadil mengira dapat difahami mengenai status tanah berkenaan. Tetapi apabila ia mendedah perkara yang tidak perlu seperti mana surat kelulusan / persetujuan Awang Adek Hussein tentang apa dipohonkan oleh YIK itu ia memberi kesan lain. Rasanya tidak perlu surat Awang Adek itu. Isu di sini ialah sedikit saja, tuduhan yang pemberian tanah itu untuk mendapatkan jawatan MB Perak menerusi Nizar Jamaluddin. Itu isunya. Dengan cuba mengaitkan Awang Adek alias UMNO terlibat dalam kelulusan tanah itu ia tidak tepat dan sedikit 'ngor'.
Fadli sepatutnya berputar di sekitar itu di mana ia telah turut terjelas dalam kronologi itu. Pendedahan Awang Adek itu tidak perlu sebab orang tahu siapa yang berhak dan berkuasa memberi tanah berkenaan. Apakah surat atau dokumen itu ingin melawan dokumen pemilikan syarikat dan kertas bukti pembelian tanah oleh pemimpin DAP itu seperti mana didedah?
Tidak semuanya dokumen dilawan dengan dokumen, apa lagi dokumen yang dibalas itu akan diambil musuh untuk melayak kita balik. Bagi saya fitnah itu perkara remeh walaupun kesan tindakan besar, menyaman balik di penuduh. Fitnah sebegitu terlalu banyak berlaku dan akan berlaku. Menjelang pilihan raya makin banyak buah-buah fitnah digugurkan di kaki Tokguru.
Tokguru Nik Aziz boleh selesai segala tuduhan itu dengan menjawab secara mantik saja, katakan bahawa apa didedahkan Utusan itu fitnah belaka dan ini tidak perlu di'kulasah'kan kerana semua orang mengetahui bahawa akhbar berkenaan adalah fitnah. Kita sudah menolak Utusan sebagai Abu Lahab atau pun Abdullah Bin Ubai, tetapi kenapa dalam keadaan tertentu kita masih menganggap ianya Abu Bakar, Umar, Othman dan Ali?
Kadang-kadang saya tengok baik Tokguru atau pun pemimpin Pas lain tidak dapat membuang Utusan seperti mana ibu tua yang serba salah untuk membuang kucing yang sudah lama tidur dalam selimutnya. Dalam fanction tertentu Utusan masih dipanggil dan dilayan seperti tetamu. Dalam hal ini Keadilan lebih konsisten dalam bermusuh dengan kertas penyebar fitnah nombor 1 ++ itu.
Berbalik kepada isu tanah tadi, melihat cara Fadli menjawab isu itu bukan menyelesaikan tetapi merusutkan keadaan atau memakan diri sendiri.
Lagipun saya rasa isu-isu seperti itu dianggap besar dan menyentuh dasar dan polisi kerajaan tidak elok dijawab oleh setiausaha akhbar. Bukan orang berjatawan setiausaha akhbar layak menjawabnya. Sepatutnya MB mengarahkan setiausaha politik, setidak-tidaknya ataupun pengerusi tanah Kelantan atau mana-mana exco bagi menjelaskan perkara itu ataupun Pengarah Yayasan Islam Kelantan (YIK) sendiri kerana ia menyentuh soal YIK.
Jawaban dan penjelasan dari pengerusi tanah yang kini dipegang oleh TMB Ahmad Yaacob atau Pengarah YIK lebih kemas dan menyakinkan. Ia juga nampak serius. Lainlah kalau MB mahu dilihat isu itu kecil maka orang kecil dan kurang berkelayakan seperti Fadli menjawabnya. Tetapi kalau itu maksdunya ia tidak sampai kerana orang kecil kurang hemah dan politikingnya.
Keadaan sama pernah berlaku sebelum ini di zaman Wan Ismail Wan Jusoh menjadi setiausaha akhbar dan Husam Musa menjadi setiausaha politik MB. Banyak isu-isu yang timbul disekeliling Tokguru di mana ia memerlukan jawaban Togkuru tetapi digalang ganti menjawabnya oleh mereka berdua. Kerana kerajinan dan 'kelacatan' mereka menyebabkan seolah-olah mereka menjadi MB dan ada kalanya mulut mereka lebih panjang dari MB.
Saya masih ingat macam mana Wan Ismail boleh bercakap mengenai isu pembalakan dan urusan tanah negeri di mana perkara itu adalah di dalam bidang kuasa mutlak MB sedangkan tugas beliau hanya menggunting akhbar.
Perkara-perkara sebegitu mengenai dasar dan polisi kerajaan tidak boleh dijawab oleh pegawai seperti setiausaha akhbar kerana ia memerlukan autoriti dan responsibiliti. Setiausaha akhbar tidak mempunyai kuasa dan tanggungjawab itu. Misalnya mana boleh tukang kebun untuk menjawab dan menjelaskan masalah silibas sekolah, walaupun mereka menjadi penjaga kebersihan sekolah berkenaan. Masalah silibas dan pendidikan hanya guru besar saja berhak dan ada autoriti untuk menjawabnya.
Untuk masa akan datang demi menjaga standard dan integriti sebuah kerajaan Islam semua pihak perlu beringat dan berhati-hati. Pihak Fadli kalau pun beliau diarah oleh Tokguru untuk memberi apa-apa penjelasan tidak seharusnya beliau terus ambil pen dan keras menjawabnya. Beliau perlu rujuk kepada setiausaha politik, atau setiausaha sulit kanan (SUSK) MB terlebih dahulu. Rujuk kepada setiausaha politik bagi mengetahui implikasi politik, rujuk kepada SUSK untuk mengetahui apakah status atau kesan dari segi peraturan dan undang-undang.
Bukan bererti bila Tokguru minta sdr menjawab ia bererti sdr kena buat kenyataan dan hantar ke media massa tanpa melalui saringan dan semakan mana-mana pihak. Tugas mutlak sebagai seorang setiausaha akhbar ialah mengunting akhbar, membuat ucapan kepada MB di mana isi ucapan itu juga harus menerusi setiausaha politik, SUSK ataupun pihak pihak penggubal dasar dan polisi kerajaan. Itu tugas mutlak, dan bukan turut memberi pandangan dan idea sendiri. [wm.kl.8:29 am 26/12/12](dipetik dari msomelayu.blogspot.com)

Terkini Senarai Tanah di Kelantan Untuk Di Jual
TANAH OOO TANAH ( LEPAS BERI KO NGA DAN NGEH....PUAK PUAK AMBO PULAK DAPAT)
Melalui DAMAI atau Darulnaim Agro Management Industries Sdn Bhd (No.Syt : 137907-P) didapati individu yang disenaraikan ini telah memiliki tanah tanpa mengistiharkan harta kepada Kerajaan Negeri Kelantan sejajar dengan arahan Kerajaan : Peraturan - Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib ) 1993 Perintah Am Bab D Peraturan 10 mengenai Pemilikan Harta dan bayaran cukai kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
- Inilah pemilik pemiliknya :- jeng jeeng jeeennng..........
1. Nik Aziz Nik Mat - Lot no 51 di Kawasan Relai dan Lot 31 di kawasan Lojing 1.
2. Tuan Sabariah Tuan Ishak- Lot no 29 di kawasan Lojing 1
3. Dato Ab Halim Abd Rahman - Lot no 99 di kawasan Relai dan Lot no 33 di kawasan Lojing 1.
4. Datin Aminah Abdullah - Lot no 100 di kawasan Relai
5. Ahlaami Abd Halim - Lot no 101 di kawasan Relai
6. Adlina Ab Halim - Lot no 102 di kawasan Relai
7. Dato Omar Mohammeed - 2 lot ( 1 Lot di kawasan Jeli dan 1 Lot di kawasan lojing 1)
8. Razak Abbas _ Lot no 37 di kawasan Jeli
9. Wan Adnan Wan Ab Kadir - Lot no 39 di kawasan Relai
10. Mohd Naim Mamat - Lot no A-02 di kawasan Jeli
11. Nasaruddin Daud - Lot no A 120 di kawasan Jeli
12. Hasnan Hassan - Lot no 58 di kawasan Lojing 2
13. Jamilah Ibrahim - Lot no 83 di kawasan Lojing 2
14. Hanafi Daud - Lot no 34 di kawasan Jeli
15. Hanifa Ahmad - Lot no 23 di kawasan Jeli
16. Abdullah Yakub - Lot no B08 di kawasan Jeli
17. Zulkifli Yaakob - Lot no 105 di kawasan Relai.
SEBARANG PERTANYAAN BOLEH TEL KE 09-7462805 ATAU 09-7462807 ( DAMAI ) juga boleh bertanya kpd
Pejabat Setiausaha Syarikat UB Consult Sdn Bhd
09-7474588 atau 09-7474589

Thursday, 27 December 2012
BUKTI!!! HIMPUNAN SEDAR 2.0 KOTA BHARU..WOooWW
Himpunan Sedar 2.0 anjuran NGO-NGO di Kelantan yang bermula sekitar 10.00 pagi -12.00 tghari ini telah mendedahkan segala kepincangan dan penipuan Kerajaan PAS Kelantan...huh..banyak2..tahniah penganjur dan penceramah krn pendedahan anda telah benar-benar membuatkan rakyat Kelantan tahu jika selama ini ada diantara kita tidak tahu....bermula dari isu tanah,isu air, ADUN2 yang sedang 'buat' harta, penipuan sana sini, janji-janji manis dan banyak lagi lahhhhhh...
Rupanya NGO R tak senang duduk dengan penganjuran Himpunan Sedar 2.0 ini...maka mereka nak anjur juga himpunan pada jam 12.00 tghari di Depan Kelab PAS..yang kesiannya dari jam 12.00 tghari hingga 12.30 tghari hanya kelihatan 7-8 orang pihak NGO R duk mundar-mandir kat kaki lima gelisah kumpul orang...tak menjadi himpunan mereka...kebanyakkan puak2 mereka duk dlm keta malu nak keluarrrrrrrr.....yang keluar hanya 7-8 org tu je aku lihat....huhu..
Salam Mesra,
Guruh Badai
Wednesday, 26 December 2012
Monday, 24 December 2012
Monday, 17 December 2012
BUKTI !!!! TOK PA STEADYYYY!!!!
Tahniah diucapkan kepada Dato' Sri Mustapa
Mohamed di atas pelancaran "Kelab Tok Pa" di Kota Bharu malam tadi pada Majlis Ramah Mesra Rakan Online Bersama Dato' Pa...Ayuhhhh...kumpul idea...selaras..serangggggg!!!!! 'Mereka' telah goyah (hanya memerhati dari jauh tanpa sebarang aktiviti)..huhu...!!~!!~!!
Salam Mesra,
GURUH BADAI
Salam Mesra,
GURUH BADAI
Thursday, 22 November 2012
Wednesday, 14 November 2012
BUKTI !!! CAKNA RAKYAT...FROM KOTA BHARU WITH LOVE
Sekitar program bersama rakyat yang sempat dikongsi untuk tatapan kita bersama . Pemimpin-pemimpin seperti inilah yang diharapkan oleh rakyat, pemimpin dan rakyat sama2 satu hati. Takkan nak harapkan pemimpin-pemimpin (sebelah sana) yang tak turun padang menemui rakyat sebaliknya berterusan ceramah di atas padang serta di celah-celah rumah dan di kaki lima kedai yang hanya untuk melemparkan kata-kata kesat, memecahbelahkan rakyat dan ucapan yang tiada fakta. Rakyat dah tak layan dah semua tu......buang masa. Apapun, Tahniah Tok Pa, Datuk Fatmi dan Tan Ken Ten,Tahniah pemimpin BN.
"PEMIMPIN CAKNO,RAKYAT SUKO"
Salam Mesra,
GURUH BADAI.
Thursday, 8 November 2012
BUKTI !!! SELAMAT DATANG TPM KE KELATE
PEMUDA UTUSAN KELANTAN....pihak lain nak boikot Utusan kan???
Kita pulak angkat Pemuda Utusan..ayuh Pemuda..Harapan Nusa Bangsa....
Gambar sekitar kehadiran TPM ke Kelantan (8 Nov 2012)
ayuh RAPAT-RAPAT kuatkan benteng..Insyaallah.
salam mesra,

Wednesday, 7 November 2012
BUKTI !!! LADANG RAKYAT VS FELDA
Jom...kita pakat2 baca...sikit je nih...sana sini duk bising pasal Felda..duk bising pasal Ladang Rakyat...ni sekadar utk menambah pengetahuan puak-puak yang duk bising sekampung tu....selamat menambah pengetahuan..walaupun sedikit tapi ianya cukup dan padat.......!!!
Salam Mesra,
Guruh Badai
Salam Mesra,
Guruh Badai
Tuesday, 6 November 2012
BUKTI !!! PENGUMUMAN UNTUK ANAK MUKIM
Jom..kita pakat tengok gaji tok imam (tua dan muda)....rupanya Kerajaan Persekutuan membayarnya dengan nilai yang sepatutnya diterima oleh para imam-imam jika dibandingkan dengan bayaran dari Kerajaan Negeri. Ini menunjukkan Kerajaan Persekutuan benar-benar prihatin dan cakna...
*aku tertarik ayat kat bawah tu...wahai YB-YB...hehehe
Salam Mesra,
Guruh Badai
*aku tertarik ayat kat bawah tu...wahai YB-YB...hehehe
Salam Mesra,
Guruh Badai
Monday, 29 October 2012
BUKTI !!! NGO ROYALTI MENCARI PUBLISITI PADA LEMBU.
ni emel yang aku terima dari seseorang (mungkin penyokong PAS)..
"Aku tak paham kenapa pihak yang ingin menaikkan nama atau lebih sesuai digelarkan 'mencari publisiti' ini seakan tidak ada otak krn semua benda nak di politikkan...sehinggakan lembu yang nak diqurbankan pun 'dimainkan' oleh mereka.kalau macam inilah pemikiran mereka...tidak mustahil para pengikut PAS akan keluar parti beramai-ramai...ini tidak mustahil.Aku sendiri pun berasa malu untuk berkumpul dan berbual sesama pengikut PAS (Kelantan) walaupun jarang-jarang balik ke kampung. Perbualan mereka kearah perkara yang tidak masuk akal...tidak seperti dahulu....Aku yakin sekiranya pengikut PAS masih berada di takuk lama....PAS akan kecundang jua di bumi Kelantan."
Salam Mesra,
Guruh Badai
Thursday, 25 October 2012
BUKTI KENYATAAN NIK AZIZ YANG DIKATAKAN KONSISTAN...(SIRI 4)
Inilah sikap sebenar pemimpin yang diagung-agungkan oleh penyokong tegar mereka. Tiada pendirian yang teguh dan sentiasa berubah-ubah mengikut hawa nafsu semata-mata. Apa yang penting, penyokong mereka akan MENERIMA segalanya yang keluar dari mulutnya...fikirkanlah wahai pembaca budiman...
Nantikan siri-siri berikut...tunguuuu....
-Duri SemaluKu-
Monday, 22 October 2012
BUKTI !!! CEPAT2 LA SEDAR YE..
oppssss...skali skala layan lukisan best gak...ada rahsia tersembunyi...pikir la ye..
Salam Mesra,
GURUH BADAI
Salam Mesra,
GURUH BADAI
Friday, 19 October 2012
BUKTI !!!! PROJEK LADANG RAKYAT PAS GAGAL???
Salam Mesra,
Guruh Badai
Wednesday, 17 October 2012
BUKTI KENYATAAN NIK AZIZ YANG DIKATAKAN KONSISTAN...(SIRI 3)
Lagi kenyataan yang terumbang ambing keluar darinya. Namun adakah penyokongnya ingat atau sekadar MENERIMA segalanya. Apa yang penting bagi mereka, Dialah contoh pemimpin terbaik di kalangan yang ada.
BUKTI !!!! KATA-KATA SIAPA NIH???
Hebat kata-kata ni..daripada siapa? dan ditujukan khas kpd siapa dan pihak mana nih??? oleh itu..SEDAR, INSAF dan TUKAR!!!!
Salam Mesra,
GURAH BADAI
Salam Mesra,
GURAH BADAI
Friday, 28 September 2012
BAJET 2013: PERTUMBUHAN SEIMBANG, BERKUALITI DAN BERKEBAJIKAN RAKYAT
Hari ni, tepat jam 3.55 petang, PM dijangka akan membentangkan Bajet 2013 di Bangunan Parlimen yang sememangnya ditunggu-tunggu oleh seluruh rakyat Malaysia. Bagi yang berfikiran positif, walau apapun butiran bajet yang diumumkan, mereka menerima dengan hati yang terbuka. Jika banyak 'hadiah' kerajaan berikan, mereka menadah tangan memanjat kesyukuran kepada Ilahi kerana dalam keamanan dan kesejahteraan negara berdepan dengan geloncakan ekonomi dunia, Malaysia masih mampu bertahan di dalam situasi yang getir ini. TETAPI bagi mereka yang berhati busuk dan senantiasa berfikiran negatif, setiap pengumuman yang dibuat adalah bersifat 'gula-gula pilihanraya''pancing undi' dan 'rasuah politik'.
Tohmahan ini bukan hanya untuk tahun ini malah untuk kesekian kalinya. Begitu elergik bila banyak hadiah kerajaan berikan kepada rakyat di mana buat kesekian kalinya, kerajaan sememangnya tidak hanya bercakap kosong seperti mereka. Segala janji ditunaikan peringkat demi peringkat bergantung kepada perkiraan semasa termasuk dalam soal kemampuan ekonomi negara. Inilah perancangan strategik dan tidak hanya pandai bercakap tetapi pelaksanaan hanya 'zero'. Kerajaan kini buat itu dan ini semata-mata untuk menjaga kebajikan rakyat tetapi mereka dengan bangganya mengatakan bahawa inilah bentuk baru perjuangan kita iaitu menuju negara berkebajikan. Malah mendakwa kebajikan adalah elemen dalam Islam dan kami tidak pernah meninggalkan perjuangan Islam. Kenapa baru SEKARANG???
Kalau benar bagai dikata, tunaikan secara berhemah di negeri-negeri miliknya sekarang dan jangan mendongak dan angkuh untuk mentadbir negara jika kemampuan hanya senjengkal sahaja. Bertafakur sejenak dan cubalah menilai dari aspek tuntutan murni agama sebelum bertindak keterlaluan. Selepas Projek Depu, Projek Bandar Baru Tunjong menjelma tetapi walhal hanya kerajaan pusat yang mengimarahkannya. Episod baru pula, angkuh ingin membina stadium baru di kala The Red Worriors menyinar tetapi hanya tinggal kenangan. Tidak cukup dengan itu, Projek Lebuhraya Rakyat pula dimainkan untuk mengaburi mata rakyat tetapi kini hanya bagai melepaskan batuk di tangga. Tidak puas, maka Bullet Train pula yang dijanjikan kepada rakyat. Rakyat Kelantan cerdik dan pandai menilai cumanya apabila ditaklikkan dengan soal syurga dan neraka, rakyat seolah-oleh termakan dengannya. Tetapi ingat Allah Maha Berkuasa.
Sudah cukup sudah dengan permainan ini dan cubalah bertindak di atas pertimbangan dan ajaran agama. Yang murni kita terima dan teruskan untuk anak bangsa. Jangan disebabkan dendam kesumat, kewarasan hilang entah ke mana. Renungkanlah.....
-Duri Semaluku-
Thursday, 30 August 2012
BUKTI KENYATAAN NIK AZIZ YANG DIKATAKAN KONSISTAN...(SIRI 2)
lagi kenyataan yang direkodkan lahir dari pemimpin yang disifatkan 'agung' oleh pengikut-pengikut tegarnya...sehinggakan ada yang sampai meletakkan beliau sebagai manusia yang maksum....jangan hina tok guru, terus dapat balasan di dunia....masyaallah...
Ikuti lagi pendedahan di dalam siri-siri berikutnya...
-Duri SemaluKu-