Friday 29 June 2012

Aziz Desa Tinggalkan Kelantan

Pengacara terkenal tanah air, Aziz Desa KOTA BHARU - Setelah empat bulan memikul tanggungjawab sebagai peneraju operasi di Kelantan Trade Centre (KTC), pengacara terkenal tanah air, Aziz Desa memutuskan tidak menyambung kontraknya sebagai Ketua Pegawai   Operasi pusat itu yang berakhir Ogos ini. Menyangkal dakwaan keputusan dibuat kerana kecewa dengan isu-isu berbangkit sepanjang tempoh menyandang jawatan itu, Aziz berkata, keengganan menyambung kembali kontrak itu dipengaruhi beberapa faktor seperti kesihatan. “Saya sudah buat keputusan untuk tidak sambung kontrak, bukan kerana kecewa (isu-isu yang berbangkit) ataupun tidak lagi berminat, tetapi disebabkan masalah kesihatan. “Saya rasa saya tak cukup sihat untuk bekerja, elok saya bagi peluang kepada orang lain yang lebih layak, saya perlu balik ke Langkawi kerana masih banyak yang perlu diuruskan,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini, kelmarin. Sebelum ini, kehadiran Aziz menerajui KTC tidak disenangi pihak-pihak tertentu khususnya Kerajaan Kelantan kerana tindakannya terlalu agresif dalam menyelesaikan hutang tertunggak hotel tersebut. Sepanjang berada di organisasi tersebut, Aziz membawa masuk beberapa selebriti tanah air termasuk meraikan perkahwinan penyanyi, Ana Raffali bersama suaminya Ahmad Aznaim Abdullah. Dalam pada itu, Aziz berkata, walaupun tempoh empat bulan sangat singkat untuk seorang pemimpin, sekurang-kurangnya beliau sudah berjaya menetapkan satu standard atau melepasi satu tuntutan walaupun ia tidak mencapai 100  peratus sasaran. “Ini terbukti apabila banyak tempahan diterima KTC sejak kebelakangan ini walaupun belum mencapai sasaran,” katanya. Sambil berharap agar urusan di pusat konvensyen itu lebih teratur dan sistematik selepas ini, Aziz berkata, semua pihak perlu telus dalam menghargai kemudahan yang disediakan pusat konvensyen ini tanpa mengambil kesempatan  antara satu sama lain. Beliau turut mengingatkan status KTC yang bukan dimiliki mana-mana parti sebaliknya sebuah entiti perniagaan yang bebas dari unsur politik. “KTC adalah tempat yang menyediakan ruang selesa untuk pelbagai aktiviti, namun ramai  tersalah anggap dan menyifatkan ia milik parti tertentu sehingga menghalang mereka dari menggunakan kemudahan di sini, ”katanya. Menurutnya, Kelantan mempunyai potensi yang besar untuk dibangunkan, namun ia memerlukan tindakan proaktif dan terancang dari pihak berkaitan khususnya Kerajaan Negeri. 

Pas Kelantan Derhaka

Pas Kelantan kepanasan dan sesak nafas apabila pihak NGO Tukar akan mengaturkan perjumpaan dengan pihak Istana Kelantan akibat melibatkan Sultan dalam tuntutan royalti minyak mereka. Demonstrasi yang di lakukan di depan SUK Kelantan dengan membawa gambar Sultan Kelantan adalah menghina institusi Kesultanan Kelantan. Pas dilihat amat terdesak dengan melakukan apa sahaja bagi meraih sokongan rakyat dengan mencemarkan institusi Raja Kelantan. Sebagaimana yang kita semua tahu Raja atau Sultan tidak berpolitik. Dengan gelabahnya mereka membuat kenyataan akhbar menafikan mereka tidak terlibat langsung dalam perhimpunan di Suk Kelantan. Kita tengok siapa yang kena!!!!

Wednesday 27 June 2012

KELATELONI DAPAT BUKTI TERBAIKKK PUNYA......


Tp sblum gua post bukti baekkkk tu...kita berhibur dulu le...menimbang rasa..TIMBANG-TIMBANG rasa ye..

Salam Mesra,
GURUH BADAI

Monday 25 June 2012

BUKTI !!!! PAS PARLIMEN KOTA BHARU GOYAH??

                                
Sosek-sosek di kalangan penyokong tegar PAS di sekitar Kota Bharu mula kedengaran mengenai 2 orang YB PAS ni...Datuk Rahim (Ahli Parlimen Kota Bharu PAS sekarang) dan Dato' Takiyudin (ADUN Bunut Payong PAS sekarang) mula bergolak dikalangan penyokong PAS kedua pihak (bukan gua cakap,tp penyokong tegar PAS yang cakap,huhu). Dikatakan Dato' Takiyuddin bakal diletakkan di Parlimen Kota Bharu pada PRU 13 kelak..bagaimana dengan Datuk Rahim? bagaimana dengan penyokong Datuk Rahim??? bagaimana dengan Dato' Taki yang gambar2 nya merata di Bandar Kota Bharu pada banner-banner tertentu??? turun padangkah kedua-duanya menemui rakyat??? cah keting akan berlaku dikalangan penyokong PAS ??? RASA-RASANYA???? ..huhu.

Apa2 pun syabas kepada BN Parlimen Kota Bharu kerana TETAP BERSAMA RAKYAT dan MEMBANTU RAKYAT.....BN KOTA BHARU TERBAIKKKKK!!!



TAHNIAH BN


Salam Mesra,
GURUH BADAI







BN Menang Di Mesir

Sunday 24 June 2012

PAS dengan Slogannya. Menipu rakyat tidak kira dimana jua. Kasian.

Billboard di Kota Bharu :
Lihat slogan PAS.

1. Keilmuan : Kerajaan Negeri Kelantan tidak Ikhlas memberi ilmu kepada rakyat kelantan, contoh mudah Tadika PASTI mengambil yurn yang mahal berbanding Tadika KEMAS yang disediakan oleh Kerajaan... Pusat.

2. Kepatuhan : Pemimpin PAS tidak patuh dgn Ajaran Agama Islam kerana Islam mahu umat islam bersatu, Islam melarang umatnya memungkiri janji tapi tiap kali tiba pilihanraya, PAS akan berjanji bulan dan bintang kepada rakyat. Pemimpin PAS mengkafirkan orang UMNO. Siapa Nik Aziz nak kafirkan saya?

3. Kebajikan : Tiada kebajikan kerajaan kepada rakyat sekiranya tiap kali ceramah maki hamun orang disediakan tabung utk kutip derma. Balak dihutan licin disapu tapi nak buat Lebuhraya Kota Bharu - Kuala Krai minta derma rakyat. Ini bukan kebajikan tapi penyamun tarbus.

4. Kebersihan : Air tidak bersih walaupun kerajaan pusat telah memberi peruntukkan anggaran sebanyak RM450 Juta. Islam pentingkan kebersihan dari segi wuduq. Air di rumah pemimpin PAS bersih kerana guna tangki besar tp rakayt dibawah air paip yang sama warna the o ais.

5. Kesejahteraan : Bermaksud keamanan, mana keamanan sekiranya PAS bersama Ambiga menentang Kerajaan bersama "BERSIH" yg kotor.? Kelantan juga tiada kesejahteraan kerana mengikut laporan PDRM, kes rogol tertinggi adalah di kelantan dimana bapa rogol anak, datuk rogol cucu dan lain-lain lagi.

Kesimpulannya PAS hanya pandai berkata-kata, menang slogan tetapi tiada pelaksanaan. Tidak malukan mereka mempergunakan Agama Islam utk meraih undi dan sokongan.? Kerajaan Barisan Nasional menepati janji kepada rakyat. Terserah kepada rakyat utk melihat, mengkaji dan berfikir dengan sempurna.

Himpunan Sedar Selamat Untuk Hadiri



MTRK jamin himpunan selamat
AZMI
KOTA BHARU - Gabungan 32 badan bukan kerajaan (NGO) yang menyertai Himpunan Sedar mengingatkan pihak tertentu supaya tidak mencuba untuk menimbulkan kekecohan ketika berlangsungnya perhimpunan itu Selasa ini.

Bagi tujuan itu, Presiden Majlis Tindakan Rakyat Negeri Kelantan (MTRK), Azmi Ali yang mengepalai Himpunan Sedar ‘Demi Tanah Air Kelantan’ berharap perhimpunan tersebut tidak berlaku kekalutan apabila terdapat satu lagi program pra-Himpunan Royalti turut diadakan pada hari dan tempat sama.

Azmi berkata, pihaknya memberi jaminan perhimpunan yang diadakan jam 10 pagi di hadapan Kompleks Kota Darul Naim itu akan berlangsung dengan aman tanpa berlakunya kekecohan sehingga mendatangkan kerugian kepada Kerajaan Kelantan.

“Permit perhimpunan sudah dipohon dan kami tetap akan mengadakannya himpunan ini biarpun ada pihak yang didakwa cuba menggagalkannya dengan berhimpun satu jam lebih awal daripada kami pada hari sama di kawasan tersebut.

“Jangan cuba mengganggu perhimpunan aman bersama rakyat ini, lagipun kenapa mereka turut berkumpul di kawasan sama pada hari tersebut dan kami juga meminta jasa baik polis supaya menasihatkan kumpulan itu supaya tidak mewujudkan kekecohan nanti,” katanya kepada pemberita ketika sidang media di sini, kelmarin.

Hadir sama pada sidang media tersebut, Pengerusi Gerakan Tukar, Kamaruddin Mohd Kasim, Setiausaha Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Kelantan, Sharif Mahmood bersama wakil NGO lain.

Azmi berkata, perhimpunan itu diadakan untuk mendesak pihak berkenaan supaya membentangkan maklumat berkaitan peruntukan daripada Kerajaan Pusat yang dibelanjakan dalam menyediakan bekalan air bersih kepada rakyat yang dilihat masih kritikal.

Katanya, tempoh sudah diberikan tetapi mendakwa pihak tersebut berdolak-dalik dalam memberi penjelasan yang sebenarnya dan perhimpunan ini Presiden Gabungan Profesional Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Negeri Kelantan (Royalti), Nazri Deraman berkata, pihaknya akan berkumpul jam 8 pagi pada hari dan lokasi yang sama bagi menganjurkan program

‘Pra-Himpunan Royalti: Menjunjung Titah Tuanku Sultan Muhammad V’. “Himpunan diadakan untuk menyerahkan ‘Memorandum Tuntutan’ dan juga ‘Plak Royalti’ yang telah ditandatangani oleh Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada Kerajaan Negeri Kelantan,” katanya menerusi kenyataan media kepada Sinar Harian kelmarin.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan peserta berhimpun dengan aman supaya tidak cuba menimbulkan sebarang perbuatan yang boleh menimbulkan kekecohan dan individu yang menimbulkan suasana tegang boleh dikenakan tindakan oleh petugas perhimpunan.

Saturday 23 June 2012

Abg Mat Wat Hal Lagi!!

Friday 22 June 2012

PANAS!!!! NIK AZIZ MENTERI BESAR PAS TERAKHIR?


Menteri Besar Kelantan ialah suatu jawatan ketua pentadbiran di negeri Kelantan sejak tahun 1775. Jawatan Menteri Besar merupakan satu jawatan ketua ekskutif di negeri-negeri beraja di Malaysia. Sebelum ini jawatan Menteri Besar Kelantan dikenali sebagai Perdana Menteri, namun bagi tujuan penyeragaman dengan negeri-negeri Melayu lain, nama jawatan Perdana Menteri ditukar ke Menteri Besar.

berikut adalah senarai menteri Besar Kelantan dari tahun 194 sehingga kini.



tidak mustahil akan berlaku perubahan pemerintahan..sebab Rakyat Kelantan Bijak memilih..

Thursday 21 June 2012

BUKTI !!! HUDUD...UNTUK MENANG PILIHANRAYA???

                                                                             
                                   salam mesra,
                                  GURUH BADAI

Wednesday 20 June 2012

Apa Pendapat Anda Tentang Gambar Ini??

Poster Untuk Rakyat Kelantan

BUKTI !!! KHAS DITUJUKAN KPD PENGIKUT PAS



Ni teguran dari Veteran PAS sebenarnya ni...ambil iktibar dan jadikan pedoman lah wahai pengikut-pengikut PAS sbb perjuangan dan latar belakang pun dah lari. PAS ohhh PAS...kesian PAS. Rasanya 2-3 hari lagi ni akan keluarlah kenyataan bukan-bukan dari puak PAS terhadap Shahnon Ahmad ni...
Orang bertanya baik dan elok je pasal disiplin ilmu tu....jawablah.....



Salam Mesra,
GURUH BADAI

Hot Pendedahan Simbol "R" Royalti Untuk Kelantan

Mereka yang taksub dengan tuntutan royalti minyak di Kelantan walaupun kes ini masih dalam perbicaraan. Harap mereka sedar dan insaf akan simbol-simbol yang menunjukkan identiti agama lain. Sedarlah dan Ubah !!!

Tuesday 19 June 2012

Pas Kelantan Sudah Sedar

Kelantan Serambi Syiah!!

KOTA KOTA BHARU - Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan kecewa dengan sikap segelintir peserta dari negara luar yang membawa masuk bahan-bahan berunsurkan Syiah untuk dipamerkan pada Ekspo Perdagangan Dunia Islam 2012, yang sedang berlangsung di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV sini.

Menteri Besar Kelantan berkata, tindakan tersebut tidak menghormati sentimen umat Islam tempatan yang berpegang kepada Sunnah Wal Jamaah.

“Saya mengarahkan agar pihak urusetia mamastikan semua bahan-bahan ini diturunkan serta merta dengan seberapa segera serta memastikan perkarta ini tidak berulang.

“Saya meramkamkan terima kasih kepada semua pihak yang bertindak segera dalam memaklumkan perkara ini kepda pihak berkuasa urusetia khususunya serta pihak kerajaan untuk tindakan, pada saya, urusan akidah pekara yang tiada tolak ansur,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Ekspo itu, yang berlangsung dari 16 hingga 21 Jun, turut disertai 10 negara termasuk dari Iran.

Difahamkan unsur Syiah tersebut dipamerkan melalui tulisan khat dan bahan video.

- Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan kecewa dengan sikap segelintir peserta dari negara luar yang membawa masuk bahan-bahan berunsurkan Syiah untuk dipamerkan pada Ekspo Perdagangan Dunia Islam 2012, yang sedang berlangsung di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV sini.

Menteri Besar Kelantan berkata, tindakan tersebut tidak menghormati sentimen umat Islam tempatan yang berpegang kepada Sunnah Wal Jamaah.

“Saya mengarahkan agar pihak urusetia mamastikan semua bahan-bahan ini diturunkan serta merta dengan seberapa segera serta memastikan perkarta ini tidak berulang.

“Saya meramkamkan terima kasih kepada semua pihak yang bertindak segera dalam memaklumkan perkara ini kepda pihak berkuasa urusetia khususunya serta pihak kerajaan untuk tindakan, pada saya, urusan akidah pekara yang tiada tolak ansur,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Ekspo itu, yang berlangsung dari 16 hingga 21 Jun, turut disertai 10 negara termasuk dari Iran.

Difahamkan unsur Syiah tersebut dipamerkan melalui tulisan khat dan bahan video.

Depu Ke Debu

Apakah perlunya gambar Nik Aziz di letakkan sebesar-besar papan tanda ini? Adakah ia untuk menyatakan mengenai projek tersebut atau berkempen?

Zaman kanak-kanak dahulu, pernah kita didengarkan kisah Abu Nawas agar dijadikan iktibar supaya tidak menganggap bahawa orang lain lebih bodoh daripada kita.


Mengimbau kembali cerita Abu Nawas, seorang yang yang kaya, mempunyai harta yang banyak dan merasakan dirinya amat bijak berbanding orang lain. Abu Nawas dikatakan mempunyai harta sehingga tidak dapat tidur malam kerana bimbangkan hartanya dicuri orang. Maka, suatu hari Abu Nawas telah menggali lubang dan menanam kesemua wangnya dan konon-kononnya bagi memperbodohkan orang ramai, Abu Nawas meletakkan papan tanda “DI SINI TIADA WANG”. Tapi akhirnya kesemua wang tersebut dicuri kerana tindakannya yang bodoh dan menarik minat pencuri yang seolah-olah memberitahu bahawa disitu terdapatnya wang.

Kerajaan Pas Kelantan juga cuba menjadi seperti Abu Nawas. Cuba menanam kepercayaan orang ramai daripada apa yang ada kepada tiada dan apa yang tiada kepada ada.

Pas juga menggunakan papan tanda sebagaimana Abu Nawas. Papan tanda besar yang diletakkan di lokasi-lokasi strategik, yang mudah dilihat oleh rakyat dan orang ramai yang datang ke Kelantan. Papan tanda yang mempunyai gambar besar Nik Aziz, dipenuhi dengan gambar anak-anak pokok gaharu dan gambar kecil DYMM Raja Perempuan Kelantan sedang menyampaikan anak pokok kepada seseorang berserta tulisan besar “KELANTAN KORIDOR DEPU”.

Begitu besar cita-cita Nik Aziz untuk menjadikan Kelantan sebagai sebuah koridor pohon-pohon depu atau gaharu.

Murni cita-cita sedemikian kerana ia boleh dijadikan sumber rezeki kepada rakyat Kelantan. Malah ia juga boleh menjadikan Kelantan sebagai negeri pengeluar utama bahan pewangi. Tetapi untuk menjayakannya, memerlukan usaha keras dan peruntukan kewangan yang besar.

Namun, pembentangan belanjawan 2008 pada sidang dewan negeri yang lepas benar-benar akan mengecewakan rakyat yang dipengaruhi dengan papan tanda Kelantan Koridor Depu tersebut.

Belanjawan yang pertama kali diberi nama “BELANJAWAN RAKYAT” setelah 17 tahun memerintah juga jelas membuktikan bahawa inilah tahun pertama kerajaan Pas Kelantan menyediakan belanjawan untuk rakyat. Maka, tahun-tahun sebelum ini pula kerajaan Pas Kelantan menyediakan belanjawan untuk siapa? Wakil-wakil rakyat dan exco Pas serta kroni-kroninya?

Belanjawan tersebut hanya boleh dijadikan halwa telinga, sedap didengar tetapi tidak langsung memberi manfaat kepada rakyat. Ia sekadar untuk menanam harapan kosong.

Jika salah tulisan penulis, fikir dan persoalkan kenapa tiada peruntukan langsung untuk menjayakan projek gergasi kerajaan negeri Kelantan yang ingin menjadikan Kelantan sebagai pengeluar utama pohon depu?

Kalau inilah yang dikatakan projek kerajaan Pas Kelantan yang akan menyaingi projek koridor kerajaan Pusat seperti Koridor Ekonomi Wilayah Timur (ECER), maka ia hanyalah sekadar mimpi Mat Jenin atau projek Abu Nawas.

Sebuah projek yang dihebohkan akan memberi sumber ekonomi terbesar di Kelantan melalui papan tanda gergasi di merata tempat, rupa-rupanya hanyalah tin kosong yang biasa dilakukan oleh pemimpin kerajaan Pas Kelantan!

Monday 18 June 2012

MASIHKAH KAU INGAT???



Dulu dan kini...hanya rakyat merasai...

-DuriSemalu-

BUKTI !!! DIKIR BARAT 'HOT' EURO 2012...




salam mesra,
GURUH BADAI

BUKTI !!! ADA BAHAN-BAHAN BERUNSUR SYIAH DI EKSPO KOTA BHARU ???


ada bahan-bahan berunsur syiah???kenapa tak periksa awal-awal? macamana boleh terlepas? ishhhkkk...dah beribu orang datang ke pameran ni...terlihat,terpandang dan mungkin terbeli.so???
tp gua tertarik pada ayat kat bawah tu....URUSAN AKIDAH IALAH PERKARA YANG TIADA TOLAK ANSUR.......hello,hellooo abe hasan ali jati kito terrrrr .???



Salam Mesra,
GURUH BADAI

Hot!! Skandal Terbaru

Islam Larang Rusuhan Jalanan

KUALA LUMPUR: Islam melarang umatnya menyertai rusuhan jalanan yang menimbulkan huru-hara dan membawa kemudaratan kepada masyarakat.

Mantan Timbalan Syeikhul Azhar, Syeikh Mahmoud Abdel Ghany Mahmoud Ashour, berkata walaupun perhimpunan aman dibenarkan bagi menyuarakan pandangan kepada pemimpin, umat Islam berhak menegur kepemimpinan dengan cara baik dan bukan menerusi rusuhan jalanan yang membawa kesan buruk kepada masyarakat.

“Pada prinsipnya, Islam tidak menghalang berhimpun menyatakan hasrat kepada pemimpin tetapi perhimpunan itu jangan menimbulkan huru-hara dalam masyarakat yang menyebabkan orang rasa kesan buruk (mudarat) daripadanya,” katanya pada Seminar Antarabangsa Fiqh Mentaati Pemimpin anjuran Generasi BESTARI dan portal MyKMU.net di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam.

Beliau menjawab soalan peserta seminar ketika membentangkan kertas kerja bertajuk, ‘Fiqh Mentaati Pemimpin’ dikendalikan moderator Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Emeritus Datuk Paduka Dr Mahmood Zuhdi Ab Majid.

Syeikh Mahmoud Abdel Ghany berkata, penganjuran perhimpunan aman jika perlu diadakan, sepatutnya tidak menceroboh hak orang lain.

“Guna slogan yang baik tanpa menyerang kepentingan awam dan tidak menceroboh hak orang tidak berdosa. Perhimpunan aman disokong tanpa menyakiti masyarakat atau menimbulkan masalah kepada masyarakat,” katanya.

Terdahulu, dalam pembentangannya, tokoh ulama itu berkata, pemimpin Islam yang baik dan membawa negara ke arah pembangunan dan kemajuan perlu disokong.

“Disebabkan kerajaan sudah melakukan sebaik mungkin untuk kesejahteraan rakyat, mereka sepatutnya tidak timbulkan sesuatu perkara yang boleh halang perkembangan pembangunan kerana boleh menjadi fitnah kepada masyarakat,” katanya.

Ditanya saranan penangguhan haji untuk pilihan raya, Syeikh Mahmoud Abdel Ghany berkata, seseorang itu wajib menunaikan haji jika mampu.

“Perjalanan pilihan raya tidak akan terhalang kerana hanya sejumlah kecil saja yang pergi haji. Tidak perlu tangguh atas alasan menyertai pilihan raya dan orang Islam perlu membuat pertimbangan sewajarnya,” katanya.

Mengulas pelaksanaan hudud, beliau berkata, ia perlu dibuat mengikut kesesuaian dalam negara terbabit selepas semua pihak menerimanya dengan kefahaman mendalam.

Pembentang dari Arab Saudi, Dr Ahmad Hamad Al Jilani ketika mengulas isu sama berkata, pelaksanaan hudud bagi mendapatkan keredaan Allah dan bukan dibuat untuk kepentingan lain, termasuk untuk memenangi pilihan raya.

Berita Terkini


Kira-kira 5,000 pengguna air di beberapa kawasan di sini akan mengalami gangguan bekalan air mulai malam esok.

Kawasan yang terlibat ialah Wakaf Che Yeh, Pintu Geng, Pendek, Mulong, Kedai Piah, Kampung Salor, Kampung Seberang Pasir Mas, Bendang Paku, Aur Duri dan sekitar Pintu Geng.


Eksekutif Hal Ehwal Pelanggan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB), Hazwan Hassan berkata, gangguan berlaku disebabkan kerja-kerja pemasangan dan penyelenggaraan paip utama di loji rawatan di Pintu Geng dari 10 malam hingga 6 pagi keesokannya.


Bekalan air dijangka pulih dalam tempoh 24 jam dan pengguna diminta menyimpan bekalan air yang mencukupi.

Maklumat lanjut boleh diperoleh menerusi Pusat Info PINTAS di talian 1300-88-2572.

Sunday 17 June 2012

Mohon Sebar Untuk Kesedaran Rakyat Kelantan

Saturday 16 June 2012

Terkini Kelantan Serambi Mekah Mendahului

Tahniah buat kerajaan negeri Kelantan kerana mengekalkan rekod tanpa berubah. Inilah hasil daripada retorik politik serta politik menjual agama bagi merampas Putrajaya sampai negeri sendiri tidak terjaga!

Santai Pagi Giant Wujud Di Alam Realiti

Xsangka wujud jugak giant dalam dunia realiti.. Amacam hensem x dia. Ade macam muka sape? Hehehe

Beliau Masih Tersenyum

Beliau masih tersenyum tatkala umat melayu islam Kelantan semakin berpecah akibat politik , akibat pandangan dan keputusan yang kadang tidak masuk akal akibat ingin menjaga hubungan politik dan mengekalkan kuasa. Melayu Kelantan mula berpecah dan cubaan untuk bersatu yang dianggap hanya gimik politik semata-mata. Tua muda ibu ayah kanak-kanak bercakaran akibat daripada perbezaan fahaman politik beliau dan di telan bulat-bulat oleh penyokong tegar. Sembahyang 2 imam masih lagi wujud di tempat-tempat tertentu serta masjid dan surau-surau secara terang-terangan di gunakan untuk berpolitik mengutuk manusia melayu islam yang tidak bersefahaman dengan fahaman politik mereka. Inikah islam yang cuba di bawa, tidak nampakkah beliau perpecahan sudah berlaku, malu sangatkah dilahirkan menjadi melayu? Sedar lah marilah kita bersatu demi menjaga kepentingan Islam Melayu dan Institusi Raja Melayu. Jangan sampai menang sorak kampung tergadai demi cita-cita politik mereka untuk memerintah Malaysia tanpa mengira apa sahaja cara! Bangun Bangkit dan Bersatulah Wahai Melayu Islam..

Friday 15 June 2012

Terkini Sebarkan Pesanan Dari Kerajaan Langit!

BUKTI !! BERSEDERHANA SEMASA MAKAN YA??


Semasa di khalayak ramai.........

Semasa di..............., takpe makanlah.tak cakap salah pun...jemput makan..silakan...
jalan-jalan cari makannnnn....



Salam Mesra,
Guruh Badai

Thursday 14 June 2012

Promo Himpunan Sedar

Sunday 10 June 2012

Khusyuknya Abang Mat Kesayangan Kita!

BN Xmampu Beri Pendidikan Percuma

Saturday 9 June 2012

Sebarkan Jadual Perlawanan Euro Ikut Waktu Malaysia

Friday 8 June 2012

Bukti Kerajaan BN Adalah Kerajaan Zalim

Wednesday 6 June 2012

Live Rakyat Kelantan Bangkit Menuntut Janji Pas

Satu memorandum telah dihantar oleh rakyat Kelantan terhadap Kerajaan Pas Negeri Kelantan.Memorandum berkenaan dengan jejak janji Pas yang mana asyik berjanji dan berjanji tapi perlaksanaan tidak di buat langsung. Terbaru mengenai janji kerajaan negeri yang menjanjikan lebuhraya di Kelantan dengan mengutip derma dengan rakyat marhaen!! Sudah banyak janji ditabur tapi tidak dilaksana! Rakyat bangkit dan menyeru agar kerajaan Pas Kelantan di Tukar!!

PANAS !!SENARAI KENDERAAN MEWAH MB



Tuesday 5 June 2012

GEMPAR LAPORAN AUDIT YANG XPENAH DIBAHAS OLEH KERAJAAN KELANTAN

Laporan Pemberian Sebenar Kepada Kerajaan Negeri Kelantan yang disahkan oleh Kem.Kewangan Malaysia 2010 dan 2011.Ini tidak termasuk peruntukan khas bekalan air bersih 549 juta,wang ihsan petronas 41juta,pembiayaan telaga tiub dan bekalan air luar bandar 300juta lebih.Jelas bahawa kerajaan pusat tidak mendiskriminasi Kelantan....kalau tak puas hati,semak dgn jabatan audit negaraنو