BIAR GAMBAR BERBICARA
HOME
▼
Pages
▼
Thursday, 31 January 2013
!!!LIVE LAWATAN TPM KE PASIR PUTEH
SELAMAT DATANG TPM KE PASIR PUTEH |
PETUGAS-PETUGAS RELA BERSIAP SEDIA |
GERAI-GERAI DIBUKA UNTUK ORANG RAMAI |
PENDUDUK MULA MEMENUHI SMK SUNGAI PETAI |
GOTONG ROYONG BAGI MENJAMU MAKANAN |
TPM DI JANGKA TIBA PUKUL 830 MALAM INI. SEKARANG LEBIH KURANG 10RIBU ORANG MEMENUHI SMK SUNGAI PETAI DAN DI JANGKA MELEBIHI 30 RIBU ORANG MENJELANG MALAM INI. NANTIKAN UPDATE SETERUSNYA. GAMBAR IN DI AMBIL SEKITAR JAM 5 PETANG.
Koya Best! Minyak Auta Di Bawah Rumah, Lagi Usaha Timbul Kemarahan RakyaT
Updated:
Publication: Berita Harian
Date of publication: May 4, 2006
Section heading: Ekonomi
Page number: 08
KOTA BHARU: Kerajaan Pas Kelantan membuat keputusan melantik perunding bagi menyelidik sumber minyak di kawasan daratan negeri ini terutama sekitar jajahan Tumpat dan Bachok.
Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancang Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat negeri, Datuk Husam Musa, berkata mengikut laporan awal daratan dua jajahan mempunyai sumber minyak.
“Kita berharap dengan kajian ini, jika ada penemuan ia boleh membantu menambah simpanan minyak negara sekali gus boleh menjana ekonomi pada masa depan.
“Kerajaan negeri bersetuju mengenal pasti perunding dan melantik mereka menjalankan penyelidikan,” katanya selepas mesyuarat mingguan Exco di sini, semalam.
Ketika ditanya kemungkinan harga tanah di kawasan terbabit akan meningkat jika dikenal pasti mempunyai sumber minyak, Husam berkata soal itu tidak timbul.
“Kita boleh membina paip menghala ke kawasan pantai untuk menyalurkan sumber minyak itu tanpa mengambil tanah. Mungkin juga sumber minyak berada di tanah kerajaan negeri. Jadi, sebab itu kita setuju melantik perunding menjalankan penyelidikan,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Kelantan, Mohd Basran Mat Taib, berkata pihaknya tidak pernah menjalankan sebarang kajian bagi mengenal pasti kawasan sumber minyak dan gas di negeri ini. (Ehsan Dato’ Muhammad Zaidi Sidek)
Kalau ikut sumber di atas, dari tahun 2006 lagi Husam tubuh konsultan. Kenapa 2013 masih nak tubuh konsultan lagi?
Posting Asal
Setelah terowong saktinya tidak memberi bakti, Exco Kelantan sekali lagi buat sensasi, kali ini dakwaan bahawa terdapat minyak di bawah bandar Kota Bharu dan Tumpat. Sebenarnya ini gossip lama yang di beri nafas baru menjelang pilihanraya umum.
Tetapi setelah gagal dengan minyak depu dan minyak jaraknya, Husam bergantung nasib pula kepada gossip baru yang memang dia sendiri akui bersandarkan kepada khabar angin.
“Antara kawasan yang dijangkakan mempunyai rizab itu Kota Bharu dan Tumpat,”ujarnya.Husam menambah, cadangan untuk melantik syarikat luar berkenaan telah dipersetujui dalam mesyuarat exco semalam di Kota Darul Naim.Pada sidang medianya itu, Husam berkata, proses pelantikan syarikat tersebut yang bertanggungjawab untuk mengesan penemuan minyak itu akan dilakukan seberapa segera yang mungkin. (Di sini)
Adakah Husam ni sebenarnya lebih ‘haprak’ dari kaki-kaki gossip selebriti.
Sebenarnya Husam mahu mengalihkan isu yang menjerat dirinya. Akibatnya yang tercalit arang ialah pimpinan PAS Kelantan lain yang tidak pernah bersubahat dengan Husam.
Pada pendapat kita semua apakah isu yang hendak dialihkan oleh Husam?
Pertama ialah dakwaan penderhakaan kepada Sultan Muhammad V bila menfailkan permohonan injunksi terhadap PETRONAS sedangkan Tuanku sendiri telah perkenan isu tuntutan royalti Kelantan diselesaikan oleh Jawatankuasa Khas yang ditubuhkan oleh Perdana Menteri. Kenapa Husam tergesa-gesa buat kenyataan terbaharu tentang gossip ada minyak di bawah Kota Bharu ini dan seterusnya membunuh isu permohonan injunksinya sendiri yang tidak sempat hidup lebih satu hari? Nak tutup kesilapan sendirilah tu. Tak ada sebab lain.
Kedua, Husam tertekan bila Perdana Menteri umum untuk membina Lebuhraya KB-Kuala Krai, Stadium Baru, Masjid bernilai RM50 juta dan empat lagi projek besar di Kelantan. Bagaimana tidak tertekan kerana projek itu semua sudah Husam umum hendak buat sendiri dan sudah Husam minta Nik Aziz rasmi tetapi satu pun tidak ada yang jadi. Khabarnya jentera dan peralatan untuk membina lebuhraya masam Husam di Felcra Berangan Mek Nab pun sudah meninggalkan tempat itu. Yang akan tinggal hanya billboard projek itu yang bakal jadi batu nesan seperti billboard projek depu dan jamnapari Husam. Soal stadium pun kita semua tahu, itu lagi satu cerita air liur yang sudah basi. Cuma tunggu diganti dengan air liur baru bila Husam tidur dan bermimpi di malam hari. Bagaimana pula dengan janji pembinaan keretapi laju oleh Husam? Husam sendiri seolah malu untuk mengulanginya lagi.
Ketiga, ialah untuk melagakan rakyat Kelantan dengan PETRONAS dan dengan pimpinan Kerajaan Pusat setelah isu tuntutan royaltinya sekarang tidak lagi laku dijaja oleh kuncu-kuncunya. Bagaimana Husam mahu guna isu terbaharu ini untuk melaga-lagakan rakyat Kelantan dengan dua pihak yang disebut di atas. Senang sahaja. Husam tahu bahawa mengikut Akta 144, hanya PETRONAS yang diberi kuasa oleh undang-undang untuk menjalankan aktiviti carigali petroleum dan aktiviti-aktiviti berkaitan di Malaysia. Oleh yang demikian, mana-mana pihak yang mahu berbuat demikian perlu permohonan dan masuk dalam perjanjian dengan PETRONAS.
Maka bila ada pemimpin pusat atau PETRONAS yang menjelaskan perkara sebenar ini untuk menjernihkan suasana, maka pihak sebelah sana akan membakar perasaan rakyat Kelantan dengan menjadikan ini bukti penindasan ke atas Kelantan.
Penemuan minyak di daratan di Malaysia tidak pelik. Dua minggu lepas PETRONAS umumkan bahawa mereka telah menemui minyak di daratan lebih 20km dari Miri, Sarawak. Itu adalah medan ke 3 penemuan minyak di daratan di Malaysia. Yang pelik ialah penemuan itu diumumkan oleh PETRONAS bukan Kerajaan Sarawak. Kenapa? Jawabnya ialah PETRONAS adalah pihak berautoriti di Malaysia. Dan bila PETRONAS membuat pengumuman ia bukan bersandarkan suasana politik semasa atau mimpi hangat di tengah malam. Tetapi hanya setelah penggerudian ‘kucing liar’ membuktikannya.
Berikut adalah prosedurnya sebelum sesebuah pihak yang mempunyai rasa tanggungjawab mengumumkan penemuannya.
Perolehan HakSebelum suatu program eksplorasi dimulakan, kebenaran haruslah diperolehi untuk menjalankan aktiviti tersebut iaitu PETRONAS.Kajian Geologi dan GeofizikLangkah pertama dalam program eksplorasi ialah mengumpul sebanyak mungkin maklumat tentang sesebuah kawasan eksplorasi itu. Kajian-kajian geofizik kini memberikan gambaran tiga dimensi sebuah kawasan eksplorasi. Kaedah geofizik yang biasa digunakan ialah kajian magnetik, graviti dan seismik. Kajian magnetik dan graviti dianggap sebagai kaedah tinjauan untuk memberikan gambaran kasar sesebuah kawasan. Kajian seismik pula digunakan untuk tinjauan yang lebih terperinci. Kemudian, data yang diterima daripada kajian-kajian geofizik dan geologi dimasukkan ke dalam komputer untuk dianalisa. Hasilnya akan dikaji oleh ahli-ahli geologi dan geofizik untuk memastikan hasilnya benar-benar memuaskan untuk mewajarkan penggerudian telaga ujian dijalankan. Lokasi yang tepat bagi penggerudian telaga ini haruslah diberi perhatian yang serius.Kajian SeismikKajian seismik dijalankan berdasarkan prinsip gempa bumi. Kejutan gelombang yang dihasilkan bergerak ke bawah dan masa bagi gelombang ini untuk memantul ke permukaan dari lapisan-lapisan keras pada batuan diukur. Gema ini diterima oleh ‘geofon’ dan dirakam di atas alat yang dikenali sebagai seismograf. Melalui catatan-catatan ini, struktur batuan yang tersembuyi dapat dilihat. Ahli geologi boleh membuat kesimpulan tentang bentuk dan luasnya struktur tersebut jika terdapat perangkap petroleum. Di laut, pam udara dimampat digunakan untuk mencipta gelombang kejutan bagi kajian seismik.Menggerudi TelagaTelaga pertama yang digerudi di kawasan yang masih tidak deketahui potensi petroleumnya dinamakan telaga ‘wildcat’. Keputusan untuk meneruskan kerja-kerja eksplorasi bergantung kepada maklumat yang diperoleh daripda telaga-telga ‘wildcat’ ini. Minyak atau gas jarang ditemui dari telaga pertama yang digerudi. Telaga penilaian mesti digerudi untuk mendapatkan satu anggaran yang memuaskan tentang jumlah minyak atau gas yang terkandung dalam kandungan, juga saiz dan keluasan sesebuah takungan atau takungan-takungan yang ditemui.Bagaimana telaga digerudi?Peralatan asas yang digunakan untuk menggerudi sesebuah telaga ialah pelantar gerudi. Bahagian pelantar yang jelas kelihatan ialah derik iaitu menara besi yang tinggi. Menara besi ini diletakkan di atas lubang yang digerudi dan berfungsi seperti kren untuk mengangkat atau menurunkan alat-alat gerudi. Mata gerudi merupakan bahagian terpenting pada alat gerudi. Biasanya, ia mempunyai tiga kon yang boleh bergerak-gerak dan mempunyai ‘gigi’ yang diperbuat daripada besi yang kuat. Kadang kala, berlian dipasangkan pada gigi-gigi ini untuk menggerudi struktur batuan yang keras ini. Apabila kon-kon itu berputar, gigi-gigi tersebut akan memecahkan dasar lubang yang digerudinya. Lumpur gerudi sentiasa dipam ke dalam kabel gerudi semasa penggerudian dijalankan. Lumpur ini ialah campuran khas yang terdiri daripada bahan kimia, tanah liat dan air. Lumpur gerudi berperanan untuk menyejuk dan melicinkan mata gerudi, membawa pecahan batu naik ke permukaan, menampal dan menutup dinding lubang. Semasa penggerudian, ujian kerap dijalankan untuk mendapatkan maklumat mengenai struktur batuan yang digerudi. (di sini)
Husam belum pun lagi membuat penggerudian kucing liar kerana mungkin dia mengamalkan sistem kucing kurap. Apa sistem kucing kurap? Tengok projek-projek Husam sebelum ini dan anda boleh beri jawapan sendiri.
KREDIT TO KICKDEFELLA
Wednesday, 30 January 2013
Terkini Kambing Jamnapari Husam Telah Dicuri
KOTA BHARU – Kecekapan seorang penggembala memasang kamera litar tertutup (CCTV) dan penggera di kandang kambingnya menyelamatkan haiwan peliharaan itu dari dicuri penjenayah.
Malah, penjual sayur yang cuba mencuri kambingnya pada 20 Januari lalu itu dihukum penjara dua tahun selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, semalam.
Tertuduh, Sudin Awang Lah, 34, didakwa cuba mencuri kambing milik Muhamad Safri Ramli, 34, di Kampung Paloh Pintu Geng di sini, pada jam 4.56 pagi.
Dalam kejadian lalu itu, pengadu yang sedang tidur terdengar bunyi penggera yang diletakkan di bahagian belakang pintu kandang kambingnya.
Pengadu kemudian membuat pemeriksaan melalui CCTV sebelum mendapati tertuduh sedang mencungkil kandang itu. Dia segera menghubungi orang kampung dan berjaya menahan tertuduh bersama parang yang dibawa.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya negeri, Nurliyana Md Zukri memohon hukuman setimpal dikenakan kepada tertuduh yang mempunyai lima rekod jenayah lampau itu.
“Tertuduh pernah dihukum kerana kesalahan memiliki dadah dan menceroboh selain pernah dikenakan perintah sekatan,” katanya. Hukuman diputuskan Majistret Mohd Fazaly Ali Mohd Ghazaly.

Cicit Kembar Nik Aziz Memberikan Keinsafan Untuk Bertaubat dan Tidak Bercelaru Minda
KOTA BHARU - Sambutan hari lahir Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kali ini lebih bermakna apabila beliau menerima kelahiran cicit sulungnya sebagai hadiah ulang tahun kelahirannya yang ke-82.
Lebih menggembirakan cicit sulung tersebut yang dilahirkan 21 Januari lalu itu adalah pasangan kembar perempuan.
Nik Aziz, melahirkan kegembiraan beliau kerana kelahiran kedua-dua cicit sulungnya itu di saat menyambut ulang tahun kelahirannya dan menganggap ia adalah rezeki.
“Anak serta cucu cicit yang ramai ni merupakan anugerah ALLAH SWT yang tidak ternilai ertinya. Ia cukup membuatkan saya begitu gembira dan amat bersyukur sekali.
“Mudah-mudahan mereka dapat menyambung risalah perjuangan Islam sebaiknya,” katanya ketika ditemui di kediamannya semalam. Nik Aziz mempunyai 57 cucu dan dua cicit kembar.
Nik Isya Zulfa dan Nik Isya Zaheera, selamat dilahirkan Isnin lalu kira-kira jam 7.15 pagi di klinik swasta An-Nur, Kubang Kerian. Bayi kembar itu adalah cucu sulung kepada anak Nik Aziz yang pertama iaitu pasangan Nik Aini, 50 dan Fakhruddin.
Pasangan kembar itu adalah anak sulung kepada Nik Farhana, 27 yang juga anak kedua Nik Aini.

Monday, 28 January 2013
Sunday, 27 January 2013
Saturday, 26 January 2013
Thursday, 24 January 2013
Terkini Lokasi Penemuan Minyak Di Kelantan
Di bawah jamban ini lah dipercayai adenya minyak seperti yang di dakwa Husam??!!, team-team tengah bertungkus lumus menyiasat tempat lokasi, sekian melaporkan dari tapak penemuan minyak kelantan.
Monday, 14 January 2013
Pakatan Kutip Duit Rakyat!!
Berbeza dengan kerajaan BN yang sentiasa membantu rakyat dengan bantuan-bantuan berterusan tanpa mengira fahaman politik lain pula dengan pakatan rakyat yang mengutip derma untuk kegunaan parti mereka demi untuk kononnya menawan Putrajaya!! Jauhilah mereka ini jangan sampai mereka menggadai tanah air kita,membina mengambil masa, meruntuh sekelip mata, renung-renungkan.
PDRM Di Kutuk Oleh Pembangkang
Unit Anal Pas yang bertugas semasa HKR112 hendak di samakan dengan PDRM yang dah hari-hari jaga keamanan di Malaysia. Setakat bertugas sehari jaga perhimpunan awam pun nak bising! Piirahhhh
Sunday, 13 January 2013
Saturday, 12 January 2013
Update #KL112: Gambar pengundi MUDA Pakatan Rakyat
Err...Bukan umur layak mengundi ini mesti 21 tahun ke atas ke? Kesian adik-adik dalam gambar di atas, terlepas cerita Ultraman, Ben 10 pagi tadi sebab kena heret dengan mak bapa buat tidak tentu hala di KL. Bukan dapat pergi beli mainan pun lepas itu.
Update #KL112 : Gempar! BOM ditemui dipercayai ditinggalkan oleh perusuh #HKR112 !
"Bahan letupan dipercayai bom buatan sendiri dijumpai dalam beg hitam di lampu isyarat pejalan kaki di hadapan Avenue K kira-kira jam 8.20 pagi tadi"
Keadaan kini walaupun masih dalam kawalan, namun nampaknya mula menunjukkan tanda-tanda yang tidak berapa baik menjelang waktu petang. Selepas kami mendedahkan risalah-risalah revolusi dan anti Malaysia di kalangan perusuh dan penyusupan anasir samseng, kini bom pula ditemukan di tempat awam.
Adakah ini satu lagi cubaan pelampau fuckatan untuk mewujudkan huru-hara dan kekacauan dalam negara?!! Adakah mereka melakukan ini semua kerana melihatkan sentimen "Kebangkitan Rakyat" yang cuba mereka wujudkan kali ini tidak mendapat sambutan malahan semakin LEMAU menjelang petang?!!
Pada kami ini semua adalah strategi terdesak fuckatan untuk merampas pemerintahan Negara melalui kekacauan dalam Negara kerana mereka tidak lagi yakin boleh menang melalui sistem pengundian pada PRU-13 nanti.

Update #KL!12 : Anasir GANGSTERISM dikesan dalam perhimpuan #HKR112 !
Gangster dikesan di perhimpunan Hkl12, siap sedia pihak berkuasa tangkap mereka ini , hidup menyusahkan orang sahaja, kata nak berhimpun secara aman!!tak habis habis menyusahkan orang ramai
Update #KL112 : Lagi bukti #HKR112 cubaan fuckatan untuk GULINGkan Kerajaan rakyat secara HARAM
Updated dari mymassa.blogspot.com
Tengoklah oleh kerana nafsu ingin tawan putrajaya mereka sanggup berbuat apa sahaja.
Tengoklah oleh kerana nafsu ingin tawan putrajaya mereka sanggup berbuat apa sahaja.
HKR!! Malaysia Tidak Selamat Lagi!!
Himpunan haram yang memang menyusahkan rakyat malaysia. Digemparkan lagi dengan penemuan banner ini. Mereka belum memerintah tetapi sudah ingin menukar brndera Malaysia. Selamatkan Malaysia dari pakatan haram ini!