HOME
▼
Pages
▼
Thursday, 28 February 2013
Apa Yang Pas Buat Bila Banjir Di Kelantan???
BACHOK - Masalah banjir yang membebankan penduduk Kelantan setiap tahun boleh dikurangkan atau dibendung jika ada kerjasama yang padu antara kerajaan negeri dengan kerajaan persekutuan.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata, terdapat sebilangan besar penduduk terpaksa berpindah ke pusat pemindahan dua atau tiga kali pada musim tengkujuh apabila rumah mereka dinaiki air.
"Antara puncanya (banjir) ialah parit dan longkang tersumbat dan apabila hujan dua atau tiga hari, penduduk terpaksa berpindah kerana air tidak dapat dialirkan ke sungai berdekatan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Awang Adek yang juga Timbalan Pengerusi Umno Kelantan berkata, isu sistem longkang dan perparitan tidak sempurna itu dapat diatasi jika anak Kelantan memberi peluang kepada Barisan Nasional memerintah Kelantan pada pilihan raya umum ke-13.
Ini kerana katanya kerajaan sedia ada yang dipimpin Pas jelas tidak mampu menyelesaikan isu itu walaupun telah 23 tahun memerintah kerana tidak sehaluan dan hubungan baik dengan kerajaan pusat.
"Terdapat wakil rakyat mereka tidak mengambil peduli dengan masalah yang dihadapi rakyat," katanya yang juga Ketua Umno Bachok.
Beliau sebelum itu menyampaikan bantuan seperti bekalan makanan dan selimut kepada 60 mangsa banjir di pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Pak Badol di sini.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Kelantan Mohd Noor Chik yang turut hadir, berkata kira-kira 40 peratus daripada RM500,000 yang diperuntuk di bawah Bantuan Bencana Alam sudah dibelanja bagi membantu mangsa banjir di pusat pemindahan, sejak banjir gelombang pertama pada akhir tahun lepas hingga sekarang.
Katanya ini termasuk bantuan kepada lebih 1,000 mangsa banjir yang kini berada di 24 pusat pemindahan membabitkan tujuh jajahan. - Bernama

Monday, 25 February 2013
MANIFESTO adalah AJI-NO-MOTO..BUKAN JANJI..
Dalam manifesto Pakatan Pembangkang, 5 perkara teras yang dihidangkan ialah:-
Harga Minyak Turun, Tol Hapus, Harga Kereta Turun, Pendidikan Percuma (Hapus PTPTN) & 150,000 Rumah Mampu Milik!
Contoh 1: Jika Harga Kereta Turun, maka inilah jadinya kereta di negara kita:-
Berlaku lambakan kereta kerana kereta kita tiada nilai harga...Tetapi pada mereka, jika memerintah, harga kereta boleh diturunkan untuk beberapa jenis antaranya ialah:-
dan...
Tapi, kereta-kereta di rumah pemimpin mereka adalah kereta yang murah dan biasa-biasa saje...
Ade aku kisah, kalu menang pun xbuat xpe sebab MANIFESTO BUKAN JANJI...hanya Penyedap Rasa. Janji Rakyat Tertipu...
-Duri SemaluKu-
Sunday, 24 February 2013
SIMBOL ' T ' JADI FENOMENA DI BUMI KELATE
Kini fenomena simbol ' T ' sudah menular ke seluruh bumi Kelate dan rakyat Kelate semakin bersemangat untuk menukarkan pemerintahan Kelate pada PRU kali ini.
' T ' untuk TUKAR & TRANSFORMASI
Golongan muda telah mual dengan janji-janji palsu yang ditaburkan dan kini MEREKA mahu berubah...TUKARRR...
dan lagi...
dan ini yang terbaik...rakyat mula yakin...
-Duri SemaluKu-
TERKINI BUKTI PAS FITNAH RAJA NAZRIN
Selepas seronok menyebarkan berita palsu dan menfitnah Raja Dr Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, mudah-mudah sahaja Harakah minta maaf sebegitu!
ADMIN desak pihak Harakah mohon maaf kepada Raja Nazrin secara peribadi!
P/s: Harakah wajib syarie tukar tagline mereka "TEPAT DARI SUMBER" kepada "TEPAT DARI SUMBER FITNAH!
ADMIN desak pihak Harakah mohon maaf kepada Raja Nazrin secara peribadi!
P/s: Harakah wajib syarie tukar tagline mereka "TEPAT DARI SUMBER" kepada "TEPAT DARI SUMBER FITNAH!
Saturday, 23 February 2013
Terkini 30 Ribu Mendengar Ceramah Hairie Othman Di Pasir Puteh
Ceramah yang sedang berlangsung sekarang melibatkan hairie othman , hamid derani dan tokoh-tokoh Pas yang lain. Puluhan ribu rakyat pasir puteh datang untuk mendengar pembohongan serta penjualan agama oleh Pas untuk memenangi PilihanRaya Kali ini.
Laman Lucah Nobat Anwar Sebagai Perdana Menteri
Mynewshub – Dahulu, masa seorang pembaca berita Buletin Utama TV3, Jay Jamalina tersasul menyebur Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, Pak Sheikh bukan main suka.
“Maknanya dia pun tahu, cuma cakap terawal sikit (untuk saya dilantik jadi Perdana Menteri), apa dia cakap betul ke tidak,” katanya dengan dijawab betul oleh para penyokongnya dalam satu perhimpunan di Kampung Baru, Kuala Lumpur 8 Januari tahun lalu.
Anwar ketika itu berkata, beliau faham kalau kesilapan itu berlaku di televisyen Thailand, Indonesia atau Iran.
“Ini TV3, Perdana Menteri Anwar Ibrahim,” katanya girang sambil disambut penuh sorakan para penyokong beliau.
Jay Jamalina dengan pantas meminta maaf secara terbuka melalui laman sosial Twitter miliknya selepas tersasul menyebut nama Anwar sebagai Perdana Menteri.
Kesilapan itu bagaimana disifatkan penyokong Anwar sebagai petunjuk beliau akan dilantik ke jawatan tertinggi kerajaan itu.
Oklah…masa itu Anwar suka tak terkata.
Terkini, ada beberapa laman web lucah antarabangsa telah memuat naik video klip yang mendakwa itu adalah Anwar dengan seorang gadis negara China.
Tag yang diberikan ialah Perdana Menteri.
Persoalannya…apakah Anwar akan turut gembira kali ni pun sebagaimana beliau gembira ketika Jay Jamalina tersasul dahulu?

Nik Aziz pertahan kenyataan BR1M
Oleh: HABSAH ISMAIL
Tarikh: February 23, 2013
KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan kenyataan berkenaan pemberian wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), yang dikategorikan sebagai memberi makanan kepada haiwan, tidak sebagaimana Pas yang memberi ilmu kepada rakyat.
Beliau berkata, Pas lebih gemar menggunakan pendekatan ilmu dalam mengajak orang ramai berkumpul, sebaliknya Umno didakwa menggunakan pendekatan mengagihkan wang untuk menarik perhatian rakyat.
“Macam saya kata, kalau kita nak panggil ayam, panggil itik, ‘Hei itik, mari aku nak bagi ceramah agama… mana itik nak mari (datang). Tapi kena beri hampas kelapa, beri padi..ia akan datang. Bagi benda..’Hei lembu kerbau, aku nak bagi ceramah.. ia tidak akan datang, tetapi bila bagi rumput atau hampas, bagi nasi… ia akan datang.
“Kalau kita nak panggil orang bagi benda tetapi tidak beri ilmu, ertinya kita letak orang sama taraf dengan haiwan,” katanya kepada media selepas Majlis Perhimpunan Guru-guru guru Yayasan Islam Kelantan (Yik) di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) Pengkalan Chepa di sini, hari ini.
Beliau berkata, sejak Pas memerintah Kelantan 1990, pihaknya tidak pernah memberikan wang memandangkan memang Kerajaan Negeri tiada wang, sebaliknya Pas meniru kepimpinan zaman Nabi Muhammad SAW semasa rakyat Makkah menolak
Baginda yang kemudian lari ke Madinah.
“Nabi Muhammad SAW beri apa kepada orang Madinah? Berapa banyak duit diberi kepada orang Madinah?... Tetapi orang Madinah terima Nabi sebagai ketua negara. Nak panggil presiden ke panglima perang ke kepada Nabi… tetapi Baginda diterima rakyat. Yang diberi hanyalah ilmu.
“Umno sekarang guna duit pula, BR1M1, BR1M2… Umno silap di sini, silap tidak bagi ilmu wayhu. Mana ada ilmu wahyu dalam kebangsaan. Insya-ALLAH rakyat Kelantan juga Malaysia akan berubah fikiran kerana kita sudah bagi ilmu pengetahuan.
Islam bawa benda halal. Hak halal kita kata halal, hak haram kita kata haram,” katanya.
Beliau turut menyatakan, wang BR1M masih hak rakyat, hak kerajaan dan ia bukan wang dari Umno dan sepatutnya sebagai ketua kerajaan Kelantan, beliau turut diberikan BR1M, kemudian beliau agih kepada rakyat.
“Saya kata, orang bagi duit... terima… tetapi bila mengundi… pangkah Pas, pangkah Pakatan (Pakatan Rakyat). Beri kain… pakai, beri gula… kacau, beri lembu… ambil, tetapi bila bagi kertas undi… pangkah Pas,” katanya.
Tunku Aziz : DAP Ada Agenda Rahsia
Published by AIDC on February 23, 2013 | 0 Comment
AIDCNews – 23/03/13 – Tunku Abdul Aziz Ibrahim, menyertai DAP pada Ogos 2008, selepas itu beliau dilantik menjadi Naib Presiden DAP dan diberi jawatan senator oleh kerajaan Pulau Pinang.
Beliau dilantik Senator pada 2009, tetapi DAP tidak menyambung perkhidmatannya dipercayai akibat bantahan terbukanya terhadap perhimpunan BERSIH 3.0.
Pada Mei 2012, Tunku Aziz membuat keputusan meletakkan jawatannya dan keluar dari parti yang disertai kiran empat tahun itu.
Ikutilah ceramah penerangan beliau di Sepang, 15 Februari 2013 menceritakan suka duka bersama parti cauvanis Cina itu.
Berikut disediakan trankrip daripada rakaman video di bawah :
Ramai orang tanya, kenapa saya seorang Melayu masuk DAP?
Kawan saya, Datuk Zuraidah, hantar sms kepada saya, dalam bahasa Inggeris. Dia kata, “dah hilang fikiran ke (masuk DAP) ?.”
Masa saya masuk DAP dulu, saya bukan muda, (ketika itu) saya sudah berumur 74 tahun. Jadi, ramai orang hairan, bertanya, kenapa baru nak masuk parti politik?
Sebab masuk DAP
Saya masuk DAP ni, bukan kerana saya nak jadi ahli politik. Tetapi kerana Lim Kit Siang, seorang yang saya kenal, jemput saya masuk DAP. Dia kata, DAP ini adalah satu parti yang tidak ada rasuah. Itu kononnya. Tetapi, (bila) orang yang dah masuk (DAP), yang keluar itu, (mereka) sudah tahu (benarkah tiada rasuah).
Saya sudah lama jadi aktivis, nak mengurangkan rasuah di dalam negara kita, kerana saya sangat sayang negara saya.
Kalaulah betul saya ada cadangan nak jadi seorang ahli politik, saya sudah masuk UMNO semasa saya keluar dari universiti, semasa saya balik dari luar negara (dulu).
Seorang guru saya di Alor Setar, (Tan Sri) Hanafiah Hussain, dia jadi MP Yan, Kedah. Dia kata, Tunku mari masuk UMNO. Saya kata, saya tentang politik ini memang suka kerana masa di universiti dulu saya belajar tentang sains politik. Dia kata, belajar politik itu tidak sama dengan jadi ahli politik. Jadi, saya fikirlah saya ini boleh jadi seorang ahli politik.
Di dalam DAP, dia (Kit Siang) kata dia (akan) beri kepada saya satu platform. Katanya satu platform yang awak boleh teruskan kerja anti-kourpsi. Saya bertanya kepadanya, sebab masa dulu saya ada platform, saya Presiden Transparency International Malaysia dan juga Naib Presiden Transparency Worlwide.
Bila saya dah letak jawatan itu (Transparency International), saya sudah tidak ada lagi platform. Jadi, bila dia (Kit Siang) kata, “Okay, awak ada platform” , (maka) saya terima lah (masuk DAP). Bukanlah bererti saya minta pangkat ke apa dengan DAP, tidak.
Bila saya mula-mula masuk DAP (Ogos 2008), dalam masa dua hari, (saya) diberi jawatan Naib Pengerusi DAP. Lepas tu, tak lama selepas itu, dilantik jadi seorang Senator.Senator DAP pertama dari Pulau Pinang.
Pujukan Kit Siang & Guan Eng
Tetapi, bila saya masuk DAP dalam dua bulan sahaja, saya mula berfikir, saya masuk parti tak betul ini. Jadi, saya tulis surat kepada Karpal Singh (Pengerusi DAP). Saya kata, saya nak letak jawatan lah. Dalam DAP ini, kalau kita tulis surat, tak kira pangkat kita pangkat bawah, pangkat atas, mereka tak jawab surat kita.
Kemudian, setahun lepas itu (2009), sekali lagi. saya tulis surat kepada Kit Siang (Penasihat DAP). Selepas itu, Kit Siang dan Guan Eng datang berjumpa saya. mereka pujuk saya, ‘Tolonglah, kalau Tunku keluar DAP akan banyak masalah’.
Saya ingat, kita (saya dengan Kit Siang) ini kawan lama, oklah saya tak jadi keluar. Namun, saya lihat perkara yang dibuat dalam DAP adalah perkara yang saya tak boleh terima. Kita kena ada prinsip.
Dalam DAP ini, masa bercakap cukup pandai. Kata tak ada rasuah, tapi rasuah dalam DAP ini, macam Encik Jafrei (Nordin), dia buat satu press conference di Pulau Pinang, cerita semua.
Agenda rahsia
Kononnya DAP ini satu parti multiracial (berbilang kaum). Tetapi cuba kita tengok, kalau mereka nak berbincang tentang polisi, mereka bersama-sama mereka sahaja. Yang kita ini (Melayu) hanya pelaksana keputusan umum, tetapi tentang agenda rahsia memang dia setuju. Dia tak kata dia setuju tapi kita fahamlah dia setuju.
Kita tengoklah orang Melayu, orang India dalam DAP, semua diketepikan.
Baru-baru ini, konvensyen DAP di Pulau Pinang, nak melantik CEC, jawatan paling tinggi dalam parti. Lapan calon Melayu (masuk bertanding), seorang pun tak terpilih, tak dilantik.
Maknanya, kepimpinan tertinggi DAP tak boleh terima (Melayu). Jadi, nak tunjuk juga DAP ini satu parti berbilang kaum, dia kata dia buat silap semasa proses pemilihan itu.
Jadi, budak nama Zairil, dia kata Zairil ni orang Melayu tetapi Zairil ni bukan orang Melayu. Zairil ni nama betul dia.. (Christopher Howard Lim).. Dia (Zairil) jadi anak angkat kepada Tan Sri Khir Johari. Khir Johari ni biasa dengan saya. Dia guru saya dulu di kolej. Saya kenal dia.
Kalau keturunan keluarga Zairil, bapa Cina, emak Cina, macam mana anak dia jadi Melayu ? Kalau dah masuk Islam tu, kita boleh terima dia sebagai seorang Islam tetapi jangan kata pula ini orang Melayu.
Kalau tak bersetuju, habis..
Dalam DAP ini, kalau kita tak bersetuju, habis. Saya masa masuk itu, ada seorang yang lama dengan DAP, saya tak boleh nak sebut nama dia, di Taiping. Dia kata, dalam DAP ini awak tidak boleh kritik Kit Siang dan Guan Eng. Jika awak kritik, cita-cita politik awak akan tamat. Maknanya, janganlah kita nak kata tak bersetuju.
Tapi saya, bukanlah saya nak minta sedekah dengan mereka ini. Mereka yang pelawa saya. Jadi, kalau benda tu tak betul, saya kata tak betul. Kalau benda itu betul, okay betul.
Sungguhpun saya dalam pembangkang, tetapi apa yang YAB Perdana Menteri lakukan itu, saya kata, kita kena sokong program transformasinya. Ini adalah satu program yang baik dan akan memberi banyak manfaat kepada rakyat Malaysia, (saya) sokong. Mereka cukup marah dengan saya.
Kalau saya sebut 1Malaysia pun marah, sampai begitu.. Jadi, (DAP) ini satu parti yang khianat. mereka tanam sentimen benci, bukan satu parti yang macam 1Malaysia, tidak.
Kalau tengok dia punya cara mereka menulis di siber, baru kita tahu bahawa parti ini (DAP) satu parti yang tak boleh halang kerana mereka bukan peduli, kalau melanggar undang-undang. Sungguh pun mereka ini semua pembuat undang-undang, ahli parlimen.
Taja Demonstrasi jalanan
Saya keluar dari DAP semasa saya jadi Senator. Dalam Senat saya bangun dan saya kata, saya tak bersetuju dengan apa yang Bersih akan buat iaitu street demonstration (demonstrasi jalanan). DAP hantar banyak duit kepada semua, beratus-ratus, boleh kata beribu-ribu orang rakyat Malaysia, suruh mereka keluar hari itu, buat satu demonstrasi jalanan.
Jadi, saya kata, ini saya tak boleh sokong. Saya memang sokong pemilihan yang adil dan bersih. Siapa tak sokong, semua rakyat sokong. Tetapi saya tak boleh sokong kalau Datuk Ambiga mahu melanggar undang-undang.
Kerajaan dah kata, Jalan Merdeka itu satu kawasan larangan. Jadi maknanya kita tak boleh nak masuk ke situ. Tapi mereka dah masuk juga, mereka tak peduli.
Jadi berlaku konfrantasi saya dengan Lim Guan Eng. Saya kata, memang saya tak boleh sokong. Saya tak boleh bersetuju. Dia kata, orang lain semua setuju, kenapa Tunku tak boleh setuju. Saya kata, dia nak bersetuju dia setujulah tapi saya tak boleh nak terima ini (kerana) nak memecahkan dan melanggar undang-undang.
Kalau satu undang-undang itu yang tak baiklah katanya, kita ada kaedah dalam sistem kita. Sistem demokrasi dalam parlimen. Kita nak ubah, nak alih, kita mesti melalui Parlimen.
Civil disobedience
Jadi, dia (Guan Eng) ingat dia pandai. Dia kata semula kepada saya. Dia kata, ini bukan nak pecah undang-undang, ini hanya ‘civil disobedience‘ (penentangan masyarakat awam tanpa keganasan).
Ini Lim Guan Eng dia ingat dia pandai. Tetapi bagi saya, budak ini cukup bodoh. Dia tak faham apa itu civil disobedience
Civil disobedience ini adalah satu konsep, bukan konsep baru, tetapi konsep lama. Di Eropah dulu. berpuluh-puluh tahun dulu sebelum Mathma Ghandi (di India). Tetapi Ghandi, dia buat civil disobedient kerana apa ? kerana dia nak halau orang Inggeris keluar dari India.
Jadi, saya tanya Guan Eng, “Di Malaysia, siapa yang awak nak tendang keluar? Kita adalah negara merdeka. Siapa yang awak nak tendang keluar ?
Oh dia (Guan Eng) kata di Southern Amerika Syarikat (AS), Martin Luther (orang kulit hitam) kata, mengikut Guan Eng, kalau undang-undang itu zalim, kita tak payah ikut undang-undang itu. Itu pun satu orang, saya kata otak yang dah beku.
Di Southern AS, orang kulit hitam , tidak ada apa-apa hak, no right. Nak naik bas pun tak boleh bersama-sama dengan orang putih. Kalau ada pun pendaftaran perhimpunan, orang kulit hitam ini, bukan sebahagian daripada sistem.
Kalau begitu (keadaannya) saya pun bersetuju (jika menentang), tetapi di Malaysia ini, mana ada kita kata, bas ini untuk orang Melayu, bas ini untuk orang Cina, bas ini untuk orang India…tidak, semua sekali (boleh naik). Yang ada dibuat itu asing itu keretapi. Yang ini gerabak untuk perempuan sahaja.
Perjumpaan empat mata
Lim Kit Siang datang ke rumah (saya) dua kali. Dua kali.
Dia kata, Anwar dan pemimpin-pemimpin pakatan lain marah dengan apa yang saya kata itu, (iaitu) saya tak bersetuju dengan Bersih.
Jadi, saya kata kepada dia.. “Kit Siang, saya bukan masuk PKR, saya masuk DAP. Patutnya DAP “.. Ini point penting, dengar betul-betul, DAP namanya Democratic Action Party. Tapi demokrasi ini bukan demokrasi yang kita faham.
Dia kata, mereka tak bersetujulah apa yang Tunku kata itu. Saya kata okaylah.
Dia kata, “giliran anda disambung kontrak tidak lama lagi,”. Bila dia kata begitu, saya berasa marah.
Saya kata kepada Kit Siang..Jika kemasukan saya dalam DAP menimbulkan masalah, apabila awak jumpa Guan Eng esok, awak habiskan, jangan sambung jawatan (senator) saya lagi, saya tak mahu.
Tetapi apabila Guan Eng buat pengumuman kononnya, dia kata, saya ‘menyerang’ dia, tetapi dia tak kata saya menyerang dia sebab mereka nak melanggar undang-undang.
Jadi, yang undang-undang itu disorokkan. Diberitahu kepada semua orang bahawa saya menentang, menentang pilihanraya yang adil dan bebas. Itu kejahatan dia. Saya tak boleh jadi ahli parti yang begini, tipu menipu, macam-macam.
Malaysia Spring
Lagipun, dalam DAP, mereka bukan kira apa akan jadi kepada negara kita ini. Mereka kata, kami harap akan berlaku satu lagi Arab Spring (di Malaysia).
Seorang lagi, lelaki senior, dia kata, “saya harap demonstrasi ini (BERSIH) adalah permulaan untuk Malaysia Spring”. Maknanya, mereka tak peduli. Mereka tak peduli apa akan jadi kepada negara.
Saya sudah kata saya menentang demonstrasi jalanan. Kita tengok dengan mata sendiri dan baca. Semua demontrasi jalanan ini, mula-mula secara aman. Tipu lah kalau kata emonstrasi kononnya aman. Mana ada penganjur demonstrasi ini kata “demontrasi untuk keganasan, tidak. Dia akan kata ‘sangat aman’. Tetapi tengok apa jadi.
Apa yang saya kata tu bukanlah bererti saya pandai, tetapi dah orang tua, memang ada pengalaman sikit. Apa yang akan (diramalkan), terjadi.
Jadi, bila dah jadi begitu, siapa yang lari dulu…Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim dan pembantunya itu lompat atas trak, lari keluar. Yang tinggal di situ Datuk Ambiga.
Datuk Ambiga menangis, minta maaf itu ini tapi dia sungguhpun seorang peguam tetapi bodoh juga kerana membenarkan Anwar, Kit Siang dan Guan Eng sabotaj demonstrasi anjurannya itu. Maknanya, ahli-ahli politik telah berjaya memanipulasi demonstrasi itu.
Apa respon mereka, apa yang mereka kata, “Oh ini (kerja) polis. Polis masukkan orang dia dalam tu buat kacau”.
Macam saya juga bila sudah keluar parti, apa mereka kata, “saya dah dibeli”. Dibeli oleh UMNO dan dibayar oleh MCA. MCA banyak duit daripada UMNO. UMNO beli MCA bayar.
Masa kita masuk dulu, lagi kita kritik UMNO, wah kita hero, tetapi jika anda tidak bersetuju (dengan parti sendiri), habis cerita. Inilah DAP.
Masa depan Melayu
Saya dalam DAP dekat empat tahun dan hampir dapat banyaklah pengalaman, tengok apa dia buat betul (dan) tak betul. Kita khususkan kepada orang Melayu, kita ambil contoh Pulau Pinang.
Kalau ikut Guan Eng semasa tahun 2008, dia kata, “Sekarang DAP akan buat satu program nak naikkan hak orang Melayu di Penang.” Tetapi masa sekarang, apa yang jadi. Apa pun tak jadi.
Jadi, janganlah sekali-kali kita percaya, janganlah harap, sungguh pun dia kata parti berbilang kaum. Parti ini (DAP) adalah satu parti chauvinis.
Kawan-kawan saya dari DAP dulu, mereka faham. Kerana pandangan mereka sama dengan kita di sini iaitu perkara yang paling penting adalah negara. Bukan untuk diri sendiri tetapi untuk anak cucu dan untuk semua rakyat Malaysia.
BN sudah memerintah kita dah berpuluh tahun, lebih daripada 50 tahun. Dalam masa ini kita tengok, negara kita cukup maju, rakyat kita boleh hidup dan kerjasama walaupun kadang-kadang ada tak setuju.
Masa British dulu, masa kita baru-baru merdeka dulu, orang Malaya masa itu apa pun tak ada. Kita tengok sekarang ini, bukanlah saya nak kata apa yang BN buat ini semuanya betul. Banyak juga yang tak betul tetapi kalau yang tak betul tu saya sendiri selalu kritik dia dalam majalah-majalah atau dalam surat khabar. Tetapi kalau perkara yang betul, patut kita kata bagus, patut kita sokong.
Saya pergi mana-mana pun saya kata, ini janganlah dengar parti pembangkang kata, “kita semua kena ubah.” Nak ubah apa kalau benda tu tak rosak, kita nak ubah apa. Jadi, dia kata ubah..ubah. Kita tak boleh ikut apa yang dikatakan oleh parti pembangkang.
Janji banyaklah. Kalau kita dengar Anwar Ibrahim, janji dia semua boleh buat tetapi kita tengok rekod dia. Janji itu hanya tinggal janji.
Friday, 22 February 2013
Pemimpin Tertinggi PAS Kata Haram Sokong Anwar Ibrahim ?
AIDCNews – 22/02/13 – Mesyuarat tertutup di antara Pas dan PKR Ahad lalu mempertikaikan kerelevanan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dicalonkan menjadi Perdana Menteri, sekiranya Pakatan pembangkang berjaya menawan Putrajaya dalam Pilihanraya Umum ke-13, lapor Amin Iskandar, Penolong Pengarang Berita Malaysian Insider.
Menurut portal itu, satu sumber dalaman memberitahu The Malaysian Insider bahawa persoalan tersebut timbul selepas kenyataan Datuk Seri Abdul Hadi Awang Sabtu lalu yang berkata Pas tidak teragak-agak meninggalkan PR sekiranya pakatan tersebut merugikan orang-orang Melayu dan Islam.
“Pemimpin tertinggi Pas itu mengatakan ‘haram’ bagi Anwar untuk meminta jawatan perdana menteri.
“Kemudian seorang pemimpin tertinggi PKR menjawab, Anwar tidak pernah meminta jawatan sebagai perdana menteri sebaliknya rakyat yang mengangkatnya dan ini sudah dipersetujui oleh Pas dan DAP semenjak pilihan raya umum 1999,” kata satu sumber PR yang tidak mahu dinamakan.
Menurut laporan portal itu, satu pertemuan telah dilakukan di antara pemimpin tertinggi PAS dengan Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah bagi menjemput bekas menteri kewangan itu untuk menjadi perdana menteri sekiranya PR berjaya mendapatkan majoriti kerusi parlimen selepas pilihan raya akan datang.
Isu siapa bakal perdana menteri menjadi topik hangat apabila dua minggu lalu Majlis Syura Ulama Pas dilaporkan menolak pencalonan Anwar sebagai PM dalam sebuah perbincangan tertutup melibatkan beberapa anggota majlis tersebut.
Pada November tahun lalu, Ustazah Izzah Masturah Binti Eshmaeel, Ahli Jawatankuasa Ulamak Pelapis PAS (Pusat) turut mendedahkan sikap Dewan Ulama Pas terhadap Anwar sebagai PM.
“Berhubung dengan kritikan bahawa Dewan Ulamak telah menongkah arus kerana Pakatan Rakyat sebenarnya telah bersetuju untuk melantik Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia akan datang, masyarakat diajak untuk menilai sejauh manakah kebenaran dakwaan wujudnya persepakatan di kalangan Pakatan Rakyat bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahimlah Perdana Menteri Malaysia akan datang.
“Berdasarkan maklumat yang diperolehi, sebenarnya belum ada satu ketetapan rasmi yang diambil oleh Pakatan Rakyat berhubung isu ini. Ini bermakna kenyataan bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah Perdana Menteri akan datang yang digembar-gemburkan selama ini hanyalah pandangan peribadi yang dilantunkan oleh DAP, KEADILAN dan turut juga disambut oleh beberapa pimpinan PAS.
“Akhirnya pandangan yang pada asalnya bersifat peribadi dan bukannya hasil keputusan rasmi Pakatan Rakyat telah berubah menjadi seakan-akan satu pegangan muktamad bagi Pakatan Rakyat sehingga masyarakat Malaysia secara umum turut terkeliru dan turut berkeyakinan bahawa isu Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri adalah hasil kesepakatan seluruh kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.
“Sebenarnya pandangan untuk melantik Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri masih boleh untuk dipertimbangkan. Namun untuk memuktamadkan pandangan ini sebagai satu-satunya pandangan yang mesti dipegang tanpa melalui perbincangan meja bulat adalah satu usaha yang tidak wajar kerana ini akan menatijahkan satu kesilapan fakta dan akan menutup ruang perbincangan terhadap isu siapakah Perdana Menteri akan datang.
“Oleh itu, tidak pelik disuarakan pendirian bahawa individu yang paling layak untuk menjadi Perdana Menteri akan datang sekiranya Allah memberikan keizinan adalah Dato’ Seri Tuan Guru Presiden PAS sendiri,” dedahnya.

BUKTI!!! KEMBARA TUKAR KOTA BHARU..BELIA ME'MERAH'KAN KB..TAHNIAH....
video sepanjang kembara TUKAR ke seluruh lokasi terpilih di Kota Bharu..alhamdulillah sambutan rakyat amat amat amat amat menggalakkan...
Thursday, 21 February 2013
BUKTI!!! KENYATAAN NIK AZIZ YANG PALING TIDAK BOLEH DITERIMA OLEH PENYOKONG PAS??
- PENERIMA BANTUAN UMPAMA 'HAIWAN'-
ucapan balas dari penyokong PAS di Kota Bharu :
"PENERIMA BANTUAN UMPAMA HAIWAN"...HAIWAN TU JENIH MENATEY (BINATANG) POK NIK WEI.....MASHAALLAH POK NIK.NGUCAP POK NIK...KABA KO DOK TU...DEMO OYAK KO PENYOKONG DEMO JUGOK NI..MU NI JENIH MANUSIO GAPO NI??? DENDE (DEMDAM) MU NI PAROK TELAJOK (TERUK SANGAT)...IBU IBLIS KALIH (MUNGKIN) DUK DALE TUBUH MUNG TU..HABIS SESAK BARAK (SESAT) RAKYAT KRN MU NI, PECOH BELOH ABIS RAKYAT..BERUNDUR LAH POK NIK"
Jangan ckp gitu Pok Nik...Pok Nik tu baru balik dari Umrah...Mana boleh samakan penerima bantuan umpama haiwan...Mungkin Pok Nik duk terbayangkan bantuan Kerajaan Pusat yang mencurah-curah kepada rakyat spt BR1M dan lain-lain bantuan yang memberi manfaat kepada rakyat sekarang ini termasuk kepada murid sekolah. ...Ambo ulang sekali lagi ucapan Pok Nik..."PEMBERIAN WANG RINGGIT SANGAT MENDAPAT SAMBUTAN KERANA SAMA DENGAN AYAM DAN LEMBU YANG AKAN DATANG SEKIRANYA MANUSIA MEMBERIKAN HAIWAN TERSEBUT MAKANAN YANG DIGEMARI....PEMBERIAN WANG RINGGIT ADALAH SALAH DISISI ISLAM KERANA AJARAN ISLAM SEBENAR ADALAH MEMBERI ILMU KEPADA MANUSIA"
ANALISA
:
300,000 rakyat Kelantan terima
BR1M 2.0
* 114,000 anak muda Kelantan terima BR1M Orang Muda
* 414,000 jumlah penerima bantuan keseluruhan
* Purata 1 keluarga ada 4 orang (4 X 414,000 =
1,656,000 orang)
... 1.656 juta
rakyat Kelantan adalah binatang. Rupanya yang mengundi Nik Aziz selama ini
adalah binatang. Bukan saya yang ckp..tp seorang Mursyidul AM PAS yang
berkata demikian…..
Tuuuuuuuuuuuuuuuuuu Diaaaaaaaaaaaaaa..Lupakah Pok Nik pada kisah2 silam?? Ludah ke langit...jatuh ke muka sekali lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...............
Salam Mesra,
Guruh Badai
Wednesday, 20 February 2013
Terkini Ramai calon Pas digugurkan
KREDIT TO SINARHARIAN.COM.MY
20 Februari 2013
SHAH ALAM – Majlis Syura Ulama Pas terpaksa menggugurkan ramai calon yang disenaraikan oleh pimpinan parti itu untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang atas beberapa sebab.
Setiausahanya, Datuk Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh berkata, antara sebab utama ialah mereka yang berkenaan didapati tidak menepati syarat ketat ditetapkan parti termasuk kemungkinan akan melompat parti setelah dipilih sebagai wakil rakyat.
“Setelah dicadangkan di peringkat kawasan dan negeri, tapisan yang paling mustahak ialah di peringkat Majlis Syura Ulama. Pada peringkat ini, kita akan menentukan calon mengikut ciri-ciri kepimpinan Islam, tidak melakukan dosa besar dan tidak meneruskan dosa-dosa kecil.
"Selain itu, banyak lagi perkara-perkara lain yang kita fokuskan," katanya.
Apa yang paling diutamakan, kata Nik Muhammad Zawawi ialah setiap calon dipilih mampu mempertahankan dasar dan imej parti, sama ada mereka kalah ataupun menang dalam pilihan raya.
Ditanya pada peringkat manakah proses pemilihan akhir itu sekarang, katanya, pihaknya sudah menyelesaikan 95 peratus proses tapisan dan ia akan diumumkan sebaik sahaja Parlimen dibubarkan.
"Calon yang kita gugurkan dalam proses di peringkat Majlis Syura Ulama kerana syaratnya tidak mencukupi dan nama ini dikembalikan semula kepada Jawatan Kuasa Kerja Pas Pusat dengan senarai yang bersih," katanya.
Mereka yang disenaraikan sebagai calon, katanya, mempunyai ciri-ciri yang diyakini untuk mempertahankan dasar parti serta boleh menjaga keperibadian supaya tidak menjejaskan imej parti.
“Ciri-ciri ini kita yakin, dia boleh mempertahankan dasar parti dan boleh jaga keperibadian supaya tidak keluar parti...
"Alhamdulillah, setakat ini tiada calon yang melompat dalam Pas," katanya.

Terkini Sebarkan Pas Gagal Himpun Penyokong Untuk Himpunan Sayang Tok Guru!!
Akibat tertekan dengan kebangkitan rakyat kelantan yang menyokong BN hasil daripada Himpunan Tukar Kelantan dan Himpunan Anak Kelantan yang diadakan di Stadium Bukit Jalil yang menghimpunkan puluhan ribu penyokong BN Kelantan !! Pas pula mengadakan Himpunan Sayang Tok Guru hari ini di perkarangan stadium Sultan Muhammad Di Kota Bharu, Namun setelah hebahan di buat ke pelusuk ceruk kampung namun kehadiran rakyat amat mengecewakan menandakan tidak ada sokongan terhadap Pas di Kelantan kerana rakyat sudah muak dengan Janji-janji palsu PAS.Kehadiran antara 500 ke 800 orang sahaja itupun ramai wakil muslimat dari muslimin pas!!