HOME

Pages

Tuesday, 28 May 2013

Bukti Dokumen Sejarah. Skrip Strategi Pakatan Dalam PRU 13 Telah Tertulis Sejak Tahun 1980an.

Bukti Dokumen Sejarah. Skrip Strategi Pakatan Dalam PRU 13 Telah Tertulis Sejak Tahun 1980an.

MyMassa pelik apabila Karpal Singh tiba-tiba menyebut mengenai OPS Lalang baru-baru ini.


Apa kaitan dengan OPS LALANG (1987) dengan keputusan PRU 13? Setahu MyMassa, keputusan PRU kali ini lebih mirip kepada PRU ke-3 (1969) di mana Parti Perikatan hilang undi popular.


Setelah mengkaji dokumen sejarah yang pernah dibentangkan di Parlimen mengenai OPS LALANG, rupa-rupanya strategi DAP selepas PRU ke-7 (1986) sama seperti strategi mereka dalam PRU 13. Selain daripada itu, pendekatan lebih liberal Kerajaan pimpinan Tun Mahathir yang baru menggantikan Tun Hussein Onn pada tahun 1981 juga menyebabkan pembangkang besar kepala dan mula membelakangkan undang-undang.


Sebagai rumusan, berikut adalah strategi yang digunakan oleh pembangkang untuk memecah belahkan kaum terutamanya kaum Cina selepas PRU ke-7.

1. Menggunakan isu-isu perkauman seperti isu sekolah Cina.
2. Menggunakan isu Kalimah Allah (kononnya murid bukan Islam dipaksa meminta restu daripada Allah).
3. Menuduh MCA dan MIC sebagai penakut dan tunduk kepada UMNO.
4. Menggunakan persatuan-persatuan Cina untuk menyerang Kerajaan.
5. Menggunakan gerakan Kristian bandar untuk menyebarkan dakyah Anti Kerajaan.
6. Menggunakan isu Alam Sekitar seperti Asian Rare Earth (sama seperti isu Lynas). 
6. Menggunakan gerakan-gerakan pelajar termasuk luar negara yang diketuai oleh Hishamuddin Rais.
7. Peranan akhbar-akhbar seperti The Star, Sin Chew Jit Poh dan Watan. Peranan Watan sekarang ini diganti oleh Sinar Harian.

Anda tidak percaya dengan pendedahan ini? Jika tak percaya, sila baca sendiri  
KERTAS PUTIH TAHUN 1988 YANG DIBENTANG DI PARLIMEN BERTAJUK KE ARAH MEMELIHARA KESELAMATAN NEGARA.


Cover page






Sumber :
http://jebatmustdie.wordpress.com/2011/07/08/operasi-lalang-in-1987-part-1/
http://jebatmustdie.wordpress.com/2011/07/09/operasi-lalang-1987-part-2/

*Mohon disebarkan kepada semua orang Melayu. Bila Kerajaan berlembut kepada pembangkang, mereka pula naik tocang. Pembangkang tahu ramai Orang Melayu malas untuk mengkaji sejarah negara. Sebab itulah mereka berani untuk menggunakan taktik yang sama untuk menjatuhkan 
Selasa, Mei 28, 2013

Thursday, 23 May 2013

Tian Chua, Haris Ibrahim ditahan polis


KUALA LUMPUR 23 MEI: Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua dan Pengerusi NGO Asalkan Bukan Umno (Abu), Haris Ibrahim ditahan secara berasingan sebentar tadi, dipercayai mempunyai kaitan dengan perhimpunan membantah penipuan pilihan raya yang akan berlangsung Sabtu ini.

Tian ChuaTian (gambar) yang juga Ahli Parlimen Batu menyatakan dalam tweeter, dia ditahan lebih kurang 12.50 tengahari di Terminal Syarikat Penerbangan Tambang Murah (LCCT), sebelum menjalani pemeriksaan keselamatan.

Menurut Tian, penahanan beliau di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan mengikut pemakluman oleh ASP Buba.

“Sekarang saya dibawa dalam kenderaan polis (menuju) Balai Polis Jinjang,” katanya.

Manakala menurut Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S Arulchelvan, Haris telah ditahan lima anggota polis semasa beliau makan tengahari bersama rakan-rakannya di Segambut.

Kedua-dua mereka dipercayai dibawa ke Balai Polis Jinjang.

(Laporan menyusul)


Wajib Baca! Pemimpin Tinggi DAP Sahkah #GST Tak Akan Membebankan Rakyat.


Cuba tengok apa yang dipaparkan di blog salah seorang pemimpin tinggi DAP.


Kalau tak percaya boleh tengok keseluruhan penerangan mengenai GST yang ada di blog Ngeh Koo Ham.





















Masih tak percaya? Boleh semak sendiri di sini :http://ngehkooham.blogspot.com/2010/03/kesan-gst.html

*Mohon rakan-rakan sebarkan slaid ini melalui blog, facebook dan twitter supaya rakyat lebih faham mengenai GST. Terima kasih kepada Ngeh Koo Ham kerana berani menyatakan kebenaran

Wednesday, 22 May 2013

TANPA ANWAR, TANPA DEMO, HARGA PETROL TURUN


RON97 turun 20 sen mulai malam tadi

KUALA LUMPUR 22 Mei - Harga jualan runcit petrol RON97 di seluruh negara turun 20 sen seliter kepada RM2.70 seliter berbanding RM2.90 seliter berkuat kuasa malam tadi, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hassan Malek kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.

TANPA ANWAR, TANPA DEMO, HARGA PETROL TURUN, Macam tak percaya pula. Kalau ikut cara Anwar dan PKR kena menjerit-jerit dan melolong-lolong kalau nak turunkan harga minyak. 

AIR ASIA Tak Ada LESEN ?

AIR ASIA Tak Ada LESEN ?!! Jom BONGKAR Lagi !!!


Perkhidmatan syarikat penerbangan murah AirAsia sekali lagi menjadi perhatian umum berikutan keputusan syarikat itu enggan mengangkut pulang jenazah seorang wanita dari Jogjakarta ke negara ini.

Tindakan AirAsia memberi alasan 'tiada perkhidmatan menghantar pulang jenazah' menyebabkan waris wanita terpaksa membawa jenazah terlebih dulu menggunakan pesawat dari Jogjakarta ke Jakarta untuk menaiki Penerbangan Malaysia ke Kuala Lumpur malam ini.

Jenazah Fatimah Sudin, 71, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dekat sini kira-kira pukul 9.30 malam. Warga emas itu meninggal dunia kira-kira pukul 2.50 petang semalam di Rumah Sakit JIH, Jogjakarta kerana masalah jantung.

Anak Allahyarham yang enggan namanya disiarkan ketika dihubungi Utusan Malaysia memberitahu, ibunya bersama sekumpulan rakyat Malaysia berangkat ke Jogjakarta menggunakan penerbangan AirAsia Jumaat lalu dan sepatutnya kembali ke tanah air pagi ini menggunakan penerbangan yang sama.

''Oleh kerana ibu saya menaiki pesawat AirAsia, maka ejen di Jogjakarta terus menghubungi syarikat tersebut untuk urusan penghantaran balik jenazah ibu saya. Bagaimanapun, ejen tersebut dimaklumkan AirAsia tidak menyediakan perkhidmatan seumpama itu,'' katanya.

Dia yang terbang ke Jogjakarta sebaik mengetahui keadaan ibunya sedang tenat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Rumah Sakit JIH berkata, beliau sempat melihat keadaan ibunya yang sedang koma kira-kira pukul 1.50 petang semalam dan membacakan surah Yasin sebelum Allahyarham menghembuskan nafas terakhir sejam selepas itu.

Dia berkata, selepas ibunya meninggal dunia dan dimaklumkan bahawa AirAsia tidak menyediakan perkhidmatan penghantaran jenazah, ejen di Jogjakarta menghubungi MAS untuk urusan tersebut.

Bagaimanapun katanya, oleh kerana MAS tidak mempunyai penerbangan terus Jogjakarta ke KLIA, pihaknya terpaksa menguruskan penghantaran jenazah menerusi penerbangan Garuda ke Jakarta terlebih dahulu sebelum MAS dapat mengendalikan urusan tersebut sehingga selesai.

Menurutnya, pada petang Ahad lalu ibunya mengalami muntah-muntah ketika berada di dalam bas sebaik sahaja rombongan tersebut selesai menjamu juadah.

''Apabila tiba di hotel keadaan ibu saya semakin teruk, dan Allahyarham dimasukkan ke Rumah Sakit JIH. Doktor di sana memaklumkan ibu saya koma dan diserang angin ahmar selain mengalami masalah saluran darah tersumbat menyebabkan beliau tidak sedar.

''Allahyarham kemudian ditempatkan di Unit Rawatan Rapi hospital tersebut sehinggalah saya tiba semalam,'' katanya.

Jenazah akan dikebumikan di tanah perkuburan Seksyen 21, Shah Alam, Selangor.

Sementara itu, seorang pegawai AirAsia yang dihubungi memberitahu sebab syarikat itu tidak membawa jenazah adalah kerana mereka 'tidak mempunyai lesen' untuk berbuat demikian.-Utusan Online

Alo Tony , dah berapa lama Air Asia ni beroperasi ? Memang sahlah Air Asia hanya mementingkan keuntungan semata-mata.Kalau bab perkhidmatan semacam ni pun langsung tak menjadi keutamaan kepada Air Asia ampa dok bercakap tentang servis apa ? Sumber http://mahamissa.blogspot.com/2013/05/air-asia-tak-ada-lesen-jom-bongkar-lagi.html?m=1

AnwarIbrahim Masih Belum Jawab Misteri Lagu #Sabah Dah Hilang!


Beberapa bulan sebelum Pilihan Raya Umum ke-13, Anwar Ibrahim secara sengaja menyanyikan lagu SABAH NAK/DAH HILANG berulang-ulang kali. Untuk rekod, MyMassa telah membuat kompilasi nyanyian Anwar Ibrahim dalam video di bawah.


Anehnya. Bagai dirancang, 2 bulan sebelum Pilihan Raya Umum ke-13, pengganas Kiram telah menceroboh Sabah seterusnya menyebabkan Peristiwa berdarah Lahad Datu berlaku. Akibat daripada pencerobohan bersenjata tersebut, 10 parajurit negara ini telah terkorban mempertahankan tanah air yang tercinta ini.

Sumber : http://theunspinners.blogspot.com/

Apabila ditanya kepada Anwar, mengapa menyanyikan lagu SABAH NAK / DAH HILANG, dia jawab kerana Sabah akan jatuh ke tangan pembangkang seterusnya membolehkan mereka menawan Putrajaya.

Benarkah Anwar Ibrahim dan pakatan pembangkang berjaya tawan Sabah dalam PRU 13? Mari kita tengok statistik ini.



Menurut statistik di atas, negeri Sabah menyumbang sebanyak 22 kerusi daripada 133 kerusi yang diperolehi oleh BN. Realitinya, rakyat Sabah memilih Barisan Nasional dan dakwaan Anwar bahawa Sabah nak hilang kerana peralihan sokongan rakyat Sabah kepada pembangkang adalah bohong semata-mata. Hanya 3 kerusi dimenangi oleh pembangkang iaitu 2 oleh DAP dan 1 oleh PKR.

Jadi, mana datangnya idea Anwar Ibrahim menyanyikan lagu SABAH NAK / DAH HILANG berulang-ulang kali? Adakah idea ini datang semasa Anwar bertemu Nur Misuari?



*Jangan biarkan hidup anda diselebungi MISTERI...