HOME

Pages

Monday, 30 September 2013

CEC DAP tipu lagi? Ahli dipecat tapi boleh mengundi?



DAP didesak supaya memberikan penjelasan kepada rakyat tentang status bekas ADUN Teratai Jenice Lee yang dahulunya dipecat dari DAP ekoran bertanding sebagai calon bebas dalam PRU 13.

Setelah dipecat Jenice Lee berkempen untuk memastikan DAP bersih dari saka-saka Lim Guan Eng, Lim Kit Siang, Karpal Singh dan Tan Kok Wai. Hasil kempen Jenice, tokong Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang telah merudum undi-undi mereka dalam pemilihan semula CEC DAP.


Keratan akhbar Sinar Harian 22 April 2013.

Namun kelibat Jenice Lee dilihat turut mengundi semasa CEC DAP  pada 29 September 2013 di One World Hotel, Damansara seperti foto di bawah ini..

Jenice Lee turut beratur mengundi...kata dah dipecat dan berpisah dari DAP tapi masih boleh mengundi...confius! (Sumber foto: minaq jinggo blogspot)
Persoalannya...


Bagaimana seorang yang telah dipecat dari parti kerana bertanding sebagai calon bebas dahulu boleh mengundi sebagai ahli parti?

Kalau dalam parti-parti lain seperti UMNO, PAS, PKR, PBB, MCA, MIC, SUPP, PBS dan sebagainya hatta dalam persatuan atau organisasi mana pun, keahlian seseorang itu akan terlucut secara automatik jika ia dipecat parti. Dia atau seseorang itu tidak boleh mengundi atau terlibat lagi dalam membuat sebarang keputusan dan dasar parti atau organisasi yang dahulunya pernah dianggotainya.

Adakah Jenice Lee masih ahli DAP?

Adakah pemecatannya dahulu tidak sah? 

Boleh pulak dia mengundi? 

Apakah wayang sandiwara yang cuba dimainkan DAP kali ni? 


Lihat jari ku ada warna kan? (Sumber foto: minaq jinggo blogspot)

RoS dan SPRM perlu siasat segera. CEC DAP kali kedua ini  mungkin penuh penipuan dan perlu dibongkarkan!


HarakahDaily 29 September 2013 turut menyiarkan kelibat Jenice Lee mengundi di CEC DAP

Kami hanya bertanya memohon perjelasan dari DAP. Inikan negara demokrasi dan setiap rakyat mempunyai hak asasi untuk bersuara dan bertanya, maka DAP perlu menjawab segala keraguan-keraguan ini. Jangan nak dalih ini salah UMNO pulak.

Friday, 27 September 2013

MAT SABU - 35 TAHUN SAYA DALAM PAS, INILAH TAHUN PAS PALING TERBUROK

MAT SABU - 35 TAHUN SAYA DALAM PAS, INILAH TAHUN PAS PALING TERBUROK

PAS PALING BUROK DALAM SEJARAH SAYA
Gambaran awal muktamar PAS hujung tahun ini ialah golongan ulama bakal mengalami kekalahan lebih banyak jawatan penting berbanding pada tahun 2011 lalu, lapor FMT.
Portal itu membuat ramalan berdasarkan kekalahan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Nasrudin Hasan bertanding di Indera Mahkota di Pahang.
Nasrudin yang juga anggota Parlimen Temerloh dilaporkan astroawani.com telah tewas merebut jawatan Naib Yang Di-Pertua PAS Kawasan Indera Mahkota dalam Mesyuarat Agung Tahunan Pas kawasan tersebut pada 15 September lepas.
Beliau tewas kepada penyandang jawatan tersebut, Suhaimi Saad yang juga Ketua Penerangan PAS Pahang. Nasruddin memperolehi 60 undi manakala Suhami mendapat lebih 100 undi.
Nasrudin dikatakan mewakili kumpulan yang dinamakan sebagai pro-ulama untuk bertanding jawatan Naib Presiden selepas ada desas-desus akan mengosongkan jawatan Ketua Dewan Pemuda yang disandangnya sekarang.
Kekalahan Nasrudin dalam pertandingan peringkat kawasan itu dilihat boleh menjejaskan reputasinya untuk bertanding jawatan lebih tinggi di peringkat pusat.
The Malaysian Insider turut melaporkan kelegaan seorang penganalisis politik apabila mendapat tahu kekalahan Nasrudin.
Katanya, kekalahan Nasrudin yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat itu adalah akibat sikap keras kepala dan tidak boleh ditegur pemimpin berkenaan.
“Saya setuju dengan kekalahannya. Ini membuktikan golongan profesional mempunyai peluang yang luas untuk memenangi pemilihan PAS di peringkat pusat.
“Ini pengajaran buat beliau dalam arena politik. Kena sekalu bersederhana. Jangan anggap lebai, baik dan syumul tidak boleh ditegur.
“Ulama’ bukan maksum dan mereka perlu berdepan realiti,” katanya.
The Malaysian Insider turut mewawancara Mohamad Sabu yang mahu mengekalkan jawatannya sebagai Timbalan Presiden Pas.
Sepanjang 35 tahun saya berada dalam PAS iaitu sejak 1978, inilah kempen paling teruk pernah saya lihat,” katanya yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu.
Katanya, apa yang berlaku dalam PAS sekarang amat mengejutkan terutama mengenai perubahan minda di kalangan ahli PAS.
“Saya terkejut dan hairan dengan perubahan minda ahli PAS terhadap muktamar dan kepimpinan parti,” katanya.
Mat Sabu berkata demikian sebagai mengulas pendekatan kempen yang dibuat sesetengah ahli dan pemimpin Pas bagi menghadapi Muktamar ke-59 November ini di Shah Alam, Selangor.
Menurutnya, pelbagai kempen dijalankan oleh ahli Pas termasuk dengan cara menyerang dan melabelkan pihak yang tidak dipersetujui oleh masing-masing dengan menjadikan Facebook, sms dan blog sebagai medan utama.
“Untuk menjatuhkan sesaorang pemimpin Pas, pelbagai label diberikan. Paling popular ialah Syiah dan yang kedua liberal,” katanya.
Beliau berkata, tuduhan itu bukan hanya menerusi laman web atau Facebook sahaja tetapi dalam pertemuan yang dinamakan Liqa’ Fikri.
“Saya rasa trend ini kurang sihat dan kami kepimpinan parti sedang memerhatikan perkara ini dan bagaimana langkah hendak diambil bagi mengatasinya,” katanya.
Mat Sabu berkata, ketika beliau dalam Pemuda Pas dahulu, perbezaan pendapat sebegini juga berlaku tetapi tidak seteruk sekarang.
“Saya dahulu berbeza pendapat dengan (Datuk) Abu Bakar Chik dan Halim Arshat tetapi kami boleh duduk bersama dan membuat program menghadapi Umno,” katanya.
Katanya, pertandingan dalam parti sepatutnya untuk dinilai bukan saling menyingkirkan dan melabelkan antara satu sama lain.
“Ini trendnya dan saya hairan bagimana ia muncul. Jika tidak ditangani dengan baik dalam masa terdekat kita bimbang masa depan Pas yang dilihat cemerlang sekarang ini akan kabur di masa depan,” katanya. Jumaat, September 27, 2013

Sunday, 15 September 2013

PAS AKUI Toleransi berlebihan punca hilang sokongan Melayu?


ALOR SETAR: PAS gagal meyakinkan pengundi Melayu bahawa ia mampu memainkan peranan penting dan berkesan untuk memartabatkan bangsa Melayu dan memelihara kepentingan Islam termasuklah dalam pelaksanaan syariat Islam di Malaysia.

Demikian kenyataan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Dato' Ustaz  Harun Taib sewaktu menyampaikan ucaptama di Multaqa Ulamak Se-Malaysia yang diadakan di Kompleks PAS Kedah.

Menurut beliau, sikap toleransi berlebihan dan tidak berhati-hati PAS terhadap tawar menawar bukan Islam dan bukan Melayu juga amat meragukan pengundi Melayu terhadap kemampuan PAS dalam memelihara kepentingan mereka.

"Sekalipun undi Cina meningkat 14.1 peratus terhadap PAS pada PRU13 lalu, PAS tetap tidak akan dapat untuk mengukuhkan kedudukan dan pengaruhnya dalam parlimen.

"Adalah mustahil bagi PAS untuk terus berkembang selagi ia tidak mampu memperjuangkan haknya dalam Pakatan Rakyat bagi menambah memenangi lebih banyak kerusi parlimen, apatah lagi untuk PAS menjadi teras kerajaan Malaysia sekiranya Pakatan memerintah kelak," ujarnya.

Beliau berharap PAS Pusat segera menubuhkan sebuah jawatankuasa khas untuk mengkaji dan menilai kemerosotan sokongan pengundi Melayu kepada PAS serta menilai kembali tahaluf siyasi.

Ketua Dewan Ulamak itu juga menyarankan kepada kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat agar memberikan ruang yang munasabah dan sesuai kepada golongan ulamak untuk turut serta dalam kepimpinan dan pengurusan kerajaan negeri.

Mutaqa Ulamak dianjurkan oleh Dewan Ulamak PAS Pusat yang dijadualkan sehari suntuk hari ini, menghimpunkan perwakilan ulamak dari setiap negeri.

Antara yang disenaraikan terbabit dengan ucapan, perbahasan dan wacana ialah Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang, Naib Presiden PAS, Dato' Haji Mahfuz Omar, Naib Ketua Dewan Ulamak, Dato' Dr. Mahfodz Mohamad, Datuk Dr. Mohamad Khairuddin at Takiri, Dato' Dr. Johari Mat, Dato' Nik Zawawi Salleh, Ustaz Zaharuddin Mohamad, Ustaz Mokhtar Senik dan Dr. Ahmad Nazri Mansor.

Thursday, 12 September 2013

ULASAN HEBAT DI KORAN KOMPAS, INDONESIA MENJELANG 16 SEPTEMBER


SEMPENA HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER 2013
‘RAKYAT MALAYSIA BERSYUKURLAH KITA KERANA KITA ADA KERAJAAN YANG MULIA’
Oleh : Hj. Al-Azharri Siddiq Hj. Kamunri, Ketua Editorhttp://merdeka-online.com/home/

Baru-baru ini, masyarakat antarabangsa meletakkan keadaan kewangan Malaysia merupakan antara yang paling kukuh di dunia pada hari ini kerana pengurusan sistem kewangannya yang berhemat (Dr. Marc Faber,"Investment Strategy - Where's the Money?)

Walau bagaimanapun, saya lebih terkejut apabila membaca ulasan akhbar-akhbar asing mengenai Kerajaan Malaysia. Dengan tema “rakyat Malaysia terlalu dimanjakan”, kita ingin melihat pandangan itu dari aspek yang realiti.

Akhbar Kompas yang sangat berpengaruh di Indonesia menulis dengan tajuk “Di Malaysia, Dari Kuliah Sampai Nikahpun Dikredit” (28 Ogos 2013), amat menarik untuk dibaca dan dikongsikan kepada seluruh rakyat Malaysia apatah lagi menjelang Hari Malaysia yang ke-50 pada 16 September 2013 ini. Rencana di akhbar Kompas itu dimulakan dengan tulisan di bawah ini,

“Di Malaysia, Dari Kuliah Sampai Nikahpun Dikredit”
Malaysia mungkin menjadi salah satu negara kredit dengan sistem yang sangat memanjakan warganya. Tapi yang namanya kredit, tetap saja ada nilai minus dan beberapa masalah di dalamnya. Berikut ini beberapa sektor kredit yang kurang lazim atau tidak ada di negri kita

1. Kuliah
Setiap warga Malaysia memiliki kemudahan untuk mendapatkan pinjaman dari pemerintah untuk biaya kuliah, kerajaan menyebutnya PTPTN. Syarat untuk mendapatkanya pun sangat mudah, dan nyaris tanpa seleksi. Cukup hanya dengan menunjukkan kartu kewarganegaraan Malaysia.

Pinjaman ini wajib dibayar setelah nantinya para mahasiswa lulus dari perguruan tinggi. PTPTN bisa didapat untuk semua perguruan tinggi, baik swasta atau negri dan tanpa jaminan aset layaknya bank. Jadi setiap orang, baik miskin atau kaya memiliki kesempatan yang sama untuk kuliah.

Yang namanya pinjaman, tentu ada bunga setiap tahunnya sekitar 1% (kalau belum dirubah). Dengan rata-rata biaya kuliah di Malaysia adalah kisaran 90-120 juta. Bagi mereka yang belum bisa melunasi pinjaman ini, maka mereka tidak dibolehkan melakukan perjalanan ke luar negri.

Dengan nada kesyukuran, akhbar Kompas itu berkata “cukup hanya dengan menunjukkan kartu kewarganegaraan Malaysia”, rakyat di Malaysia boleh menikmati pelbagai kemudahan seperti Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Gadjet, Alat Transportasi, Rumah malah pernikahan semuanya mendapat bantuan daripada Kerajaan Malaysia yang amat prihatin.

Katanya di hujung artikel itu,“rakyat Malaysia terlalu dimanjakan” dan “kamu tidak akan menikmatinya di negara kami”. Ianya amat-amat memberi keinsafan kepada kita bukan.

KONSEP BERSYUKUR & BERTERIMA KASIH
Isunya sekarang, sejauh manakah kita sebagai rakyat Malaysia bersyukur dengan nikmat yang kita perolehi dari Kerajaan ini? Soalan paling mudah, apakah kita bersyukur? Sesungguhnya agama Islam dan agama lain turut menekankan konsep bersyukur dan berterima kasih.

Jika kita renung di negara-negara lain yang lebih kaya hasil buminya berbanding negara kita, kemudahan-kemudahan seperti ini pun mereka tidak dapat melaksanakannya walaupun mereka lebih berkemampuan.

Namun, Alhamdulillah kita mempunyai Kerajaan yang bertanggugjawab sehingga segala keperluan anak cucu kita dapat diwujudkan di hadapan mata kita. Ianya memang tanggungjawab kerajaan, namun kita harus bersyukur dan membuat refleksi betapa di negara-negara luar mereka tidak mampu pun melakukannya.

Namun begitu, masih ada lagi segelintir masih mahu mempersoalkan PTPTN sedangkan orang luar melihatnya sebagai“bersyukurlah kamu ada PTPTN, sedangkan kami tiada, anak-anak kami harus berhenti sekolah jika tidak punya ongkos, atau harus menjual harta benda untuk membayar yuran”.

Sesungguhnya, mereka mengajak kepada kita supaya menanamkan nilai bersyukur dalam diri kita, khususnya kerana mempunyai Kerajaan yang bertanggungjawab.

Akhbar Kompas dengan terus-terang mengungkapkan betapa beruntungnya rakyat Malaysia dengan segala kemudahan yang disediakan Kerajaan Malaysia. Cuba perhatikan luahan hati mereka di bawah.

2. Gadget dan Alat Transportasi
Untuk bagian ini, mungkin di Indonesia juga ada sebagian orang yang membeli gadget dan alat transportasi seperti mobil atau motor secara kredit. Yang membuat Malaysia lebih dimanjakan adalah semua warga bisa membeli gadget dan alat transportasi secara kredit dan bisa tanpa deposit (bayaran awal). Bahkan mahasiswanya pun bisa membeli mobil secara kredit karena dinilai layak dan mampu membayar. Mahasiswa yang mendapat pinjaman PTPTN tidak hanya untuk bayar SPP kuliah, tapi juga untuk biaya hidup.

Tanya semula diri kita, bagaimana kita hendak membalas segala kemuliaan Kerajaan kita, walhal mereka orang luar negara kita cemburu dengan apa yang sedang kita nikmati? Marilah kita membuat refleksi bahawa, rupa-rupanya semua itu bukan setakat tanggungjawab Kerajaan sahaja tetapi kerana Kerajaan kita mempunyai “political will” yang sanggup mendahulukan apa jua keperluan rakyat. Semuanya diterjemahkan dengan ungkapan “1Malaysia: Rakyat Didahulukan”.

Seterusnya, akhbar Kompas memberikan ulasan berikutnya,

3. Rumah
Hal yang sulit diterima akal adalah banyaknya warga Malaysia yang tidak memiliki rumah. Tentu berbanding terbalik dengan desa-desa di Indonesia yang bisa kita sebut ekonomi menengah ke bawah masih bisa punya rumah. Makanya tak jarang warga Malaysia agak tidak percaya kalau para TKI itu memiliki rumah dan ladang ribuan meter.

Banyak warga yang menyewa apartment, flat atau rumah dalam jangka waktu lama. Alasanya tentu beragam, karena pendatang, karena sering berpindah-pindah dan lain-lain. Tapi dibalik itu semua adalah pajak pemerintah yang cukup lumayan setiap tahunya. Harga rumah (Kuala Lumpur Selangor) yang rata-ratanya adalah 900 juta per unit dengan sistem cicilan kisaran 10-15 tahun tentu membuat ekonomi kelas menengah ke bawah harus terus-terusan menyewa rumah/flat/apartment.

Tapi karena Malaysia dikenal sebagai negara yang memanjakan warganya dengan sistem kredit, untuk membeli rumahpun warganya bisa membeli rumah meski tanpa deposit. Tapi untuk yang ini, ada seleksi dengan kalkulasi pendapatan perbulan untuk melihat mampu tidaknya mereka membayar cicilan.

Lihatlah di dunia luar sana, negara-negara yang lebih kaya, mereka juga mempunyai Kerajaan, jika ianya suatu tanggungjawab yang mesti dilakukan oleh semua Kerajaan, sudah pasti di sana pun ada kemudahan PTPTN, Rumah, Pendidikan Tinggi, Gajet, Tayar, Pernikahan dan sebagainya. Namun, mereka tidak mampu melakukannya sebaliknya Kerajaan kita mampu melaksanakannya, malah lebih jauh dari itu.

Kesimpulannya, menjelang Hari Malaysia pada 16 September 2013 ini, marilah kita menanam konsep Bersyukur dan Berterimakasih. Bersyukur kepada Allah SWT kerana kita dikurniakan sebuah Kerajaan yang bertanggungjawab.

Anda boleh terus membaca dengan lebih lanjut di akhbar Kompas bertarikh 28 Ogos 2013 ataupun di laman http://luar-negeri.kompasiana.com/2013/08/28/di-malaysia-dari-kuliah-sampai-nikahpun-dikredit-587659.html .

Monday, 9 September 2013

PANAS! Pendedahan rancangan DAP menabalkan @CMLimGuanEng sebagai PM Malaysia terbongkar! @NajibRazak




Sebenarnya, apabila PM Najib Razak memperumpamakan PRU-13 sebagai, MOTHER OF ALL ELECTIONS, beliau tidak silap. Sama ada kita sedar atau tidak, PRU-13 yang lalu merupakan TURNING POINT kepada kekuasaan politik orang Melayu di negara ini. Namun, rahmat Allah SWT masih menaungi kita semua, walaupun dalam keadaan kita berpecah belah dan hanyut dalam dakyah kafir harbi DAP.

Mungkin ada penchacai pembangkang yang menolak perkara ini dengan mengatakan ini semua agenda propaganda dari UMNO untuk menakut-nakutkan orang Melayu supaya tidak memberikan undi kepada mereka. Mereka dakwa mereka OK sahaja di Selangor dan Pulau Pinang? OK sahaja? Itulah orang Melayu, selagi tidak terhantuk, mereka cukup malas untuk mengadah.

Mereka juga akan tanya, bagaimana DAP hendak meletakkan Lim Guan Eng sebagai PM, jika pakatan pembangkang diterajui oleh Anwar Ibrahim? Malah, ketika mereka berkuasa di Perak satu ketika dahulu pun, MB mereka dilantik daripada PAS. Di Selangor juga, MBnya adalah dari parti yang paling minoriti, iaitu PKR, dan bukannya dari DAP. Inilah hujah singkat akal mereka kepada golongan yang malas berfikir.



Tahukah anda Presiden Singapura yang pertama adalah seorang Melayu, dan itulah pemimpin tertinggi Melayu yang terakhir di sana? Tahukah anda Lee Kuan Yew satu masa dahulu hanya bercakap Melayu dan berkempen dengan memakai songkok ke semua kampung Melayu, tetapi menghapuskan kesemuanya sekali hanya beberapa tahun selepas mendapat kuasa penuh? Sila BACA DI SINI untuk mengetahui dengan lebih lanjut apa perkaitan sejarah kehancuran Melayu Singapura dengan DAP.


Buat mereka yang begitu skeptikal dengan perancangan DAP untuk mengambil alih Malaysia sekiranya pakatan pembangkang menang PRU yang lalu, sila pertimbangkan fakta-fakta berikut:

1. Mengapakah Karpal Singh pernah meminta Anwar Ibrahim "bertaubat" dan menegaskan akan berjuang untuk menaikkan seorang PM bukan Melayu selagi beliau bernyawa sedangkan Anwar Ibrahim masih lagi mengetuai pakatan pembangkang?





2. Apakah tujuan diadakan satu majlis ikrar paderi seluruh negara anjuran DAP Pulau Pinang untuk menjadikan agama Kristian sebagai agama rasmi Malaysia dan melantik seorang PM Kristian? Ingat, Lim Guan Eng adalah seorang Kristian yang warak.




3. Mengapakah Anwar Ibrahim bersungguh-sungguh mahu mengadakan "Kerajaan Perpaduan" dengan DS Najib selepas kegagalan kempen INI KALILAH dan BLACK OUT 505? Kita pun tahu kaum mana yang memonopoli peserta perhimpunan BLACK OUT 505 di seluruh negara dahulu. Klik di sini untuk baca selanjutnya.

Ini semua kerana Anwar sedar yang beliau tidak akan SURVIVE sebagai PM dalam pakatan pembangkang yang didominasi DAP! Beliau juga sudah terhidu akan perancangan DAP untuk menumbangkan beliau sebagai PM hanya setelah DUA TAHUN berkuasa bagi memberikan ruang kepada LIM GUAN ENG naik sebagai PM KRISTIAN PERTAMA MALAYSIA! Ya, kami tahu walaupun akan ada penchacai pembangkang yang kata ini semua mustahil kerana pastinya PAS atau melayu PKR akan bangkit menentang, tetapi sila pertimbangkan terlebih dahulu dua situasi berikut:

a) Mengapa PAS tidak bertegas mahu menjadi MB di Selangor sedangkan kerusi mereka adalah yang terbanyak? DAP tidak layak kerana tiada calon Melayu yang boleh diketengahkan sebagai MB mengikut undang-undang tubuh negeri. Namun begitu, DAP tidak akan berlepas tangan seperti PAS dan tetap mahukan MB boneka yang boleh menurut semua titah perintah mereka. Di sinilah juga peranan premis-premis maksiat yang tumbuh bagai cendawan di Selangor, ia adalah penyumbang besar kepada sumber kewangan DAP bagi memastikan agar para pemimpin PAS Selangor tidak melawan mereka dan sentiasa "tersandar buncit kekenyangan" dengan bekalan duit dan wanita. 

b) DAP mempunyai PERANCANGAN SULIT untuk membawa kembali SINGAPURA ke dalam Malaysia bagi memastikan komposisi kaum dan majoriti ahli parlimen memihak kepada mereka. Berikut adalah perancangan sulit yang tidak menjadi pada PRU-13 yang lalu:

- Pakatan pembangkang mensasarkan kemenangan pada PRU-13 yang lalu, dengan majoriti mudah sudah memadai. Katakanlah pakatan pembangkang memenangi 112 kerusi sahaja dan membentuk Kerajaan. Komposisi parti yang menang tidak penting kerana DAP berupaya "mengawal" rakan-rakan sepakatan yang lain dengan wang ringgit dan wanita.

- Anwar Ibrahim akan dilantik menjadi PM.

- Sebagai Kerajaan yang menguasai majoriti mudah dalam dewan, mereka akan mengusulkan agar Singapura kembali ke pangkuan Malaysia. Dengan jentera penerangan seperti yang ada sekarang, ia pastinya tidak menjadi masalah kerana alasan ekonomi dan kekuatan ketenteraan yang dimiliki Singapura akan digunakan sepenuhnya. Para pemimpin Melayu pakatan pembangkang juga tidak akan membantah kerana faktor perkara 3(b) di atas. Sebagai PM yang bertunjangkan DAP, Anwar juga tidak akan membantah kerana mahu mengekalkan jawatan yang sedia lama dikejar.





- Perkara 2 Perlembagaan Negara akan digunakan bagi tujuan ini. Sokongan majoriti 2/3 tidak diperlukan. Singapura tidak mempunyai masalah dan bersetuju untuk menyertai Malaysia, kerana mereka sendiri sedar, negara bandar mereka tidak akan selamanya boleh bergantung hidup kepada ehsan Malaysia dengan sumber sifar. Lagipun, keputusan ini adalah jauh lebih baik daripada menghantar bala tentera mereka untuk menawan Malaysia!

- Dengan penyertaan Singapura ke dalam Malaysia kembali, komposisi kaum di negara ini berubah dalam satu malam. Orang Melayu dan orang Islam menjadi bangsa kedua teramai

- PAP mengumumkan menyertai Kerajaan Pakatan Pembangkang. PAS dan PKR akan lebih gembira kerana mereka berjaya menguasai 2/3 Dewan Rakyat dalam sekelip mata. Anwar Ibrahim juga tiada masalah kerana beliau adalah pelopor kepada perbuatan lompat parti ini.

- DAP mengumumkan pembubaran parti tersebut dan bergabung dengan PAP. PAP kini menguasai 2/3 dewan rakyat. 

- USUL melupuskan hak orang Melayu, ISLAM, Raja-Raja Melayu, akan diluluskan dengan majoriti 2/3 tanpa masalah. Orang Melayu dan Islam Malaysia kini setaraf dengan Singapura. Jabatan agama Islam dan jawatan MUFTI dimansuhkan. Bahasa Cina dan Inggeris akan diangkat sebagai bahasa rasmi setaraf dengan bahasa Melayu.

- Ketua-ketua jabatan dan agensi Kerajaan seperti PDRM, ATM digantikan dengan orang Cina atas alasan MERIT. Persempadanan semula kawasan pilihanraya dilakukan bagi memastikan kerusi orang CINA sekurang-kurangnya menguasai 2/3 dewan rakyat. UMNO dan semua pertubuhan Melayu diharamkan.

- Cukup dua tahun, ANWAR IBRAHIM digulingkan dari jawatan PM secara undi tidak percaya dan digantikan dengan PM baru dari PAP, iaitu LIM GUAN ENG.

- LIM GUAN ENG mengumumkan secara bersejarah bahawa KRISTIAN KINI ADALAH AGAMA RASMI BARU di MALAYSIA!

Hanya selepas satu generasi, barulah orang Melayu tersedar yang mereka telah pun kehilangan sebuah negara dan kini hidup di bawah ehsan orang kafir. Ketika itu, ahli parlimen mereka pun adalah yang paling minoriti dan tidak mampu bersuara. Masa itulah, baru terkenang kembali nikmat hidup di zaman kegemilangan Melayu Malaysia di bawah UMNO.

Friday, 6 September 2013

Awas Jarum-Jarum Kristianisasi: Mempelajari Dari Pengalaman Indonesia



Permohonan Majalah Herald - The Catholic Weekly untuk menggunakan kalimah ALLAH dalam terbitan majalah versi Bahasa Melayu merupakan agenda tersirat pihak missionary kristian mengikis syiar Islam di Malaysia.

Ketagihan tersebut nyata melanggar ketetapan Perlembagaan Persekutuan yang memaktubkan Islam adalah Agama Rasmi Malaysia sekaligus mencabar kesabaran umat Islam.

Taktik dan strategi missionary kristian ini yang telah berjaya dilakukan di negara jiran kita; Indonesia dan kini secara halus ia cuba dilakukan di Malaysia.

PERTAMA, di Indonesia umat Islam di sana DIBINGUNGKAN dan DIKELIRUKAN dengan penggunaan istilah-istilah bahasa Arab dan Islam oleh para missionary kristian seperti perkataan kalimah ‘ALLAH”, makmum, jemaah, doa, zikir, amal ibadat, sedekah jariah , ummat beragama, iman, rohaniyah, Ruhul kudus dan sebagainya.

Missionary kristian turut mengubah corak dakwah mereka dengan menukar waktu ibadah ‘Sunday Prayer’ kepada ‘Friday Prayer’ yang disebut sebagai ‘Ibadat Juma'atan’ yang sama waktunya seperti solat Jumaat bagi umat Islam. Mereka turut mengalun kitab bible dalam bahasa Arab bagi menarik minat pendengar. Ini bagi menunjukkan kepada umat Islam bahawa kristian juga adalah agama samawi (langit) dan diturunkan lebih awal kepada orang Arab. Jadi mengapa umat Islam tidak boleh menerima kristian kerana masing-masing menyembah “ALLAH”?


Gereja Allah Baik di Indonesia - Kesan penyalahgunaan Kalimah ALLAH
KEDUA, umat Islam sering DIDOKTRIN dengan dakyah dan idea LIBERALISME, KEBEBASAN serta HAK ASASI MANUSIA dalam setiap tindak-tanduk mereka. Golongan sasaran adalah para mahasiswa dan golongan masyarakat bawahan dengan tema kemiskinan rakyat, tekanan ekonomi dan kepincangan pemerintahan. Mereka sering diupah untuk berdemonstrasi dijalanan membuat kacau atau berwacana memprotes apajua dasar kerajaan.

KETIGA, ketika rakyat leka dengan rasa tidak puas hati membuak-buak kepada pemerintah, pada masa itulah mereka diperkenalkan dengan idea-idea kesaksamaan dan sama rata dimana hanya dengan idealisme ‘semua dapat merasai benda yang sama tanpa mengira status ras dan agama’ maka barulah akan wujud keadilan sosial. Hiburan-hiburan yang melampau digunakan untuk melalaikan umat Islam dari ibadah wajib mereka.

KEEMPAT, ketika rakyat tidak lagi mahu mendengar apajua kebaikan yang dilakukan pemerintah, ketika itulah jarum-jarum Kristianisasi mula memasuki dan merasuk rakyat kononnya pemerintahan Islam banyak membawa keburukan kepada rakyat dan negara. Kristian dipromosikan sebagai agama penyelamat. Sedangkan Islam sebagai agama yang banyak bawa bencana di dunia. Ketika ini idea Jesus Al Masih atau Mesiah Sang Penyelamat mula dicanangkan sebagai bagi menyelamatkan kegawatan ekonomi dan politik negara.

KELIMA, ketika keadaan rakyat yang semakin tertekan akibat kegawatan ekonomi, mereka kurang menghiraukan soal-soal agama, kepentingan bangsa mahupun kedaulatan negara. Ketika ini dakyah kristianisasi gereja akan memujuk rakyat dengan pelbagai bantuan wang, makanan, khidmat pendidikan dan aktiviti kemasyarakatan yang berselindung di sebalik pertubuhan-pertubuhan sosial dan parti-parti politik atas dasar ‘kepedulian bangsa’ dan ‘kebersamaan’. Dana asing ketika ini akan mencurah-curah masuk dan promosi khidmat masyarakat tersebut diberikan secara besar-besaran melalui pelbagai alternatif media.

Pihak missionary mendampingi golongan sasaran melalui kunjungan agen-agen mereka ke masjid, surau, pesantren dan rumah-rumah kebajikan antaranya melalui majlis berbuka puasa bersama, pemberian Al Quran, sumbangan kewangan dan barang keperluan kepada ketua-ketua kampung, anak-anak yatim serta ibu tunggal.

Para missionary kristian akan berpakaian dan berbicara sepertimana umat islam berpakaian dan berbicara, bahkan mereka semakin berani membaca ayat-ayat Quran dan hadis-hadis muktabar. Ketika ini ada segelintir umat Islam tersentuh dengan budi baik pihak ini dan menyokong apajua tindakan tersebut atas nama ‘kesatuan dan toleransi umat beragama’. Maka acara bersama seperti doa, solat dan ibadah puasa pelbagai agama dipromosikan dalam sesebuah acara. Idea-idea PLURALISME kian subur dan giat dicanangkan oleh tokoh-tokoh Islam sendiri.

Ibadah solat umat Islam ditiru untuk menggambarkan seolah-olah agama lain juga menyembah Allah dengan cara yang sama. Kononnya Islam telah mewarisi cara ibadah agama lain yang terlebih dahulu diturunkan ALLAH
KEENAM, apabila masyarakat muslim mula terhutang budi pada organisasi-organisasi gereja ini maka dakyah seterusnya adalah memesongkan iman seseorang muslim dengan cara mendapatkan pengakuan bahawa Islam adalah ajaran yang salah. Ketika ini apa jua berkaitan Islam, Nabi Muhammad, Al-Quran, Puasa, Zakat dan Haji dianggap sebagai ibadah sia-sia dan menyesatkan serta tidak diterima Jesus. Hati umat yang telah kotor dan keliru akibat sumber makanan haram yang diterima selama ini akan mudah dipengaruhi dakyah-dakyah kristian yang memujuk ini.

KETUJUH, apabila seseorang yang didakyahkan semakin keliru, terhutang budi dan mula meragui ajaran Islam, maka ketika ini mereka akan dipujuk rayu oleh beberapa pastor-pastor ternama yang boleh berbicara dan mengetahui selok belok Islam. Ketika ini acara brainwash atau cuci otak dilakukan secara agresif yang akan menyaksikan si individu atau kumpulan individu akan membuat ikrar untuk keluar dari Islam kerana tidak lagi yakin pada Islam. Ketika inilah PEMURTADAN secara sedar dan separa sedar berlaku.

KELAPAN, apabila diyakini seseorang individu atau kumpulan telah murtad maka acara seterusnya mereka akan dikristiankan oleh Ketua Pastor melalui upacara PEMBAPTISAN. Mereka dikehendaki meminum air ‘HOLY WATER’ atau upacara berendam di dalam air. Ketika itu iman Islam akan tercabut dan sahlah seseorang itu menjadi kristian dan kafir kepada Islam. Penganut Kristian baru ini seterusnya akan dilantik menjadi pastor-pastor yang akan menyebarkan lagi dakyah kristian terhadap umat Islam seterusnya.

PESANAN KAMI

Pihak-pihak missionary gereja di Indonesia amat bangga jika mereka dapat memurtadkan umat Islam. Di Malaysia usaha mereka untuk kalimah ALLAH dalam Majalah Herald merupakan langkah pertama sebelum ke langkah-langkah seterusnya.

Kesan kristianisasi di Indonesia amat dahsyat sehinggakan berlakunya perkahwinan silang antara penganut agama Islam yang berkahwin dengan penganut kristian atas dasar perkahwinan sesama ahli kitab. Maka lahirlah zuriat-zuriat yang haram dilaknati Allah s.w.t. Sebab itulah begitu banyak bencana melanda bumi Indonesia yang mungkin menjadi sebab kemurkaan Allah swt yang mahu menghapuskan keturunan-keturunan haram ini.

Kita bersimpati dengan nasib saudara seagama kita di Indonesia. Namun kita juga perlu berbangga dengan kegigihan jihad mereka mempertahankan akidah melalui gerakan NGO- NGO Islam walaupun tanpa dana yang banyak.

Justeru, kita perlu terus berjihad mempertahankan kesucian kalimah ALLAH dari diberi kebenaran digunakan oleh pihak gereja di Malaysia. Jihad, turun ke Mahkamah Putrajaya Selasa 10 September 2013 ini…Allah Akhbar!