Sunday, 22 March 2015

Gempar Gambar DSAI Tengok Bola Di Penjara?!!




Terkini Pas Membayangkan Keluar Pakatan?!

MARANG: "Itu dalam ilmu Allah. Saya pun tidak tahu bila saya mati," tegas Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada pertanyaan media sama ada PAS akan keluar Pakatan Rakyat ekoran isu berhubung Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) yang diluluskan pada persidangan Dun Kelantan, 19 Mac lalu.

"Kita (PAS) masih dalam Pakatan Rakyat," tegasnya pada sidang media selepas tamat program Pidato Kemuncak pada malam terakhir Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah di Dewan Tok Guru, Rusila tengah malam tadi.

Hadir sama ialah Naib Presiden PAS dan Setiausaha Agung, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Mustafa Ali serta Pesuruhjaya PAS Terengganu, Ustaz Saiful Bahri Mamat. 

Justeru, beliau berkata, kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat adalah perkara akan datang yang berada dalam ilmu Allah.

"DAP tak setuju, itu hak dia," ujarnya apabila ditanya mengenai pedirian DAP yang tidak bersetuju dengan enakmen tersebut.

Katanya, PAS juga tidak setuju dengan pilihan raya majlis berkuasa tempatan yang dicadangkan oleh DAP.

"Kita tak setuju, kita diam," ujarnya.

Beliau menegaskan lagi bahawa Pakatan Rakyat adalah pakatan yang longgar dan masing-masing ada pandangan berbeza.

"Kita tidak boleh halang berbeza pandangan. Kita pernah dalam kenyataan bersama pada 2011 kita terima itu (kanun jenayah syariah) hak negeri. Kita beri peluang kepada DAP untuk tidak setuju," ujarnya.

Selain beliau, turut menandatangani kenyataan bersama itu ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang.

Justeru, Tuan Guru Abdul Hadi berkata, PAS adalah Melayu yang tidak mudah lupa.

"Kita Melayu yang tidak lupa, bukan mudah lupa. Kewajipan kita bentang, setuju tak setuju tengok dulu," katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang turut diminta mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri yang menyatakan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian berhubung pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) di Kelantan tidak mungkin dapat dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat yang berlangsung sekarang.

Kata menteri itu, ini berikutan banyak lagi Rang Undang-undang kerajaan perlu dibentangkan pada sidang Parlimen (Dewan Rakyat) kali ini yang akan berakhir 9 April hadapan.

Menurut Tuan Guru Abdul Hadi, Yang Dipertua Dewan Rakyat akan memutuskan perkara itu nanti.

"Itu kita lihat dulu, kita tidk boleh bercakap perkara akan datang. Itu ikut peraturan dewan. Itu biasalah dalam negara demokrasi. Kita kemuka Rang Undang-Undang Persendirian secara demokrasi," ujarnya. - HARAKAHDAILY 22/3/2015

Saturday, 21 March 2015

Terkini Kenyataan Media Terbaru PKR Tetap Tolak Hudud



KENYATAAN MEDIA
21 Mac 2015

RANG UNDANG-UNDANG PERSENDIRIAN MENGENAI KUASA MAHKAMAH SYARIAH

Biro Politik KEADILAN telah bermesyuarat pada 20 Mac 2015 dan membincangkan secara khusus cadangan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian mengenai kuasa mahkamah syariah yang telah diberi notis oleh Ahli Parlimen Marang kepada Setiausaha Dewan Rakyat Parlimen Malaysia pada 18 Mac 2015.

Ini lanjutan daripada Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan yang telah meluluskan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 (pindaan 2015) atau hukum hudud.

KEADILAN membuat ketetapan tidak boleh menyokong Rang Undang-Undang Persendirian tersebut atas pertimbangan-pertimbangan berikut:

1. Kami tidak dimaklumkan tentang isi kandungan RUU Persendirian tersebut. Ia dicadangkan secara “unilateral” tanpa pemberitahuan kepada rakan-rakan parti komponen Pakatan Rakyat dan bercanggah dengan keputusan Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada 8 Februari 2015.

2. Sekiranya RUU Persendirian tersebut berkaitan dengan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan, KEADILAN tetap dengan pendirian asal, iaitu untuk tidak menyokong berdasarkan prinsip Fiqh Al-Awlawiyyat, Maslahat Ummah dan Maqasid Syariah.

Mengikut Peraturan Tetap Dewan Rakyat, sebarang RUU hanya akan dibahaskan dengan restu pihak kerajaan. Hakikatnya, tidak ada seorang pimpinan tertinggi Umno atau Barisan Nasional pun yang telah membuat kenyataan terbuka dan jelas mengenai pendirian mereka berkenaan RUU Persendirian tersebut jika di bawa ke Parlimen, termasuklah Dato’ Seri Najib Tun Razak dan timbalan beliau Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

Justeru, KEADILAN menggesa kerajaan UMNO-BN untuk menjelaskan sama ada ia merestui RUU Persendirian tersebut dibahas dan diundi di Parlimen.

YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden KEADILAN

YAB Azmin Ali
Timbalan Presiden KEADILAN

YB Nurul Izzah Anwar
Naib Presiden KEADILAN

YB Shamsul Iskandar Md Akin
Naib Presiden KEADILAN

YB Rafizi Ramli
Setiausaha Agung merangkap Naib Presiden KEADILAN

YB Zuraida Kamaruddin
Ketua Wanita KEADILAN

YB Nik Nazmi Nik Ahmad
Ketua Angkatan Muda KEADILAN

Friday, 20 March 2015

Bekas MB Perak Mahu Presiden Pas Ditukar?!!


 Muhammad Nizar Jamaluddin
Mohammad Nizar Jamaluddin

ALOR SETAR - Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata perubahan perlu dilakukan terhadap kepimpinan parti memandangkan krisis utama dihadapi Pas sekarang ini ialah berkaitan pemikiran pemimpinnya.     

"Jika mereka ini ada unsur-unsur mempamer kelemahan, maka perlu diubah, ini hak perwakilan dan ada dalam perlembagaan parti. Ubah pimpinan, sebab pemikiran tu bersama pimpinan," katanya kepada media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pas ke-41 Kawasan Kuala Kedah di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob yang mahu Datuk Seri Abdul Hadi Awang dikekalkan sebagai Presiden Pas dengan alasan beliau mampu menjalankan tanggungjawab dengan baik dalam menghadapi pelbagai situasi.

Ahmad Yakob dilapor berkata, walaupun Perlembagaan Pas memberi ruang untuk sesiapa sahaja memilih calon yang layak bagi menggalas tugas itu, namun sehingga kini keperluan Abdul Hadi menjadi presiden dilihat masih tinggi.

Ditanya apa perlunya bagi Pas untuk terus bersama dengan Pakatan Rakyat, Nizar berkata ianya penting bagi memastikan kedudukan Pas di hati orang bukan Melayu.

"Bila Pas berkeseorangan sepanjang 12 tahun, kita tak dapat tempat di hati pengundi bukan Melayu, tapi bila kita sama PR, kita banyak menang di kawasan yang bukan majoriti Melayu," katanya.

Justeru katanya, pendirian Mursyidul Am Pas Datuk Dr Haron Din yang menegaskan Pas meletakkan perjuangan menegakkan hukuman hudud sebagai ketetapan yang jauh lebih penting daripada kerjasama pakatan pembangkang itu adalah pendapat peribadi Haron katanya.

Nizar berkata, pada masa ini terdapat dua pemikiran dalam Pas iaitu pemikiran ulama dan pemikiran progresif profesional.  - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN

    Thursday, 19 March 2015

    PKR siasat Adunnya Sokong Hudud Kelantan!!


    Mohd Rafizi Ramli
    Mohd Rafizi Ramli

    KUALA LUMPUR - PKR akan menyiasat sama ada benar Adun tunggalnya di Kelantan, Mohamad Roslan Puteh mematuhi arahan parti agar tidak berada atau memberi sokongan terhadap pembentangan usul Pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah Dun Kelantan, hari ini.

    Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, PKR sebelum ini telah mengarahkan Mohamad Roslan agar tidak menyertai atau berada pada sesi pembentangan usul hudud yang diluluskan hari ini.

    "Arahan sudah dikeluarkan agar Adun kami di sana (Dun Kelantan) tidak berada atau menyertai sesi pembentangan usul Pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah.

    "Bagaimanapun kita akan siasat sama ada benar beliau berada di sana atau tidak," katanya ketika ditemui pemberita di Bangunan Parlimen, hari ini.

    Sementara  itu, Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke Siew Fook tetap dengan pendirian tidak menyokong serta mengecam tindakan Pas yang melanggar konsensus nasional Pakatan Rakyat dengan meluluskan hukum hudud di Kelantan hari ini.

    "Kita (Pakatan Rakyat) akan bermesyuarat Isnin ini untuk menentukan proses tindakan lanjut," katanya.

    Hari ini, Dun Kelantan meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) (1993) 2015. Menurut laporan, kesemua 44 anggota dewan meluluskan sebulat suara rang undang-undang berkenaan yang hanya terpakai kepada orang Islam mukallaf sahaja apabila ia dilaksanakan kelak di negeri itu.

    Kesemua 12 anggota dewan daripada BN turut menyokong rang undang-undang itu.

    Turut menyokong, kesemua 31 anggota dewan daripada Pas dan seorang Adun Guchil dari PKR, Mohamad Roslan Puteh.

    Gantung semua kerjasama Pulau Pinang dengan PAS - Jeff Ooi


    Gantung semua kerjasama Pulau Pinang dengan PAS - Jeff OoiJEFF OOI: Gantung semua kerjasama Pulau Pinang dengan PAS - Gambar fail 
    JELUTONG: Ahli Parlimen DAP Jelutong, Jeff Ooi menggesa kerajaan Pulau Pinang untuk menggantung semua bentuk kerjasama dengan PAS di semua peringkat berkuatkuasa serta merta.

    Tegasnya, ia merupakan tanda bantahan terhadap keputusan PAS melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan.

    "Saya menyeru supaya semua anggota Pakatan Rakyat mengambil tindakan tegas mulai hari ini dan ia harus bermula dengan Pulau Pinang.

    "Kita perlu menggantung semua bentuk kerjasama dengan PAS di semua peringkat bermula dari peringkat kerajaan negeri termasuk perwakilan PAS di mana-mana agensi kerajaan negeri.

    "Kita juga perlu menggantung wakil PAS dalam Badan Perhubungan antara parti dan di peringkat JKKK (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung) negeri, menggantung perkhidmatan ahli majlis dalam semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan kalau terdapat pegawai seranta bagi mana-mana ahli exco, kesemua harus dibekukan buat sementara," katanya.

    Ooi berkata demikian semasa sidang media di pejabatnya di Jelutong.

    Dia mengulas keputusan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan yang meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) (1993) 2015.

    Menurut laporan, kesemua 44 anggota dewan meluluskan sebulat suara rang undang-undang berkenaan yang hanya terpakai kepada orang Islam mukallaf sahaja apabila ia dilaksanakan kelak di negeri itu.

    Kesemua 12 anggota dewan daripada Barisan Nasional (BN) turut menyokong rang undang-undang itu.

    Turut menyokong, kesemua 31 anggota dewan daripada PAS dan seorang daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR-Guchil) Mohamad Roslan Puteh.

    Pindaan yang dibentang dan dibahaskan di dalam DUN Kelantan semalam, diluluskan hari ini.

    Pindaan kanun itu menyentuh kesalahan jenayah syariah hudud, qisas dan takzir dan ia hanya terpakai untuk orang islam yang mukallaf yang melakukan kesalahan di Kelantan.

    Dalam pada itu, Ooi turut menyifatkan perbuatan PAS itu sebagai sesuatu yang tidak boleh diterima, sambil berkata pucuk pimpinan dap perlu membuat keputusan mutlak berhubung tindakan pas mengkhianati pakatan pembangkang dalam mesyuarat yang akan berlangsung Isnin depan.

    Katanya sebagai satu prinsip, DAP juga tidak boleh dilihat campur tangan dalam pemilihan pimpinan PAS pada muktamar tahunan PAS ke-61 yang akan berlangsung di Selangor, Jun ini.

    Terkini Gambar Yang Membuatkan PKR dan DAP Sakit Jantung!!




    Terkini Hudud Kelantan Sebulat Suara Diluluskan.

    KOTA BAHRU: Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) atau hudud hari ini diluluskan sebulat suara pada persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan (DUN) Kelantan.

    Rang undang-undang itu dipersetujui semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), termasuk 12 ADUN Barisan Nasional (BN).

    Keputusan itu sekali gus menjadikan 37 pindaan daripada 71 fasal dengan empat pindaan utama itu terpakai.

    Terdahulu, seramai empat ADUN membahaskan rang undang-undang berkenaan iaitu ADUN Tawang, Hassan Mahmood, ADUN Kok Lanas, Datuk Mohd Alwi Che Ahmad, ADUN Melor, Dr Yusnan Yusof dan ADUN Salor, Datuk Husam Musa.

    Wednesday, 18 March 2015

    Terkini!! DAP bincang kekal atau keluar PR Isnin ini



    Anthony Loke

    SHAH ALAM - DAP menyuarakan kekecewaan dan menuduh Pas 'menikam dari belakang' selepas parti itu membentangkan Pindaan Enakmen Jenayah Syariah II (1993) 2015 di Dun Kelantan semalam.

    Setiausaha Organisasinya, Anthony Loke berkata, atas sebab itu kepimpinan tertinggi DAP akan mengadakan mesyuarat jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) pada Isnin ini bagi membincang dan memutuskan halatuju DAP bersama PR.

    "DAP menegaskan bahawa kami membantah sekeras-kerasnya tindakan Pas Kelantan yang mengingkari keputusan Majlis Pimpinan PR pada 12 Mac 2015 dan merupakan satu tindakan provokasi untuk memecahkan PR.

    "DAP konsisten dengan pendirian kami bahawa pelaksanaan Enakmen Jenayah Syariah atau Hudud adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan tidak sesuai dalam konteks masyarakat majmuk Malaysia," katanya dalam satu kenyataan semalam.

    Anthony yang juga Ahli Parlimen Seremban berkata, PR tidak akan berjaya menumbangkan BN selagi ada 'musuh dalam selimut' yang sentiasa membelakangkan konsensus bersama dan bertindak mengikut rentak yang dimainkan lawan.

    "DAP komited untuk menjayakan misi PR sebagai kerajaan alternatif untuk menggantikan BN. Namun, kami sedar ada pihak-pihak tertentu dalam Pas yang lebih cenderung memberikan pelampung kepada Umno untuk menyelamatkan diri daripada pelbagai skandal rasuah yang didedahkan kebelakangan ini," dakwanya
    .

    DAP Ditikam Di Belakang Oleh PAS Kelantan



    行动党被丹州伊党背后插刀

    =================

    Kenyataan media Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Seremban, Loke Siew Fook pada 18 Mac 2015 di Kuala Lumpur

    DAP menegaskan bahawa kami membantah sekeras-kerasnya tindakan PAS Kelantan yang mengingkari keputusan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada 12 Mac 2015 dan merupakan satu tindakan provokasi untuk memecahkan Pakatan Rakyat.

    Tindakan Kerajaan PAS Kelantan membentangkan Enakmen Jenayah Syariah II (1993) 2015 di Dewan Undangan Negeri Kelantan pada hari ini adalah satu keputusan yang melanggari Dasar Bersama Pakatan Rakyat dan mengkhianati konsensus Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

    DAP menegaskan bahawa kami membantah sekeras-kerasnya tindakan PAS Kelantan yang mengingkari keputusan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada 12 Mac 2015 dan merupakan satu tindakan provokasi untuk memecahkan Pakatan Rakyat.

    DAP konsisten dengan pendirian kami bahawa pelaksanaan Enakmen Jenayah Syariah atau Hudud adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan tidak sesuai dalam konteks masyarakat majmuk Malaysia.

    Sejak hari pertama DAP bekerjasama dengan PAS dan PKR dalam kerangka Pakatan Rakyat selepas Pilihanraya Umum ke-12 pada tahun 2008, DAP sentiasa menegaskan bahawa pelaksanaan hudud bukan dan tidak akan menjadi agenda bersama dalam Pakatan Rakyat.

    DAP komited untuk menjayakan misi Pakatan Rakyat sebagai kerajaan alternatif untuk menggantikan Barisan Nasional yang korup dan boros. Namun, kami sedar ada pihak-pihak tertentu dalam PAS yang lebih cenderung memberikan “pelampung” kepada UMNO untuk menyelamatkan diri daripada pelbagai skandal rasuah yang didedahkan kebelakangan ini.

    Pakatan Rakyat tidak akan berjaya menumbangkan Barisan Nasional selagi ada “musuh dalam selimut” yang sentiasa membelakangkan konsensus bersama dan bertindak mengikut rentak yang dimainkan oleh UMNO.

    Pimpinan tertinggi DAP akan mengadakan mesyuarat CEC pada hari Isnin, 23 Mac 2015 di Kuala Lumpur untuk membincang dan memutuskan halatuju DAP bersama Pakatan Rakyat selepas “ditikam dari belakang” oleh PAS Kelantan pada hari ini.

    -LOKE SIEW FOOK-

    Umno Kelantan sokong hudud kerana Allah - Alwi


    Umno Kelantan sokong hudud kerana Allah - AlwiUMNO Kelantan sokong hudud kerana Allah - Alwi (Gambar: Fail) 
    KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno Kelantan yang memberi sokongan kepada Pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (1993) 2015 berkata melakukannya kerana Allah.

    Adun Kok Lanas, Datuk Md Alwi Che Ahmad berkata sokongan wakil rakyat Umno terhadap pindaan yang mengandungi hukum hudud itu ikhlas dan bukannya kerana politik semata-mata.

    "Saya sokong hudud ini kerana Allah. Umno sokong juga kerana Allah, bukan kerana politik. Kita akan hadapi masalah yang sama. Mereka datang dari pelbagai kumpulan untuk halang apa yang kita buat," katanya ketika berucap menyokong pembentangan pindaan Enakmen tersebut di Dun Kelantan hari ini.

    Ketua Penerangan Umno Kelantan itu juga ada ketikanya kelihatan sebak ketika membaca potongan ayat Al-Quran untuk menyokong hujah-hujah beliau.

    Beliau mengajak pemimpin Pas dan Umno untuk bekerjasama bagi memastikan hasrat kerajaan Kelantan melaksanakan udang-undang tersebut berjaya.

    "Saya bimbang kerajaan negeri terpaksa menghadapi banyak perkara. Maka, marilah kita bersama-sama bersahabat menghadapi rintangan ini," katanya lagi.

    MB Kelantan selesai bentang pindaan enakmen hudud, ADUN UMNO sokong


    MB Kelantan selesai bentang pindaan enakmen hudud, ADUN UMNO sokongSidang DUN Kelantan ditangguhkan, MB selesai bentang pindaan enakmen hudud 
    KUALA LUMPUR: Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob selesai membentangkan Pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (1993) 2015 yang mengandungi hukum hudud di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan hari ini.

    Rang Undang-undang setebal 47 muka surat itu dibentangkan oleh Ahmad pada jam 11 pagi tadi dan turut mendapat sokongan Ahli Dewan Undangan (ADUN) Barisan Nasional (BN).

    Bagaimanapun, perbahasan pindaaan enekmen tersebut ditangguhkan hingga ke pagi esok.

    Jenis-jenis kesalahan hudud yang termaktub dalam pindaan itu ialah:

    Sariqah (mencuri)

    Hirabah (orang yang merampas harta orang lain dengan kekerasan)

    Zina termasuk liwat

    Qazaf (membuat tuduhan zina atau liwat)

    Syurb (minum arak atau memabukkan)

    Irtidad (murtad)

    Mengikut Rang Undang-undang tersebut, enakmen itu hanya terpakai kepada orang Islam yang mukalaf iaitu seseorang yang sudah mencapai umur 18 tahun dan sempurna akalnya.

    Dalam ucapan itu, Ahmad memberi jaminan bahawa undang-undang tersebut tidak akan dikuatkuasakan ke atas orang bukan Islam.

    "Di sini saya nak jelaskan bahawa Kanun Jenayah II adalah terpakai kepada orang Islam sahaja iaitu orang Islam yang mukalaf yang melakukan kesalahan di bawah Kanun ini, di negeri ini.

    "Ini bermakna, Kanun ini sama sekali tidak terpakai ke atas orang bukan Islam," tegasnya.

    Selain itu, pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (1993) 2015 yang dibentangkan di DUN Kelantan hari ini menetapkan kesalahan murtad boleh dikenakan hukuman penjara jika sabit kesalahan.

    Murtad yang disebut sebagai irtidad atau riddah dalam pindaan enakmen itu menegaskan sesiapa secara sukarela tanpa paksaan dengan sengaja atau disedarinya melakukan apa-apa perbuatan atau mengungkapkan apa-apa perkataan yang menjejaskan atau berlawanan dengan aqidah Islam adalah melakukan irtidad.

    “Dengan syarat bahawa perbuatan itu dilakukan atau perkataan itu disebutkan dengan niat dengan sukarela dan dengan pengetahuan dan tanpa apa-apa paksaan oleh mana-mana orang atau keadaan,” menurut Bahagian 22 pindaan enakmen tersebut.

    Selain itu, dalam ucapannya juga Ahmad berkata, pihak yang masih mengkritik enakmen hudud yang dibentangkannya hari ini adalah “golongan yang tidak beriman”.

    Beliau merujuk kepada pihak yang mendakwa enakmen jenayah syariah itu sebagai “zalim dan tidak berperikemanusiaan”.

    "Tuduhan yang menyatakan undang-undang ini zalim dan tak perikemanusiaan adalah tuduhan liar yang terbit dari hati orang-orang yang tak beriman," katanya.

    MB Kelantan Selar PKR dan DAP?!!


        
     Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob berkata, pihak yang masih mengkritik enakmen hudud yang dibentangkannya hari ini adalah “golongan yang tidak beriman”.

    Dalam ucapannya di DUN Kelantan itu, beliau merujuk kepada pihak yang mendakwa undang-undang itu “zalim dan tidak berperikemanusiaan”.

    "Tuduhan yang menyatakan undang-undang ini zalim dan tak perikemanusiaan adalah tuduhan liar yang terbit dari hati orang-orang yang tak beriman," katanya.

    Dalam ucapan ketika membentangkan Pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 itu, Ahmad juga memberi jaminan bahawa undang-undang tersebut tidak akan dikuatkuasakan ke atas orang bukan Islam.

    "Di sini saya nak jelaskan bahawa Kanun Jenayah II adalah terpakai kepada orang Islam sahaja iaitu orang Islam yang mukalaf yang melakukan kesalahan di bawah Kanun ini, di negeri ini.

    "Ini bermakna, Kanun ini sama sekali tidak terpakai ke atas orang bukan Islam," tegasnya.

    Live Pembentangan Hudud Kelantan!!!


        

     Anda Semua boleh ikuti secara langsung pembentangan hukum hudud Kelantan di http://www.kelantantv.my/v1/.

    Tuesday, 17 March 2015

    PAC Akan Panggil Saksi Beri Keterangan Isu Projek 1BestariNet


    KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memanggil beberapa saksi untuk memberikan penerangan berhubung kelemahan pelaksanaan fasa pertama Projek Perkhidmatan 1BestariNet yang dilaksanakan Kementerian Pendidikan membabitkan peruntukan berjumlah RM663 juta.

    Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata antara individu yang akan dipanggil memberi keterangan ialah bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, bekas pegawai pengurusan dari pejabat pengurusan projek itu dan bekas Ketua Pengarah Pendidikan.

    "Ini kerana mereka ialah pegawai yang terlibat sewaktu projek ini mula dilaksanakan pada 2011. Kemungkinan kami akan panggil mereka bagi (beri) penerangan pada bulan depan," katanya kepada pemberita selepas menpengerusikan mesyuarat PAC penggal kedua di bangunan Parlimen pada Selasa.

    Beliau berkata dalam mesyuarat Selasa, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tan Sri Dr Madinah Mohamad telah tampil memberikan penjelasan berhubung isu berkenaan namun bukan secara terperinci kerana ketika fasa pertama projek itu dilaksanakan Madinah belum lagi menyertai Kementerian Pendidikan.

    "Tan Sri Dr Madinah menyertai Kementerian Pendidikan pada 2013 tetapi inisiatif pelaksanaan projek ini pada 2011. Ini tidak adil untuk beliau," katanya.

    Nur Jazlan berkata PAC juga akan meminta penjelasan daripada Jabatan Tanah dan Galian berhubung isu berkenaan.

    Katanya antara kelemahan yang dikenal pasti dalam pelaksanaan fasa pertama projek itu berdasarkan laporan Jabatan Audit Negara adalah penyambungan internet ke tapak pengguna yang lewat disiapkan manakala Jawatankuasa Pemandu Projek dan Jawatankuasa Teknikal Projek tidak diwujudkan di peringkat kementerian.

    "Kajian keperluan sekolah tidak dijalankan dan maklum balas soal selidik oleh sekolah-sekolah mendapati prestasi capaian jalur lebar tidak memuaskan," katanya.

    Beliau berkata projek 1BestariNet dilaksanakan secara tiga fasa dalam tempoh 15 tahun dengan kos RM4.077 bilion.

    "Setiap fasa lima tahun ... untuk fasa pertama ini sudah siap dalam tempoh dua tahun setengah, dalam fasa pertama ini pelaksanaan projek 1BestariNet dianggap gagal," katanya.

    Nur Jazlan berkata projek 1BestariNet merupakan inisiatif Kementerian Pendidikan dengan YTL Communications Sdn Bhd bagi mengganti dan menambah baik sistem rangkaian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) di sekolah.

    Katanya projek itu melibatkan 10,000 sekolah yang dilengkapi dengan akses internet berkelajuan tinggi dan akses kepada penyelesaian pendidikan bersepadu bertaraf dunia.

    Sementara itu, mengulas isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB), Nur Jazlan berkata jawatankuasa akan membantu Jabatan Audit Negara dalam melakukan penyiasatan.

    Katanya PAC dijangka berjumpa dengan Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang minggu depan untuk membincangkan skop dan tempoh kerja untuk mencegah sebarang pertindihan siasatan terhadap perkara itu.

    "Ini mungkin akan memberi peluang kepada kami untuk memulakan pendengaran lebih awal," katanya.

    Bergantung pada skop yang telah ditetapkan lebih awal oleh Ketua Audit Negara, Nur Jazlan berkata ia mungkin, antara lain melibatkan banyak isu dan sakis-saksi antarabangsa yang mungkin akan mengambil masa yang lama.

    "Kami faham yang orang awam mahukan jawapan segera, tetapi kami tidak mahu tergesa-gesa dalam perkara ini dan terus membuat rumusan kami, yang pastinya tidak profesional atau tidak disokong dengan keterangan dan bukti kukuh.

    "Beliau (Ketua Audit Negara) akan menumpukan pada skop lain, yang memerlukan siasatan dan mungkin kami boleh tumpu pada perkara lain, seperti tadbir urus, bagaimana tadbir urus dalam 1MDB dilaksanakan.

    "Isu 1MDB adalah luas, jika Ketua Audit Negara menelitinya dari aspek lebih luas, ia akan mengambil masa lebih lama. Kami mahu berbincang dari segi untuk kami meneliti isu ini dalam skop lebih kecil, yang kami dapat mulakan dahulu," katanya.

    -- BERNAMA

    Hospital Baharu Kuala Krai Penuhi Keperluan Rakyat Kelantan Selatan - Mustapa


    KUALA KRAI, 17 Mac (Bernama) -- Hospital baharu di Kuala Krai bernilai RM286 juta yang sedang dalam pembinaan di sini, bakal menampung keperluan perkhidmatan kesihatan kepada rakyat yang semakin meningkat di kawasan Kelantan Selatan.

    Pengerusi Majlis Tindakan Pembangunan Persekutuan Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata hospital itu yang berkonsepkan hospital dalam taman di kawasan seluas 40 hektar, dijangka siap pembinaanya pada Mei 2017.

    Kawasan Kelantan Selatan melibatkan jajahan Kuala Krai, Gua Musang dan Jeli.

    "Hospital berkenaan yang akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan peralatan moden, akan mempunyai 268 buah katil berbanding 170 buah katil di Hospital Kuala Krai sekarang ini," katanya kepada pemberita selepas meninjau pembinaan hospital berkenaan di sini.

    Beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata pembinaan hospital itu adalah janji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kepada rakyat semasa melawat Kuala Krai dua tahun lepas.

    Mustapa berkata pembinaan hospital berkenaan akan menjadi pemangkin kepada pembangunan di jajahan Kuala Krai dan rakyat turut mendapat faedah hasil pertumbuhan ekonomi.

    Beliau berkata selama ini pesakit dari kawasan Kelantan Selatan yang memerlukan rawatan lanjut dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) dan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kota Baharu sehingga berlaku kesesakan di kedua-dua hospital terbabit.

    "Dengan wujudnya hospital Kuala Krai yang baharu ini, ia dapat mengatasi kesesakan pesakit di HRPZII dan HUSM," katanya.

    Turut hadir pada lawatan itu ialah Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan Datuk Makhtar Mustapha dan Ketua Umno Bahagian Kuala Krai Datuk Ramzi Abd Rahman.

    Mujahid Yusuf Rawa Gesa Pas Kelantan Tumpu Banjir Bukan Hudud!!

    Kalangan pemimpin utama PAS masih belum mencapai sepakat walau cadangan pindaan ke atas Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 akan dibentangkan esok.

    Ini boleh dilihat melalui kenyataan ketua penerangannya, Datuk Mahfuz Omar berkata, yang mempertahankan tindakan PAS Kelantan untuk membentangkan pindaan itu.

    Beliau menegaskan bahawa rakan kongsi PAS, DAP perlu menghormati proses demokrasi di negeri itu.

    Katanya, walaupun cadangan pindaan itu mendapat sokongan Umno, ia tidak bermaksud bahawa PAS dan Umno akan membentuk satu pakatan baru.

    "Aspirasi dan hasrat rakyat yang memberi mandat untuk mentadbir Kelantan sejak 1990 hingga 2015 perlu dihormati,” katanya dalam satu kenyataan.

    Pandangan itu berbeza dengan pendirian anggota jawatankuasa pusatnya, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa yang berkata, ia bukanlah hasrat yang ditunjukkan oleh rakyat.

    Beliau memetik hasil tinjauan Merdeka Centre yang menunjukkan 84 peratus warga Kelantan mahu kerajaan negeri lebih mengutamakan usaha menyalurkan bantuan ekoran bencana banjir besar yang melanda.

    Mujahid berkata, menurut perundangan Islam, isu berkepentingan awam perlu diutamakan oleh kerajaan.

    "Suara pengundi mesti diberi perhatian kerana bila DUN memfokuskan pada isu lain, ia akan memberi kesan pada nasib mereka.

    “Mereka boleh jadi penyokong kerajaan PAS Kelantan,” kata Mujahid dalam satu kenyataan.

    Pindaan yang akan dibentangkan esok merupakan langkah pertama dalam melaksanakan undang-undang hudud.

    DAP sebelum ini memberi amaran bahawa Pakatan Rakyat akan berpecah belah sekiranya PAS tetap membentangkan rang undang-undang pindaan itu.

    PRK Dun Chempaka.Pas Kena Nafi Sekiranya Perkara ini Tidak Benar?!

    Selepas Rafizi , Azmin Ali Pula Serang Hudud Pas Kelantan!!!


    Azmin Ali
    Azmin Ali

    SHAH ALAM - PKR hari ini menyifatkan hukum Hudud yang ingin dilaksanakan kerajaan Pas Kelantan tidak perlu disegerakan memandangkan ia bukan dasar bersama yang dipersetujui Pakatan Rakyat (PR).

    Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata, dasar bersama yang dipersetujui DAP serta Pas adalah berkaitan ekonomi, pendidikan dan keselamatan malah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri pernah menyatakan pendirian sama pada 2010.

    "Hadi pernah buat kenyataan terbuka bahawa Hudud tidak perlu disegerakan namun bukan bermakna kita tolak Hudud cuma ia bukan 'our common policies'.

    "Dasar ekonomi, pendidikan dan keselamatan yang pakatan persetujui sebelum ini perlu ditangani terlebih dahulu untuk kesejahteraan rakyat malah jika ini diberi keutamaan, saya percaya ia boleh diselesaikan dengan cara yang baik," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

    Walau bagaimanapun, Mohamed Azmin menjelaskan PKR tetap menghormati hasrat Pas untuk melaksanakan hukum Hudud di Kelantan menerusi pembentangan rang undang-undang bagi pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 pada persidangan Dun Kelantan, esok.

    Katanya, sebagai umat Islam, pihaknya tidak menolak hukum Hudud mahupun mana-mana hukum yang digariskan dalam al-Quran malah pernah menyatakan pendirian berkenaan dalam PR.

    Sehubungan itu, Mohamed Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak mengingatkan parti di dalam PR supaya mendapatkan persetujuan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada masa depan sebelum memutuskan sesuatu perkara.

    Menurutnya, pembentangan enakmen berkaitan hudud oleh kerajaan Kelantan merupakan satu pindaan dan bukan rang undang-undang baharu berikutan enakmen itu telah diluluskan pada tahun 1993, iaitu sebelum PR diwujudkan. 

    "Rang undang-undang yang dibawa dalam Dun Kelantan adalah pindaan enakmen 1993, ada empat perkara yang ingin dipinda dan kita hormati keputusan kerajaan Kelantan yang dibuat sebelum 1993 namun pada masa depan, sebarang cadangan baharu mesti dapat persetujuan PR," katanya.

    Pada Jumaat lepas, Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata kerajaan negeri tetap akan membentangkan pindaan enakmen itu esok setelah berbincang dengan penasihat undang-undang negeri. 

    Menurut Mohd Amar, pihaknya mendapati tiada masalah untuk rang-rang undang-undang itu dibentangkan pada persidangan Dun walaupun Pengerusi Biro Undang-Undang DAP, Gobind Singh Deo meminta Pas mempertimbangkan semula pindaan itu. - Bernama

    Terkini !!Rafizi Selar Kerajaan PAS Kelantan


    Rafizi Ramli
    Rafizi Ramli - Foto Sinar Harian 

    KUALA LUMPUR - Kerajaan Negeri Kelantan perlu menghormati keputusan dan permintaan hasil mesyuarat Majlis Pimpinan PR minggu lalu sebelum mereka membentangkan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 pada sidang Dun Kelantan, esok.

    Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata walaupun Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V sudah menyuarakan sokongan terhadap pelaksanaan hudud di Kelantan.

    "Itu bukan perkara baharu walaupun titah itu adalah titah semasa pembukaan sidang Dun, mereka masih belum kembali kepada kita sebagai menghormati PR dan proses kerjasama, sepatutnya mereka kembali kepada kita sebelum membentangkannya.

    "Kita masih lagi menunggu mereka untuk kembali kepada kita (Majlis Pimpinan PR) dengan maklum balas mereka tentang hasil perbincangan kami," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, di sini, hari ini.

    Beliau berkata demikian mengulas titah Sultan Kelantan yang  menyuarakan sokongan terhadap pelaksanaan hudud di Kelantan ketika bertitah sempena Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Dun Kelantan ke-13, semalam.

    Selain itu, baginda juga mengharapkan kerjasama antara kerajaan negeri dan persekutuan bagi membina rumah kekal untuk mangsa banjir perlu diteruskan dan dipertingkatkan.

    Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan menegaskan pihaknya hanya akan menyatakan pendirian selepas Kerajaan Negeri Kelantan memberi maklum balas atau menunggu selepas pindaam itu dibentangkan esok.

    "Saya mengambil kira titah sama ada Yang di-Pertuan Agong yang membuka Parlimen ataupun Yang di-Pertuan Sultan-Sultan yang membuka Dun adalah titah kerajaan yang disediakan oleh kerajaan.

    "Ada beberapa permintaan kepada beberapa pindaan yang bakal dibuat dan kita masih menunggu, kalau dibentangkan juga esok, kita kena tunggu apa yang akan dibentangkan esok (di sidang Dun Kelantan) dan PKR akan respon mengikut turutan," katanya lagi.

    Isu hudud: Empat soalan untuk DAP jawab


    SERANGAN berterusan pimpinan DAP terhadap Pas di atas isu hudud menimbulkan tanda tanya di kalangan umat Islam mengenai apakah yang tersirat di sebalik tekanan ini.

    Pas telahpun menjelaskan dan mengikuti apa yang diingini dalam Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR).

    Pas telah memperjuangkan hudud sebelum wujudnya Barisan Alternatif mahupun PR. Pas yang ada hari ini adalah Pas yang sama yang ingin melihat Islam didaulatkan.

    Pembentangan semula enakman ini pada 18 Mac di Dun Kelantan hanyalah 'pindaan' bagi menambah kebaikan dan menjelaskan kekeliruan. Hal ini telah dijelaskan dalam mesyuarat PR.

    Selepas mesyuarat, DAP memperbesarkan isu ini kononnya Pas hendak membentangkan sesuatu yang baru dan sebab itulah mereka membantah.

    Soalan pertama: Apakah kalau tak ada sebarang pindaan, apakah DAP akan sokong hudud?

    DAP juga mendakwa bahawa kerjasama antara kerajaan Kelantan di bawah Pas dan Kerajaan Pusat di bawah BN adalah petanda 'adanya usaha penyatuan Pas dan Umno.’

    Pelbagai penjelasan telah dibuat, bahawa pelaksanaan enakmen ini memerlukan sokongan kerajaan Pusat kerana polis, lokap, penjara dan sebagainya masih di bawah kawalan kerajaan Pusat.

    Soalan kedua: Apakah kalau Kerajaan Pusat tidak bagi kerjasama, maka DAP akan sokong hudud?

    Kemudian, ada yang mencadangkan utamakan penyelesaian isu banjir daripada hudud. Bantuan banjir dan proses pembangunan semula mangsa banjir terus berjalan dan tidak terhenti dengan pembentangan enakmen Jenayah Syariah ini.  

    Bagaimana pembentangan enakmen ini boleh mengganggu usaha pembangunan semula banjir? Logik soalan ini kena diajukan pada mereka yang bertanya.

    Soalan ketiga: Apakah kalau selesai isu banjir, maka DAP akan sokong hudud?

    Sebenarnya, rakyat Malaysia, termasuklah Pas dah tahu DAP ini memang menentang perlaksanaan hudud. Mesej sudah sampai ke rakyat. Pas pun tidak harapkan sokongan DAP. Pas cuba melaksanakan hudud melalui jalan demokrasi, dan itupun kini ditentang oleh parti yang dikatakan menjunjung demokrasi.

    Soalan keempat: Oleh itu, apa lagi yang DAP mahu? Apakah DAP mahu PR berpecah dan Umno-BN terus berkuasa?

    Kalau BN tidak berpecah kerana isu 1MDB, serangan Dr Mahathir dan isu rasuah yang menyelubungi Umno, apakah wajar PR pecah kerana hudud?

    Pas tidak mahu PR berpecah. Pas cuma harapkan penjenayah beragama Islam untuk diadili oleh hukum jenayah Islam. Salahkah ini? Oleh itu, jangan salahkan Pas kalau PR pecah.

    Gempar !! Bekas Biro Penerangan PKR Belasah Keluarga Anwar?!!


    Kenyataan Media ISU PERLETAKAN JAWATAN 17 AJK PAS KAWASAN BATU

    Kenyataan Media

    ISU PERLETAKAN JAWATAN 17 AJK PAS KAWASAN BATU

    1. Kami mendapat maklum melalui portal berita dan rakaman youtube sidang media sebentar tadi bahawa 17 Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Batu yang diketuai oleh YBhg. Cikgu Ishak Surin telah meletak jawatan secara rasmi sebelum Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Batu ke-30 diadakan pada 19 April ini.

    2. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada 17 AJK PAS Kawasan Batu tersebut atas segala sumbangan dan gerak-kerja yang dilaksanakan sepanjang menjawat posisi yang disandang sejak Mesyuarat Agung Tahunan ke-29 pada 2013 lalu itu. Kami juga ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada mereka.

    3. Berikutan dengan hal ini, kami masih menunggu arahan dan pemakluman lanjut daripada Pejabat Agung PAS dan Insya-Allah kami akan meneruskan Mesyuarat Agung Tahunan pada 19 April ini sebagaimana yang telah dirancang.

    4. Kami yakin bahawa kepimpinan baru yang lebih baik akan dilantik dalam Mesyuarat Agung Tahunan bulan depan dapat meneruskan legasi kepimpinan ini dengan lebih cemerlang.

    5. Akhir sekali kami juga ingin mempertegaskan sokongan dan mendokong penuh kepimpinan Dato’ Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang sebagai Presiden PAS.

    Sekian.

    1. USTAZ AZHAR YAHYA
    Ketua Urusan Ulamak PAS Kawasan Batu

    2. NURUL ISLAM MOHAMED YUSOFF
    Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Batu

    3. HAJAH SALBIAH ABD. WAHAB
    Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Batu

    4. ZURINA DIN
    Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Batu

    5. USTAZAH NADIAH ABDUL RAHMAN
    Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Batu

    6. ABU BAKAR ABDUL RAHMAN
    Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Batu

    7. SHAMSUDDIN YAACOB
    Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Batu

    Tarikh : 17 Mac 2015 / 26 Jamadil Awal 1436H

    Kerajaan Kelantan sedia tanah bagi mangsa banjir


    Ahmad Yakob
    Ahmad Yakob

    KOTA BHARU - Kerajaan negeri telah mengenal pasti kawasan yang sesuai untuk pembinaan rumah kekal kepada mangsa banjir yang tidak memiliki tanah, persidangan Dun Kelantan diberitahu hari ini.

    Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata sebelum kejadian banjir luar biasa pada Disember tahun lepas, mangsa terbabit mendiami rumah yang dibina di atas tanah rizab sungai dan tanah milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

    Beliau berkata penempatan baharu secara berkelompok atas tanah yang disediakan kerajaan negeri akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan prasarana dan dijangka dapat disiapkan dalam tempoh tiga hingga enam bulan lagi.

    "Kerajaan negeri telah mengenal pasti tanah seluas 24 hektar di Enggong (Kuala  Krai) dan 8.4 hektar di Telekong (Kuala Krai) untuk pembinaan rumah kekal kepada mangsa yang tidak mempunyai tanah sendiri," katanya semasa menjawab soalan tambahan Datuk Md Alwi Che Ahmad (BN-Kok Lanas).

    Mengikut rekod Jawatankuasa Bersama Banjir Negeri Kelantan, terdapat sebanyak 1,827 buah rumah musnah sepenuhnya akibat bencana banjir di negeri ini,
    dan daripada jumlah itu, kira-kira 1,200 mangsa tidak memiliki tapak rumah.     

    Menjawab soalan asal daripada Azami Mohd Nor (Pas-Kadok), Ahmad berkata bagi mangsa yang mempunyai tanah sendiri, kerajaan sedang membina rumah kekal untuk mereka antaranya di jajahan Machang, Kuala Krai dan Gua Musang iaitu sekurang-kurangnya 10 buah bagi setiap kawasan Dun yang terlibat.

    Ketika menjawab soalan Mohd Zaki Ibrahim (Pas-Kelaboran), Ahmad berkata kerajaan negeri berhasrat untuk membina empangan di Sungai Nenggiri dan Sungai Lebir di Gua Musang sebagai langkah jangka panjang mengatasi kejadian banjir.

    Beliau berkata aliran air yang luar biasa dari kedua-dua sungai tersebut telah menyebabkan berlakunya banjir besar terutama di jajahan Kuala Krai iaitu lokasi kedua-dua sungai itu bertemu menjadi Sungai Kelantan.

    Katanya, kerajaan negeri juga akan memperkemaskan jentera bantuan ketika banjir dan pasca banjir bagi menghadapi bencana tersebut pada masa depan.

    Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Hubungan Kaum, Datuk Anuar Tan Abdullah berkata, sebanyak RM3.9 juta telah diperuntukan untuk membantu usahawan yang terjejas akibat banjir memulakan perniagaan.

    Beliau berkata sebanyak 825 daripada 1,000 usahawan yang terjejas akibat banjir telah memulakan perniagaan melalui skim pembangunan usahawan.

    Anuar berkata demikian semasa menjawab soalan Mohamad Zaki Ibrahim (Pas-Kelaboran). - Bernama

    Monday, 16 March 2015

    Tindakan Letak Jawatan Adalah 'Luar Biasa' - AJK PAS Pusat


    Diterbitkan: Isnin, 16 Mac 2015 9:48 PM

    Khalid Samad

      (Ubah saiz teks)

    KUALA LUMPUR: Tindakan 17 anggota jawatankuasa PAS Kawasan (Bahagian) Batu yang meletak jawatan secara tiba-tiba pada Isnin disifatkan sebagai 'tindakan luar biasa'.

    Anggota Jawatankuasa PAS Pusat, Khalid Samad berkata mereka seharusnya mengadakan perbicangan dalam mesyuarat agung tahunan kawasan jika mempunyai sebarang pandangan, selain mengemukakan calon baharu atau mengekalkan presiden sekarang.

    "Jangan bertindak di luar peruntukan perlembagaan. Kalau bertindak sebegini dah dikira luar daripada kebiasaan", katanya kepada pemberita.

    Kesemua 17 anggota PAS Kawasan Batu diketuai Yang Dipertuanya Ishak Surin, meletak jawatan atas alasan tidak lagi sehaluan dengan kepimpinan pusat parti.

    Antara yang turut meletak jawatan serta-merta ialah Timbalan Yang Dipertua Datuk Shuhaimi Ab Rahaman, Naib Yang Dipertua Datuk Tarmizi Mohd Jam, Setiausaha Kawasan Datuk Ismail Yahaya dan Ketua Penerangan kawasan Marzuki Zakaria.

    Exco Dewan Pemuda PAS Ahmad Marzuk Shaary pula menyifatkan tindakan mengejutkan itu sebagai gerakan tidak sihat kepada parti yang mementingkan kesepakatan dan perpaduan.

    "Kalau marahkan nyamuk jangan bakar kelambu. Sepatutnya bincang dahulu, tapi apa yang berlaku mereka ni awal-awal lagi dah berundur dan mengalah," katanya.

    Beliau bagaimanapun yakin perkara itu hanya soal terpencil dan tidak akan mendatangkan masalah serius kepada parti.

    Seperti Khalid, Ahmad Marzuk juga bersetuju supaya kesemua anggota terlibat berbincang untuk menyelesaikan apa jua pertikaian dan masalah yang timbul.

    JPM jawab dakwaan Rafizi Isu Jet



    logo Jabatan Perdana Menteri

    KUALA LUMPUR - Jabatan Perdana Menteri hari ini menjelaskan bahawa pesawat eksekutif Airbus Corporate Jetliner (ACJ320) dibeli untuk menggantikan Boeing Business Jet (BBJ) yang telah berusia 16 tahun.
        
    JPM dalam satu kenyataan di sini berkata, kerajaan memperoleh ACJ320 melalui kontrak pembelian sewa beli untuk tempoh 15 tahun.

    Pesawat BBJ itu akan dilupuskan bagi membiayai pembelian ACJ320.

    Kenyataan itu bagi menjawab tuduhan Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli di Parlimen hari ini bahawa ACJ320 itu untuk kegunaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

    [ÂRTIKEL BERKAITANBeli jet baharu boleh cetus kemarahan rakyat]
        
    Menurut JPM, pesawat BBJ telah digunakan oleh MAS sejak 1999 sebelum kerajaan memperolehnya pada tahun 2003 untuk kegunaan Yang di-Pertuan Agong.
     
    "Perbincangan untuk menggantikan BBJ telah dimulakan dua tahun lepas memandangkan kos penyelenggaraan kapal terbang itu semakin meningkat berikutan faktor usia dan risiko keselamatan.
        
    "Perolehan pesawat ACJ320 dalam fleet pesawat eksekutif kerajaan dapat mengurangkan kos operasi, pengurusan dan penyelenggaraan memandangkan kerajaan sudah mempunyai pesawat ACJ319," menurut kenyataan itu.
        
    Menurut JPM, selain ACJ319 dan ACJ320, fleet pesawat eksekutif kerajaan termasuk kapal terbang yang lebih kecil iaitu pesawat Falcon yang diperolehi pada 1989 dan Global Express 2001, kata JPM. - Bernam
    a

    Jika BN Tumbang Akibat Gst Kenapa Pakatan Membantah!!



    Sultan Kelantan sokong hudud dilaksana


    Sultan Kelantan sokong hudud dilaksana
    Sultan Muhammad Ke-V berkenan memeriksa perbarisan kehormat sempena merasmikan Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Dun Kelantan Ke-13, 2015, hari ini. – Foto Sinar Harian oleh KHIRU SHALEH ABDULLAH

    KOTA BHARU - Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V hari ini menyuarakan sokongan terhadap perlaksanaan hudud di Kelantan. Baginda menzahirkan hasrat tersebut  ketika bertitah sempena Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Dewan Negeri Kelantan  ke 13 sebentar tadi.

    "Beta difahamkan bahawa kerajaan negeri Kelantan berhasrat untuk membawa Rang Undang-undang Persendirian  ahli Parlimen bagi meminda Akta 355 di bawah Peruntukan 76A1 Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan Kelantan melaksanakan Kanun Jenayah Syariah Kelantan.

    "Semoga beroleh kejayaan dengan sokongan semua pihak. Insya-ALLAH," titah Baginda sebentar tadi.

    Selain menyentuh mengenai hudud Baginda juga mengharapkan kerjasama antara kerajaan negeri dan persekutuan bagi membina rumah kekal untuk mangsa banjir perlu diteruskan dan dipertingkatkan.

    "Beta harap rumah-rumah itu dapat disiapkan dalam kadar yang sesuai supaya kehidupan mereka kembali normal," titah Baginda lagi.

    Sementara itu, ketika ditemui di luar dewan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Amar menganggap titah Sultan Kelantan sebagai pembakar semangat untuk merealisasikan hukum hudud di negeri ini.

    Menurutnya, sebagaimana yang dijadualkan kerajaan negeri tetap akan membentangkan rang undang-undang bagi pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 pada persidangan Dun Kelantan 18 Mac ini.

    "Dengan titah Tuanku tadi kita lagi bersemangat, harap mendapat sokongan 100 peratus daripada semua yang hadir nanti," katanya kepada media.

    Gempar Pas Kawasan Batu Tolak Haji Hadi!!

      

    Tidak sehaluan dengan Hadi, 17 AJK PAS Kawasan Batu bermufarakah dari kepimpinan PAS Pusat17 daripada 25 Ahli Jawatan Kuasa (AJK) PAS Kawasan Batu mengambil keputusan drastik dengan bermufarakah dari kepimpinan PAS sedia ada. 
    GOMBAK: 17 daripada 25 Ahli Jawatan Kuasa (AJK) PAS Kawasan Batu mengambil keputusan drastik dengan bermufarakah dari kepimpinan PAS yang ada sekarang.

    Yang Dipertua PAS Batu, Ishak Surin berkata  keputusan itu dibuat kerana kecewa dengan sikap kepimpinan PAS Pusat khususnya presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

    Katanya, Abdul Hadi gagal bertindak menangani isu-isu dalaman sehingga tercetusnya krisis yang berlarutan dalam parti.

    "Krisis yang sudah menjadi rahsia umum ini, merupakan krisis paling teruk sejak kepimpinan ulama diperkenalkan pada tahun 1982 selepas Presiden PAS ketika itu, Datuk Mohd Asri Muda dijatuhkan, kira-kira 30 tahun yang lalu," katanya pada sidang media dii Madrasah Tarbiah, di sini, hari ini.

    Husam paling layak ganti Hadi


    Husam
    Husam

    SHAH ALAM - Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa dilihat layak menggantikan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Presiden Pas.

    Dekan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia, Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, terdapat beberapa ciri-ciri ada pada Husam yang melayakkannya sebagai Presiden Pas baharu.

    “Pas adalah parti yang berbeza daripada parti lain kerana ia menitikberatkan asas keislaman. Ini kerana, ciri utama untuk menjadi Presiden Pas ialah mempunyai sifat Islamik, berkaliber dan mempunyai tokoh kepimpinan.

    “Jadi, saya nampak ciri-ciri ini ada pada Husam Musa,” katanya.

    Walaupun beliau bukan dikategorikan sebagai ulama, namun Husam mempunyai latar belakang agama kuat.

    Katanya, beliau adalah seorang anak didik Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan juga orang kepercayaan Tok Guru.

    “Dia mempunyai latar belakang yang jelas dan menunjukkan kesetiaan kepada pemimpin dan ulama.

    “Selain itu, Husam juga sudah bergerak dari bawah lagi dalam proses pengkaderan Pas,” katanya.

    AKAN MENYUSUL

    ARTIKEL BERKAITAN

      Sunday, 15 March 2015

      Mari Kenali Siapa Sebenarnya Khairi Jamaludin?!!


      Gempar Gambar Anwar Ibrahim dengan Tun Mahathir


      Kantoi !! Gambar Najib Tido Di AirPort?!!


      Saturday, 14 March 2015

      Husam Musa Cabar Haji Hadi

      Selepas PAS kawasan Kota Baru menamakan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai calon presiden PAS yang baru, PAS kawasan Kota Tinggi pula hari ini mencalonkan Datuk Husam Musa untuk jawatan tersebut.

      Pencalonan Husam disahkan seorang pemimpin negeri Johor ketika dihubungi The Malaysian Insider.

      "Sah," katanya ketika ditanya sama ada benar Husam dicalonkan untuk jawatan itu dalam mesyuarat agung kawasan itu hari ini.

       
      Sementara itu, satu lagi kawasan, Parit Sulong, juga tidak menamakan penyandang presiden sekarang Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan menyerahkan pencalonan kepada jawatankuasa yang dipilih untuk membuat keputusan.

      Jawatankuasa PAS kawasan Parit Sulong yang akan bersidang awal minggu depan itu juga dijangka akan mencalonkan pemimpin selain dari Hadi sebagai calon presiden.

      Perkembangan terbaru ini menjadikan Hadi tidak mendapat pencalonan dari 3 kawasan pertama yang mengadakan mesyuarat agung ketika PAS dilanda perpecahan yang terbesar selepas 1982 apabila bekas presiden PAS Tan Sri Asri Muda diketepikan oleh parti Islam itu.

      "Mesyuarat memberikan amanah kepada jawatankuasa yang baru dipilih untuk membuat pencalonan selepas dibahaskan dan diundi oleh perwakilan," kata Khairudin Abdul Rahim, yang dipertua PAS Parit Sulong kepada The Malaysian Insider.

      Beliau tidak dapat mengesahkan siapa yang akan dicalonkan kerana ia akan diputuskan mesyuarat jawatankuasa minggu depan.

      "Rasanya kita akan calonkan tokoh yang lain, namun kita mahukan tokoh yang akan bertanding, bukan menarik diri selepas dicalonkan," kata Khairudin membayangkan kecenderungan menamakan calon selain Hadi.

      Pada Selasa, Tuan Ibrahim menolak pencalonan PAS Kota Baru mengatakan beliau tidak layak menggantikan tempat Hadi.

      Menyifatkan pencalonan itu satu kejutan, beliau berkata, "Seperti yang saya katakan kepada para wartawan yang bertanyakan hal ini hari ini, 'Kalau Husam berkata 10 kali beliau pun tidak padan lagi dibandingkan dengan Hadi, saya yang berketinggian lima kaki dua inci pun mungkin ketinggalan lebih 5.2 kali di belakang Hadi dari segi kepimpinan'."

      Menurut Khairudin, beliau akan membincangkan perkara tersebut dengan PAS Kota Tinggi selepas ini.

      "Mungkin kita akan membuat sidang media bersama bagi memaklumkan keputusan," kata Khairudin kepada The Malaysian Insider.

      Sehingga kini, PAS Kota Tinggi tidak boleh dihubungi untuk mengesahkan pencalonan itu namun berita mengenainya sudah disebarkan melalui beberapa kumpulan perbincangan di media sosial Whatsapp dan Facebook.

      Sementara itu, Khairudin mengekalkan jawatannya sebagai Yang Dipertua PAS kawasan Parit Sulong selepas menang dengan majoriti besar mengalahkan pencabarnya.

      Turut menang ialah timbalan dan naib yang dipertua kawasan yang menang tanpa bertanding.

      Hampir kesemua AJK yang terpilih juga merupakan pasukan yang menyokong Khairudin.

      Parit Sulong dan Kota Tinggi ialah kawasan yang kedua dan ketiga mengadakan mesyuarat agung selepas Kota Bharu dalam siri mesyuarat agung PAS peringkat kawasan menjelang muktamar yang akan diadakan di Kuala Selangor Jun nanti. – 14 Mac, 2015.