Thursday 28 May 2015

PENDERMA MINTA RAFIZI KEMBALIKAN WANG MEREKA SEMULA, PUNGUTAN MENCECAH RM5.9 JUTA ?



3 Soalan rakyat kepada Rafizi:-

1. BERAPA BANYAK SUDAH WANG HARAM KAMU KUMPUL DALAM SYARIKAT PERIBADI 'NOW' ITU?

2. SYARIKAT NOW IALAH SYARIKAT PERIBADI KAMU, SILA BENTANGKAN STATEMENT AKAUN PUNGUTAN WANG HARAM DARI ORANG RAMAI ? 

3. KHABARNYA PUNGUTAN WANG HARAM DI AKAUN SYARIKAT NOW MENCECAH RM5.9 JUTA TETAPI KAMU HANYA DECLARE RM6,000 SAHAJA? BETUL ATAU TIDAK?

NOTA: BUKANNYA SUKAR BAGI SEORANG AKAUNTAN PENIPU SEPERTI RAFIZI UNTUK MENIPU JUMLAH WANG  KELUAR MASUK. RAFIZI BIASA MELAKUKANNYA SEBAB ITU MANTAN MB SELANGOR SINGKIRKAN RAFIZI SEBAGAI PENASEHAT EKONOMI, KERANA MEMBERI DATA TIPU KEPADA KHALID

4. SOALAN EMEL TERAKHIR, BOLEHKAH WANG PENDERMA DIKEMBALIKAN SEMULA DAN BAGAIMANAKAH CARANYA? MEREKA BARU TERSEDAR DITIPU.
Rafizi, The CEO Syarikat Peribadi National Oversight Whistleblowers (NOW)
National Oversight Whistleblowers atau NOW sebenarnya bukan sebuah NGO (Badan Bukan Kerajaan) tetapi adalah sebuah syarikat sendirian berhad di mana Rafizi adalah Pengarah Elsekutif.

Rujukan di Bank Negara Malaysia (BNM) mendapati NOW tidak mempunyai surat kebenaran untuk mengutip wang daripada rakyat. Malangnya, Rafizi tanpa rasa malu telah melancarkan kutipan Wang haram itu.

Ramesh Rao, Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin menyifatkan Rafizi sebagai penipu.

“Kutipan dibuat melalui orang ramai bermula 21 Mei lepas dan kononnya untuk menutup 1MDB yang dia sendiri sahaja yang tahu maksud dan tujuannya,” kata Rao.

“Saya sengaja memasukkan duit dalam akaun NOW seperti yang dihebahkan untuk memastikan kewujudannya.”

“Apabila saya buat semakan, barulah terbongkar rahsia NOW sebenarnya dan apa yang dikesalkan, Rafizi mengatakan NOW adalah satu badan NGO sedangkan dia tahu bahawa NOW itu adalah syarikat miliknya sendiri,” jelasnya.

Sehubungan itu, Ramesh meminta pihak polis membuat siasatan segera ke atas Rafizi sebelum lebih ramai lagi yang menjadi mangsa penipuannya.

Sunday 24 May 2015

Gempar!! Surat Bantahan Kesahihan Mesyuarat Dewan Pemuda Pas Kelantan!



Tuesday 19 May 2015

GAMBAR EKSKLUSIF: PENCARUM RAYU TH TIDAK JUAL TANAH, KAMU TAK AKAN DIAMPUNI JIKA JUAL!


ASET TH DI TRX, KENAPA NAK JUAL KERJA TANAH SUDAH BERMULA? KEUNTUNGAN SUDAH DALAM TANGAN!
Assalamualaikum Warahmatullahih Wabarakatuh.

Tan Sri-Tan Sri, Dato'-Dato' dan para Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji.

Saya adalah pencarum TH sejak saya berumur 12 tahun. Selama ini saya berdiam diri dalam isu TH kerana saya menganggap isunya hanya mainan orang politik sahaja. Tetapi kini, saya merasakan TH tidak patut mengalah kepada para pengkhianat dan orang yang menyerangnya. 

TH sepatutnya mengukuhkan pendirian mempertahan agenda TH membantu umat Islam dan pencarum TH seperti saya. Sedangkan agenda 'musuh' Islam dan para pengkhianat adalah untuk melihat TH mengalami kerugian!
Tanah TH Ini Sudah Dibangunkan Dengan Pakej Keuntungan Yang Besar Apabila Siap, Kenapa Bodoh-Bodoh Nak Jual?
Saya mendapat tahu, bahawa pakej kerja tanah pertama yang dimulakan pada tahun 2013 hampir siap. 

Pakej infrastruktur seterusnya termasuk pembinaan jalan raya, terowong, struktur bawah tanah dan pemasangan utiliti, kini dalam proses tender. Jadi jika semua proses yang bererti keuntungan sudah dalam tangan dalam bentuk aset-aset ini sedang sukses, kenapa nak jual?

Ramai orang lupa, fasa pertama TRX dijangka siap pada 2018. Bukannya lama lagi pun untuk TH menikmati keuntungan besar! 3 tahun tidak lama, maka Kenapa terburu-buru nak jual sekarang???

Saya juga diberitahu, tanah ini dilengkapi dengan Pelan Induk Devlopment sehingga mudah untuk TH membina menara kediaman yang akan menambah lagi keuntungan.

Daripada kajian saya sendiri, saya mendapati pakej kerja tanah telah dimulakan oleh 1MDB pada tahun 2013. 

Apabila TH membeli tanah itu pada tahun 2015, ia adalah termasuk di dalamnya pakej-pakej yang sangat menguntungkan di bawah. Patutlah berebut-rebut orang nak beli!!! Pakej-pakej itu ialah:-
Kerja Tanah Sudah Dimulakan Pada Tahun 2013, Tabung Haji Membelinya Pada Tahun 2015, Keuntungan Besar Sudah Dalam Tangan Pada Tahun 2018, Kenapa Ada Pengkhianat Dalam TH Suruh Jual? Double Stupid!
1. Tanah 
2. Kerja Tanah 
3. Insfrastruktur 
4. Kereta api laju termasuk ke Singapura (2 rel) 
5. Lebuh raya utama iaitu MEX-SMART-DUKE saling bersambung.
6. Laluan pejalan kaki berbumbung ke Bukitt Bintang dan KLCC.
7. Cukai Insentif Khas oleh Kerajaan
Kerja-Kerja Tanah Ini Bukan Suatu Keuntungan kah? Kamu Di Dalam Board TH Bukalah Minda Buktikan Pembelian Tanah Ini, Sangat Menguntungkan, Jangan Dijual, Pertahankan Untuk Pencarum, Jaga Harta Itu Baik-Baik!!! Saya Tidak Akan Maafkan Kamu Jika Kamu Jual Harta Pencarum Sewenang-Wenangnya!!!
Kesimpulan
Nilai tanah TRX itu telah menikmati nilai tambah yang semakin tinggi. Dengan nilai yang semakin meningkat itu, cuba anda bayangkan nilainya apabila sudah siap dengan bangunan pada tahun 2018!. Bukankah keuntungannya akan berlipatkali ganda!!!

Oleh itu, saya selaku pencarum TH sejak 30 tahun dahulu mendesak THtidak menjual aset ini. Bukan untuk saya, tetapi untuk generasi umat Islam yang akan datang. 

Saya juga mendesak Perdana Menteri supaya mengabaikan para pengkhianat di sekelilingnya, dan mengarahkan TH untuk menjaga harta itu untuk kebaikan pencarum TH seperti saya. 

Kepada para pencarum TH, marilah kita bangun mendesak TH supaya tidak menjual tanah itu dan membangunkan 'tanah pusaka' itu tanah kita para pencarum sekalian.

Saya mencabar TH supaya membuktikan kepada para pengkhianat bahawa selama ini TH adalah di landasan yang betul. Sedarlah kamu di dalam TH bahawa TH sebenarnya telah dikhianati dengan menjadikan isu ini untuk menghalalkan penjualan tanah itu!. 

Kepada TH, saya mahu memberitahu kamu, saya sebagai pencarum yang rasional tidak akan mengampuni THjika kamu menjual atau tidak menjaga tanah itu dengan baik !!!. 

Itu bukan harta kamu Sendirian Berhad. Kami juga berhak mempertahankan aset dan pakej keuntungan tanah itu untuk masa hadapan kami dan para pencarum yang lain!

Kamu jual tanah itu, jangan menyesal jika kami akan ambil tindakan Mahkamah!

Pencarum Berwawasan,
Kampung Baru,
Kuala Lumpur.
18 Mei, 2015.
Hanya Pengkhianat, Orang Gila, Orang Bodoh Sombong Sahaja, Yang Akan Menjual Tanah Yang Semakin Bertambah Nilainya Menjelang Tahun 2018 !
___________

Saturday 16 May 2015

ORANG BUKAN MELAYU TUNGGU MASA MERAMPAS PELABURAN THP DI TANAH TRX


Sepatutnya, kita harus menganggap peruntukan tanah di TRX, TUDM Sungai Besi dan Sungai Buloh untuk 1MDB sebagai satu bentuk "nasionalisasi" daripada hartanah utama yang bernilai tinggi di dalam dunia. 

Anda patut sedar, ia dilakukan untuk melindungi aset-aset utama daripada jatuh ke tangan rakyat Singapura, China, Arab, Jepun, Korea dan Cina tempatan kerana mereka mempunyai wang dan links serta connection yang besar dalam bisnes global.

Lihat sahaja bagaimana YTL mengubah Jalan Bukit Bintang dari daerah lampu merah kotor ke dalam pelancongan yang sibuk dan kawasan membeli-belah utama. Bolehkah agaknya pada masa itu, orang Melayu mengubah tanah Sekolah Perempuan Bukit Bintang kepada Pavilion? 

Lot 10 pada asalnya dimiliki oleh Datuk Sulaiman Manan (Mayang Sari) di mana Taiping Consolidated dan YTL telah mengambil alih. Harta itu walaupun dalam tangan orang Melayu tetapi tidak kekal lama. Kerana Dr Mahathir yang membenarkan ianya djual kepada bukan Melayu kerana Dr Mahathir percaya orang Melayu tidak mempunyai sumber kewangan untuk membuat Lot 10 yang akan menguntungkan.

Itu dahulu, ya orang Cina sahaja boleh kerana mereka punya wang. Hari ini, TH Properties (THP) dan banyak lagi GLC mampu membina bandar-bandar baharu dan shopping complexs mega. 

Contoh yang lain, Menara Angkasa Raya sebelah KLCC dimiliki asalnya oleh orang Melayu. Ia tidak sepatutnya dijual kepada Sunrise. Terdapat banyak tanah bernilai tinggi dianugerah kepada orang Melayu, tetapi akhirnya terpaksa dijual kepada orang Cina kerana kelemahan kewangan ketika itu.

Jadi sekarang, apabila Kerajaan menganugerahi TH untuk membangunkan TRX menjadi daerah kewangan khususnya untuk kemajan orang Melayu dan umat Islam di Malaysia, malangnya ada orang Melayu yang busuk hati! Mat Sabu yang bukan ahli ekonomi pun anda terpedaya dengan gorengan mentah dia! 


Orang-orang Cina sangat bijak, mereka berdiam diri kerana mereka hanya perlu menunggu TH Proeperties dimalukan dan kalah kepada fitnah pembangkang, kemudiannya mereka kan cepat-cepat membelinya.

Apa pun, kita akui akan kelemahan mengurus isu ini oleh pihak TH. Sepatutnya mereka tidak perlu kelam-kabut dengan desakan rakyat, sepatutnya mereka berterus-terang dan mendedahkan faedahnya.

Begitulah keadaan yang menyedihkan hal ehwal orang Melayu dan umat Islam di Malaysia. Mereka menggalakkan kebencian di kalangan mereka sendiri dan bukannya menyokong program yang hanya boleh memastikan kuasa ekonomi Melayu dan Islam dalam persekitaran global yang kompetitif.

(artikel terjemahan)

Bersambung lagi...