Wednesday 25 May 2016

Bayaran Perubatan Di Malaysia Termahal Di Dunia?



Tahukah anda, hospital dan klinik kerajaan di Malaysia mengenakan bayaran perubatan dan kesihatan yang termurah di dunia?

Kerajaan bukan saja membelanjakan wang yang besar untuk menyediakan kemudahan perkhidmatan kesihatan kepada rakyat, malah mengenakan bayaran terendah di dunia kepada pelanggan.

Pesakit luar hanya perlu membayar RM1.00 sahaja, manakala bayaran RM5 dikenakan jika berjumpa dengan doktor pakar. Ubat-ubatan pula diberi secara percuma.

Tidak ada sistem kesihatan lain di dunia yang mengenakan bayaran sebegini rendah.

Secara keseluruhannya, subsidi kesihatan di Malaysia mencecah 98%, maknanya 98% kos kesihatan bagi setiap pesakit ditanggung kerajaan, cuma 1 atau 2% saja dikenakan bayaran.

Analisis yang dibuat antara kos dan perkhidmatan kesihatan yang disediakan seluruh dunia, sistem kesihatan di Malaysia adalah yang terbaik.

Malaysia disenaraikan sebagai ketiga terbaik daripada 24 negara di dunia dalam penyediaan kemudahan kesihatan.

Pembinaan hospital dan klinik termasuk Klinik 1Malaysia, kemudahan pendidikan dan sebagainya akan terus dilaksanakan  kerajaan persekutuan dengan kerjasama kerajaan negeri.

Ini merupakan bukti usaha kerajaan terus membela nasib rakyat dan memberi keutamaan yang tinggi sekalipun di kawasan luar bandar.

Tidak dinafikan masih ada kekurangan dan banyak cabaran, tetapi kerajaan tetap akan terus membela rakyat dengan membina hospital tambahan dan baharu serta dilengkapi doktor pakar.

Usaha memujuk doktor pakar untuk berkhidmat di hospital luar bandar di negeri ini merupakan cabaran yang amat besar, justeru kerajaan akan menyediakan insentif khas kepada mereka.

Perkara ini sedang dikaji & juga sedang dilaksanakan secara berperingkat, kerana kerajaan mahu hospital disediakan dengan doktor pakar yang diperlukan.

Oleh itu, rakyat luar bandar akan menikmati kesan positif Rasionalisasi Subsidi yang dilaksanakan oleh kerajaan. Tumpuan di kawasan bandar juga tidak diabaikan untuk terus mendapat perkhidmatan terbaik oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Bersyukurkan kita sebagai rakyat Malaysia kerana mendapat perkhidmatan kesihatan antara yang terbaik & termurah didunia.