HOME
▼
Pages
▼
Saturday, 31 March 2012
Pas Pasir Puteh Kantoi Lagi??!!!
Khabar mengatakan supaya calon-calon lama dikekalkan bagi menjaga penyokong masing-masing.Kalau calon lama ini tidak tercalon makan undi akan memihak kepada BN. Telah berlaku perpecahan hebat di Pasir Puteh mengenai perebutan calon. Kite tengok sape yang kena!!!
BUKTI !!! RM100 JUTA DANA DAH TERKUMPUL????
Majlis Hi-Tea PAS pada 30 Mac di Padang Perdana Kota Bharu dari jam 3 ptg-6 ptg....rupa-rupanya.......nak kutip dana dari rakyat untuk PAS kawasan KB pada PRU 13 jua....serampang 2 mata beb.......
Ni hah....nak kumpul dana PRU-13 ye bang??? mana orangnya????adik-adik..kakok-kakok...abe-abe duk mano blako ni weiii....
Gambar ni lah antara saat-saat paling manis dan dapat meninggalkan memori yang paling indah kpd orang ramai yg hadir krn masa ni dilihat paling ramai dapat berkumpul !!!! Dengar critanya makanan yang disediakan pula terpaksa.....BUNGKUSSSS....jd kesimpulan disini ialah...ORANG YANG DATANG TAK RAMAI..JADI JUMLAH DANA PRU13 YG TERKUMPUL PUN ....ERMMMM...
NTAH LA..ANGGAR LAH SENDIRI....
Salam Mesra,
Guruh Badai
BUKTI !!! KEHADIRAN DS NOH OMAR DI KB DISAMBUT BAIK
Kehadiran DS Noh Omar bersama Datuk Fatmi (Ketua UMNO Bah. Kota Bharu) di Pintu Geng Kota Bharu pada 29 Mac 2012 bagi merasmikan Majlis MOA Bersama Rakyat telah disambut baik oleh hampir 3000 orang.....!!! Kerahan??? Kerahan apa benda?? cuba tengok gambar-gambar kat bawah tu...orang-orang kampung beb....mereka datang tanda berterima kasih kepada Kerajaan Persekutuan dibawah Barisan Nasional kerana banyak memberi bantuan dan input kepada mereka.
Orang ramai berpusu-pusu di gerai pameran pertanian bagi mendengar penerangan dan mendapatkan input
Jamuan kepada orang ramai yang hadir tak pernah dilupakan (PAS ada buat jamuan gini lepas ceramah? x de kan? sbb apa x de? tak cakna kot..ke x sayang pada rakyat atau mungkin x de budget? Ntah lah...)
Makan..makan...makan....makanan disediakan untuk rakyat bagi menghargai kedatangan mereka...oooppssss..bro,cuba perhatikan lelaki yg memakai baju kuning tu...perhatikan betul2..betul2 bro..tak perasan??ok...cuba lihat kat bawah....
Tu diaaaa..."Bertani Satu Ibadah"...mungkin brother ni dah jemu dengan slogan Kerajaan Negeri nih..slogan semata-mata, x de apa benda pun. Sebenarnya Kerajaan Persekutuan dah lama laksanakan kepada rakyat...SATU IBADAH.
Salam Mesra,
Guruh Badai
Friday, 30 March 2012
Bukti Ceramah Mat Sabu tidak mendapat sambutan di Pasir Puteh Kelantan
Ceramah Mat Sabu telah berlangsung sekarang di Dewan Majlis Daerah Pasir Puteh. Seperti biasa dengan kehadiran orang yang mengecewakan tidak padan dengan kedudukan beliau sebagai TP Pas.
Thursday, 29 March 2012
Tq Dato Pa
Terima Kasih Dato Pa kerana membawa balik pelaburan yang banyak ke Kelantan.Terima Kasih juga Dato Pa kerana menyelesaikan isu Bus di Kelantan. Terima Kasih Dato Pa kerana membantu kerajaan negeri dalam menyelesaikan masalah air di Kelantan.Terima Kasih Dato Pa kerana membuat Pelabuhan Pertama Kelantan di Tok bali. Harap-harap kali ni kerajaan negeri akan di perintah oleh BN.
HEBAT!!! KLIPVIDEO NIK AZIZ CAKAP OMPUTIH UNTUK TEST PENGUASAAN 5 BAHASANYA
Tapi sebenarnya beliau tidak perlu untuk menguasai bahasa-bahasa itu semua kerana semuanya tidak penting kepada seorang yang zuhud dan hidup hanya untuk ke akhirat sahaja. Namun usahlah dipamerkan megah begitu diatas penguasaan bahasa-bahasa tersebut.
"Kemuncak segala dosa ialah bohong. Dua perkara yang sentiasa mengiringi bohong ialah banyak berjanji dan banyak memberi alasan".
Bagaimanapun dalam menempuh kemodenan dunia pada hari ini Islam menggalakkan kita untuk bersaing dan tidak menyuruh kita menjadi sebuah bangsa yang mundur, seorang pemimpin sebuah negeri atau negara seharusnya terpimpin oleh seseorang yang benar-benar layak dalam suasana dunia pada hari ini.
Dalam erti kata lain, seorang yang sangat baik, lemah lembut dan sopan santun itu tidak melayakkan dia untuk menjadi seorang Panglima Perang, kerana bidang itu tidak sesuai dengannya. Begitu juga dengan pemimpin, kelayakkannya perlu seimbang dengan tugas dan suasana. Sesuatu sifat yang dianggap mulia itu bukan melayakkan dia untuk menjadi apa sahaja.
Sedangkan barisan pelapis yang lebih berkaliber sedia memangku pada bila-bila masa sahaja, kadang-kadang kemajuan dan perkembangan idea itu terbantut diatas penerimaan seseorang ketua yang masih jauh berfikiran jumud. Akibatnya rakyat jua yang menanggung. Kalaulah baiknya seperti yang semua bayangkan bolehlah tahan, tapi gambaran itu hanyalah mitos semata-mata.
Buruk-buruk pemimpin Pas pun bukanlah semua, yang baik itu tidak boleh dinafikan, tapi selagimana ada Nik Aziz selagi itulah ianya cacar merba. Jika diteliti pentadbiran kerajaan Kelantan yang memperkenalkan bermacam skim kepada rakyat dan semua idea itu bukannya datang dari Nik Aziz, skim-skim yang diperkenalkan itu sepatutnya berjalan lancar tanpa masalah, namun semuanya terbabas.
Pendirian Nik Aziz yang nak jadi MB sampai mati itu tidak mampu dihalang oleh mana-mana pihak kecuali rakyat Kelantan sendiri pada PRU13 ini. Jika difikirkan dengan waras, kerajaan Abu Nawas ini tidak sepatutnya dikekalkan lagi, kerana sudah terlalu lama masa diberikan namun segala-galanya dihampakan.
Tidak dinafikan memang ramai penyokong taksub Nik Aziz, tapi itu semua tidak kemana, semakin hari semakin taksub itu lagi baik daripada mereka yang hanya mendengar cerita-cerita manis dipinggiran, kerana ketaksuban itu akan akan menemukan banyak perkara yang tidak pernah digambarkan pada sebelumnya.
Akan tetapi tahap kesedaran rakyat Kelantan sekarang sudah banyak berubah, berbeza sekali pada tahun sebelumnya, jika dilihat pada sambutan ceramah yang dianjurkan oleh Pas sekarang ini dimana-mana sahaja kehadirannya susut yang tidak terjangka. Keadaan ini mungkin akan kekal sampai PRU13 nanti sekiranya tiada isu-isu sensitif yang dimainkan oleh PR.
Pada klipvideo diatas juga tercatat seorang Ulamak yang tidak terlepas dengan pembohongan dan lakonan. Serta menyesatkan Umno dengan jelas dan bersifat mendahului apabila beliau mengatakan Umno tidak akan berjumpa syurga diakhirat nanti kerana tersilap jalan. Apapun Nik Aziz tetap menguasai lima bahasa tanpa dusta, jangan dimarah, hahahaha, Anda Mampu Mengubahnya.
Kerajaan Negeri perlu telus
Kerajaan Negeri perlu telus
DIPETIK DARI SINAR HARIAN
Naib Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk Nik Sapeia Nik Yusof berkata, tindakan itu penting bagi mengelak spekulasi negatif terhadap Kerajaan Negeri pimpinan Pas ini.
“Ketelusan Kerajaan Negeri dalam menjelaskan isu ini penting agar rakyat tidak merasakan diri mereka dipinggirkan dan menganggap kerajaan yang ada ini zalim.
“Sebagai sebuah kerajaan yang prihatin terhadap rakyat, Kerajaan Negeri lebih arif tentang tindakan sewajarnya dilakukan demi menjaga kebajikan rakyatnya,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pasir Tumbuh di sini, kelmarin.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar arus perdana beberapa hari lalu yang mendakwa tanah rizab Melayu di negeri ini dipajakkan kepada syarikat bumiputera dalam tempoh agak lama.
Nik Sapeia berkata, penjelasan secara lebih terperinci berhubung tanah rizab Melayu perlu agr tidak timbul tanda tanya dan tanggapan negatif rakyat terhadap perkara itu.
“Tindakan berdiam diri akan menyebabkan rakyat merasa teraniaya dengan tindakan Kerajaan Negeri yang dilihat ghairah mengejar pembangunan walaupun tanpa perancangan teliti,” katanya.
Menurutnya, sebagai sebuah badan pentadbir di negeri ini, kerajaan negeri pimpinan Pas boleh melakukan apa sahaja untuk membangunkan kawasan ini, namun perlu menitik beratkan aspek ketelusan.
“Sebagai contoh, jika ada pemindaan berhubung akta tanah kerajaan, ia perlu dinyatakan kepada rakyat, walaupun pindaan itu dilakukan untuk satu jangka masa pendek atau sebaliknya,” katanya.
Beliau berkata, begitu juga dengan projek Ladang Rakyat yang perlu dijelaskan di mana lokasi dan sejah mana perkembangannya dan bukan hanya memberikan hasil.
Wednesday, 28 March 2012
Apabila Tok Guru Menembak!!
Ketika rakyat Kelantan menderita dengan masalah air, ladang rakyat, tiada peluang pekerjaan tapi Tok Guru senang hati dok menembak!! Ape cer!!
Tuesday, 27 March 2012
LIVE (1)!! NIK AZIZ DESAK PAKLAH DAN NAJIB MOHON MAAF PADA PAS DAN RAKYAT KELANTAN!!!
LIVE (1)!! NIK AZIZ DESAK PAKLAH DAN NAJIB MOHON MAAF PADA PAS DAN RAKYAT KELANTAN!!!
Setelah
22 tahun Barisan Nasional(BN) memerintah Kelantan , hari ini Nik Aziz
membuat desakan kepada PM Najib dan bekas PM Pak Lah kepada Parti PAS
dan rakyat Kelantan kerana memungkiri janji dan kecek pelawok untuk
membina jambatan merentangi Sungai Kelantan dari Penambang . KLIK SINI untuk bukti sohih dan tidak pelawok. Bayangkan adik kakok 17 tahun , yang ada batu asasnya sahaja.
Maka dengan itu, demi rakyat
Kelantan yang mahukan pembangunan dan kemudahan yang lebih baik dalam
mengatasi kesesakan lalulintas dengan penambahan volume kereta di bumi
Kelantan ini , PAS dengan bangganya membina jambatan kedua setelah
kasihan melihat rakyat Kelantan di pelawokkan.. Ish,,, apa nak jadi ni..
Maka dengan itu PAS
mengistiharkan untuk membuat jambatan kedua bersebelahan jambatan Sultan
Ismail yang sedia ada. Setelah 7 tahun dan secara
berperingkat-peringkat mengikut kemampuan maka 75% jambatan ini sudah
siap di bina yang tinggal cuma fasa terakhir yakni fasa pemasangan mega
bin di atas tiang di dalam sungai.
0.0 meter- Permulaan jambatan dari Wakaf Siku
200 meter- Depan Tekun Nasional.
300 meter - Simpang 4 KB Mall
500 meter- Depan Kuil Hindu.
Pandangan dari food court KB Mall
Pandangan dari Tune Hotel.
700 meter. Simpang empat inilah punca titik kesesakan lalulintas. Sabarlah. Sesungguhnya sabar itu separuh daripada iman.
900 meter. Pandangan reverse. Kejuruteraan yang unggul bukannya gertak unjang kayu.
900 meter. Pandangan reverse. Kejuruteraan yang unggul bukannya gertak unjang kayu.
Syabas
dan tahniah pada PAS. Wahhhh!!!!! Hebatnya. bangganya rakyat Kelantan
walau terpaksa menunggu bertahun-tahun masa dan selalunya jem di
perjalanan datang dan pulang dari kerja.
Selain itu, Nik Aziz juga berpesan kepada UMNO dan Barisan
Nasional Kelantan terutamanya Dun Pasir Pekan agar baik tak payah
mengundilah..... serahkanlah kerusi Dun Pasir Pekan bulat-bulat kerana
tok padan romo. Tengok kepada bendera BN dan Umno pun koyak rabak..
Hahahahahahahahahahaha...........
Hahahahahahahahahahaha...........
Sampai ini sajalah LIVE 1 hari ini... Nantikan pula episod
Nik Aziz meronda-ronda chekline jambatan ini kukuh atau tidak pada esok
hari. Insyaallah.
Pesanan : Nak ambik gambar - ambiklah!!!!... demo masuk tengok blog ambo pun mujur. Alhamdulillah.
BAGAIMANA MPKB KUTIP DUIT CUKAI BABI DAN ARAK.
MPKB KUTIP DUIT CUKAI BABI DAN ARAK.
Di
dalam bandar Kota Bharu ada banyak premis-premis orang bukan Islam yang
menjalankan kegiatan jual beli arak dan salah satu tempat penyembelihan
babi yang terletak di lorong penjaja dekat stesen bas dan teksi pusat
bandar. Maafkan ambo, ambo inI orang yang kurang arif dan ingin sangat
tahu sangat berkenaan dengan perjalanan aliran pitis dan Standard Operation Procedure
kaedah kutipan cukai, tapak premis dan sebagainya oleh pihak berkenaan
samada MPKB atau pengutip cukai kerajaan PAS yang di lantik?
Ambo
orang Islam sewajibnya mengambil tahu secara sehalus-halusnya berkenaan
hal hasil kutipan hasil babi dan arak ini kerana kerajaan PAS yang
memerintah Kelantan selama 21 tahun ini semestinya sudah mempunyai
kaedah Islam yang canggih dalam mengatasi percampuran antara hasil yang
halal dan yang haram.
Jadi,
permasalahan kutipan cukai ini bukannya masalah di Kelantan sahaja
bahkan di seluruh Malaysia dan sebahagian besar negara Islam seluruh
dunia. Tetapi apa yang paling utama di sini adalah ambo nak tanya
pemimpin PAS dan kerajaan negeri Kelantan yang mendabik dada lebih
Islamik dari orang lain dan yang lainnya adalah jahil untuk menjawab
persoalan ini sehalus-halusnya berpandukan syarak yang sebenar-benarnya.
Di
dalam akaun manakah cukai signboard arak ini di letakkan ? Apakah
masuk bersama-sama dalam akaun signboard biasa? kalau tak silap RM60
setahun. Bagi ahli bijak pandai ugama dan ulama sebetul-bertulnya(bukan
ulama politik) sila rungkaikan kemusykilan semua ummat Islam di bumi
Kelantan ini.
Berkenaan
dengan hasil duit kutipan tapak pasar dan premis menjual babi , penjual
sayuran dan ikan di sekitar lorong penjaja stesen bas Kota Bharu ,
apakah pengutip hasil cukai menggunakan satu beg ataupun 2 beg
berasingan bagi mengasingkan pitis halal dan pitis yang haram.
Sebagai orang Islam yang masih
jauh lagi dari mencapai kecemerlangan Islam , ambo ingin benar jika
pihak berkenaan dapat menjawab persoalan yang ambo tanya ini. Daripada
penjelasan pihak berkenaan dapatlah pihak ambo dan seluruh ummat Islam
di Kelantan merasa amat bersyukur kerana tiada lagi was-was antara
halal dan haram pitis kerajaan yang menyara bumi Kelantan dengan slogan
Membangun Berssama Islam benar-benar praktikal ataupun hanya sebagai
retorik penyedap angin sahaja.
Read more: http://amboorangkampung.blogspot.com/#ixzz1qHiFDQss
Monday, 26 March 2012
HAHAHAHA...PAS KANTOI LAGI
PAS SELALU MEMPERSOALKAN PERLEMBAGAAN NEGARA .
PENYOKONG PAS DITIPU LAGI DENGAN BERSELINDUNG DI BALIK ISLAM!!!!LIHATLAH PERLEMBAGAAN TUBUH PAS INI!!!
PENYOKONG PAS DITIPU LAGI DENGAN BERSELINDUNG DI BALIK ISLAM!!!!LIHATLAH PERLEMBAGAAN TUBUH PAS INI!!!
TO` PA TIDAK LAYAK `MEMIMPIN KELANTAN`
Kalau setakat nak tunjuk gambar Nik Aziz kena
papah masuk jamban, baik tak payah. Rakyat nakkan pemimpin yang boleh
memimpin, bukan pemimpin yang dipimpin tunggang oleh DAP pengkhianat
negara.
Pagi petang, siang malam, subuh senja kehidupan To' Pa adalah untuk rakyat. Ini pemimpin yang Kelantan mahukan. Buah telah betul-betul masak ranum sekarang. Tunggu masa untuk kita petik & nikmati saja pada bila-bila masa. To' Pa pilihan rakyat Kelantan dalam pilihan raya umum akan datang. Kita TUKAR!!!
Pagi petang, siang malam, subuh senja kehidupan To' Pa adalah untuk rakyat. Ini pemimpin yang Kelantan mahukan. Buah telah betul-betul masak ranum sekarang. Tunggu masa untuk kita petik & nikmati saja pada bila-bila masa. To' Pa pilihan rakyat Kelantan dalam pilihan raya umum akan datang. Kita TUKAR!!!
TERKINI APABILA TENGKU RAZALEIGH BERSUARA !!!
Rakyat harus menolak dan menukar kepimpinan kerajaan negeri Pas
jika inginkan pembangunan kerana kerajaan sekarang tidak mampu
melaksanakannya walaupun sudah memerintah Kelantan melebihi daripada 20
tahun.
Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, sejak Pas memerintah Kelantan tiada kemajuan yang dilakukan oleh mereka malah kehidupan rakyat jauh berbeza jika dibandingkan dengan negeri yang berada di bawah kepimpinan Barisan Nasional.
“Jika kita mahu pembangunan, pemerintahan kerajaan (Kelantan) mesej yang jelas harus diberikan oleh pengundi kerana pembangunan yang ada di Gua Musang datang dari kerajaan pusat bukannya kerajaan Pas.
Menurutnya, pembangkang seperti biasa akan membuat pelbagai tohmahan termasuk mengatakan projek sebagai projek beli pilihan raya.
Beliau menasihat kepada penduduk supaya menjaga hak milik tanah mereka kerana harga hartanah di Gua Musang akan meningkat kerana selepas ini lebih banyak pembangunan yang akan dibuat oleh kerajaan BN kerana tidak mahu Gua Musang terus ketinggalan.
“Saya akan terus berada di Gua Musang dan terus akan berada di sini. Saya akan bantu majukan Gua Musang. Apa saya cakap saya akan buat. Kilang juga akan dibina untuk orang muda dan orang muda tidak perlu keluar untuk cari kerja,” katanya.
Berhubung masalah yang dihadapi oleh penduduk Kampung Baru Gua Musang, Tengku Razaleigh berkata perkara itu sukar untuk diatasi kerana pentadbiranya adalah Majlis Daerah Gua Musang di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.
Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, sejak Pas memerintah Kelantan tiada kemajuan yang dilakukan oleh mereka malah kehidupan rakyat jauh berbeza jika dibandingkan dengan negeri yang berada di bawah kepimpinan Barisan Nasional.
“Jika kita mahu pembangunan, pemerintahan kerajaan (Kelantan) mesej yang jelas harus diberikan oleh pengundi kerana pembangunan yang ada di Gua Musang datang dari kerajaan pusat bukannya kerajaan Pas.
“Jika kita mahu pembangunan, pemerintahan kerajaan (Kelantan) mesej yang jelas harus diberikan oleh pengundi kerana pembangunan yang ada di Gua Musang datang dari kerajaan pusat bukannya kerajaan Pas.“Kalau mahu keadaan lebih baik, TUKAR kerajaan (PAS) yang ada, lebih dari itu kita boleh bagi, taraf kehidupan rakyat pun akan bertambah baik,” katanya ketika bertemu dengan penduduk kaum Cina di Kampung Baru,Gua Musang.
Menurutnya, pembangkang seperti biasa akan membuat pelbagai tohmahan termasuk mengatakan projek sebagai projek beli pilihan raya.
Beliau menasihat kepada penduduk supaya menjaga hak milik tanah mereka kerana harga hartanah di Gua Musang akan meningkat kerana selepas ini lebih banyak pembangunan yang akan dibuat oleh kerajaan BN kerana tidak mahu Gua Musang terus ketinggalan.
“Saya akan terus berada di Gua Musang dan terus akan berada di sini. Saya akan bantu majukan Gua Musang. Apa saya cakap saya akan buat. Kilang juga akan dibina untuk orang muda dan orang muda tidak perlu keluar untuk cari kerja,” katanya.
Berhubung masalah yang dihadapi oleh penduduk Kampung Baru Gua Musang, Tengku Razaleigh berkata perkara itu sukar untuk diatasi kerana pentadbiranya adalah Majlis Daerah Gua Musang di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.
SIAPA BOHONG SIAPA BENAR ???
SEHINGGA
KINI : Eskay Memang Sahut Cabaran Hussam Mussang Agar Dibuat Ujian
Poligraf Untuk Membuktikan Siapa Pelaku Sebenar Video Tersebut.Bagi
Eskay,Molep Juga Hussam Bagitau Anwar Agar Ujian Tersebut Dibuat
Bersama,Untuk Rakyat Membuat Penilaian.Kenapa Bila Disahut Oleh
Eskay,Hussam Dan Anwar DiaM,DiaM Dan DiaM..???.Ini Sifat Dasar Hero
Separuh Jalan.BachoL Dan Penakut.
kELANTAN CATAT PELABURAN TERTINGGI
Kelantan negeri terendah catat pelaburan
Wartawan Sinar Harian
Awang Adek berkata, mengikut statistik tahun 2010, Kelantan hanya mampu mencatat nilai pelaburan RM187 juta daripada RM33 bilion keseluruhan nilai pelaburan negara.
“Jumlah itu lebih rendah berbanding negeri Perlis yang kecil mampu meraih nilai pelaburan mencecah hampir RM200 juta,”
“Ini menunjukkan Kelantan hanya berjaya mencatatkan 0.3 peratus daripada keseluruhan nilai pelaburan negara pada 2010,”katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Penganugerahan PIBG Cemerlang 2012 peringkat negeri di Bahagian Teknologi Pelajaran, Pengkalan Chepa, di sini, semalam.
Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan berkata, kekurangan pelabur berminat untuk melabur modal di negeri ini berikutan kekurangan kemudahan asas yang disediakan kerajaan negeri itu, terutama bekalan air bersih.
Keadaan ini menyebabkan tidak ada aktiviti ekonomi yang mampu menyumbang kepada pendapatan negeri dan rakyatnya.
“Sebab itu, masalah air dan perumahan menjadi agenda penting kerajaan dalam untuk mengatasi masalah itu, jika dapat mengambil alih teraju pentadbiran negeri Kerajaan Kelantan.
“Kegagalan kerajaan menarik lebih ramai pelabur menaanam modal di negeri ini menyebabkan rakyat, khasnya ramai anak muda berhijrah mencari pekerjaan di luar negeri yang sekali gus memberi kesan samnpingan masalah sosial kepada ibu bapa dan keluarga mereka,”katanya.
Beliau berkata, Kelantan masih memerlukan 47,000 unit rumah untuk menampung golongan miskin tegar yang masih tidak memiliki kediaman sendiiri dan jumlah itu merupakan yang tertinggi di seluruh negara.
Ditanya mengenai cadangan Pengerusi Badan Perhubungan Umno, Datuk Seri Mustapa Mohamaed, supaya Kelantan diberi kelonggaran mengumumkan nama calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 nanti, Awang Adek yang juga Ketua Umno Bahagian Bachok berkata, langkah itu perlu diberi perhatian istimewa oleh pucuk pimpinan parti.
NIZAR DERHAKA
PENDEDAHAN EKSKLUSIF :NIZAR MESTI MOHON AMPUN KEPADA DYMM SULTAN PERAK ATAU BUANG NEGERI!!!
Posted on
Isnin, 26 Mac 2012
by
MymassaVoice
in
NGA & NGEH BAGI DUIT KEPADA NIZAR SURUH ORANG ASING BARING ATAS JALAN
Team Mymassa telah bertemu
dengan beberapa penduduk tempatan di Kuala Kangsar untuk menyelami hati
mereka menjelang PRU13. Dalam beberapa pertemuan itu, kami sangat
terkejut apabila dimaklumkan oleh mereka kononnya perbuatan mereka
berbaring di hadapan kereta Sultan Perak dan Raja Nazrin tempoh hari adalah atas arahan Nizar! Amat mengejutkan lagi bahawa, mereka dibayar untuk melakukan acara baring atas jalan itu, termasuklah mengupah orang-orang Mynmar, Bangladesh dan Indonesia.
Mymassa seakan tidak percaya perkara ini, Mymassa mengambil masa untuk menyelidik lebih lanjut lagi. Nampaknya cuti Sabtu dan Ahad Mymassa dihabiskan untuk perjuangan ini, perjuangan memastikan agama Islam, Raja-Raja kita, bangsa kita dan negara kita terus berada di tempatnya, di tempat yang Perlembagaan negara kita sudah tetapkan.
Akhirnya, Mymassa berjumpa dengan bekas orang kuat DAP!!!
Katanya, "saya lihat depan mata saya sendiri,Nga dan Ngeh beri Nizar wang di pejabat DAP Ipoh".
Katanya lagi, "Nga dan Ngeh suruh Nizar arahkan orang-orangnya baring depan kereta Sultan Perak dan Raja Nazrin sebaik sahaja kereta Raja-Raja Melayu itu tiba "
Kata Nga dan Ngeh ini lagi " orang Melayu ne senang saja, bagi saja duit, mereka akan baring..."
Mymassa mendesak supaya satu siasatan Diraja dilakukan kerana Nizar, Nga dan Ngeh jelas menghina Raja-Raja Melayu, Menghina Bangsa Melayu, Menghina Umat Islam dan Agama Islam.
Jika Nizar, Nga dan Ngeh kata tak benar, sila nafikan kajian kami ini!!!