HOME

Pages

Thursday, 29 March 2012

HEBAT!!! KLIPVIDEO NIK AZIZ CAKAP OMPUTIH UNTUK TEST PENGUASAAN 5 BAHASANYA


Tahukah anda Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah satu-satunya MB yang mampu menguasai lima bahasa yaitu Bahasa Melayu, Inggeris, Tamil, Urdu dan Arab. Beliau juga pelajar dari Universiti  Deoband India. Klik disini.

Tapi sebenarnya beliau tidak perlu untuk menguasai bahasa-bahasa itu semua kerana semuanya tidak penting kepada seorang yang zuhud dan  hidup hanya untuk ke akhirat sahaja. Namun usahlah dipamerkan megah begitu diatas penguasaan bahasa-bahasa tersebut.
"Kemuncak segala dosa ialah bohong. Dua perkara yang sentiasa mengiringi bohong ialah banyak berjanji dan banyak memberi alasan".

Bagaimanapun dalam menempuh kemodenan dunia pada hari ini Islam menggalakkan kita untuk bersaing dan tidak menyuruh kita menjadi  sebuah bangsa yang mundur, seorang pemimpin sebuah negeri atau negara seharusnya terpimpin oleh seseorang yang benar-benar layak dalam suasana dunia pada hari ini.

Dalam erti kata lain, seorang yang sangat baik, lemah lembut dan sopan santun itu tidak melayakkan dia untuk menjadi seorang Panglima Perang, kerana bidang itu tidak sesuai dengannya. Begitu juga dengan pemimpin, kelayakkannya perlu seimbang dengan tugas dan suasana. Sesuatu sifat yang dianggap mulia itu bukan melayakkan dia untuk menjadi apa sahaja.

Sedangkan barisan pelapis yang lebih berkaliber sedia memangku pada bila-bila masa sahaja, kadang-kadang kemajuan dan perkembangan idea itu terbantut diatas penerimaan seseorang ketua yang masih jauh berfikiran jumud. Akibatnya rakyat jua yang menanggung. Kalaulah baiknya seperti yang semua bayangkan bolehlah tahan, tapi gambaran itu hanyalah mitos semata-mata.

Buruk-buruk pemimpin Pas pun bukanlah semua, yang baik itu tidak boleh dinafikan, tapi selagimana ada Nik Aziz selagi itulah ianya cacar merba. Jika diteliti pentadbiran kerajaan Kelantan yang memperkenalkan bermacam skim kepada rakyat dan semua idea itu bukannya datang dari Nik Aziz, skim-skim yang diperkenalkan itu sepatutnya berjalan lancar tanpa masalah, namun semuanya terbabas.
Pendirian Nik Aziz yang nak jadi MB sampai mati itu tidak mampu dihalang oleh mana-mana pihak kecuali rakyat Kelantan sendiri pada PRU13 ini. Jika difikirkan dengan waras, kerajaan Abu Nawas ini tidak sepatutnya dikekalkan lagi, kerana sudah terlalu lama masa diberikan namun segala-galanya dihampakan.






Tidak dinafikan memang ramai penyokong taksub Nik Aziz, tapi itu semua tidak kemana, semakin hari semakin taksub itu lagi baik daripada mereka yang hanya mendengar cerita-cerita manis dipinggiran,  kerana ketaksuban itu akan akan menemukan banyak perkara yang tidak pernah digambarkan pada sebelumnya.

Akan tetapi tahap kesedaran rakyat Kelantan sekarang sudah banyak berubah, berbeza sekali pada tahun sebelumnya, jika dilihat pada sambutan ceramah yang dianjurkan oleh Pas sekarang ini dimana-mana sahaja kehadirannya susut yang tidak terjangka. Keadaan ini mungkin akan kekal sampai PRU13 nanti sekiranya tiada isu-isu sensitif yang dimainkan oleh PR.

Pada klipvideo diatas juga tercatat seorang Ulamak yang tidak terlepas dengan pembohongan dan lakonan. Serta menyesatkan Umno dengan jelas dan bersifat mendahului apabila beliau mengatakan Umno tidak akan berjumpa syurga diakhirat nanti kerana tersilap jalan. Apapun Nik Aziz tetap menguasai lima bahasa tanpa dusta, jangan dimarah, hahahaha, Anda Mampu Mengubahnya.

No comments:

Post a Comment