CACAMARBA ...... SORANG KATA HARAM ....... SORANG LAGI KATA HALAL ........
Berurus Niaga Dengan Yahudi Tetap Haram .....
Kata Ketua Dewan Pemuda PAS berurusniaga dengan Yahudi tetap haram ....... Hadi kata halal ...... Pok Nik kata halal ....... Keliru dah puak neh dengan patwa suka hati ketua2 mereka yang dah jadi pak turut al-juburi .........
KUALA LUMPUR – Haram untuk umat Islam berniaga dengan Yahudi Israel
walau apa fahaman yang mereka anuti, kata Ketua Dewan Pemuda PAS,
Nasrudin Hassan.
Beliau mendakwa, berurus niaga dengan individu
atau mana-mana pihak Yahudi yang terhad pada individu atau syarikat
seperti Yahudi dari Eropah dan lainnya pada hukum asalnya harus kerana
Rasulullah juga pernah berurus niaga dengan bangsa Yahudi.
“Namun urus niaga dengan Yahudi Israel hari ini iaitu Yahudi yang
membunuh umat Islam Palestin, merampas tanah Palestin dan menubuhkan
negara haram Israel atas penderitaan dan kesengsaraan umat Islam
Palestin adalah haram walau apa fahaman yang mereka anuti termasuk
zionis.
“Yahudi ini yang mencari dan mengaut keuntungan lalu
membina kekayaan mengukuhkan kuasa dan penjajahan keatas umat Islam
Palestin malah membunuh sewenangnya umat Islam maka haram berurus niaga
dengan mereka walau apa fahaman yang mereka anuti,” dakwanya melalui
satu kenyataan media hari ini.
Nasrudin mendakwa, ramai ulama
telah memberikan fatwa haram berkait urusniaga semasa dengan Yahudi
Israel secara umumnya seperti Dr. Yusuf Al-Qaradhawi kerana asasnya
keseluruhan Yahudi Israel telah melakukan satu jenayah besar ke atas
umat Islam dan ia masih berlarutan hingga hari ini.
Malah,
dakwanya, fatwa haram urus niaga dengan Yahudi Israel Zionis ini dibina
oleh para ulama berasaskan kesan dan perkembangan politik serta ekonomi
umat Islam antarabangsa apabila setiap ringgit atau dollar yang mengalir
ke Israel melalui apa jua bentuk urusniaga menghasilkan peluru yang
bakal membunuh umat Islam Palestin.
Pada 17 Mac lalu media
melaporkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai berkata,
kerjasama dengan bangsa Yahudi, terutama dalam bidang perniagaan adalah
dibenarkan tetapi ia adalah terhad kepada kaum itu sahaja dan bukannya
dengan fahaman Zionis.
“Pendekatan kita (ialah) boleh
bekerjasama dan berniaga dengan bukan Islam (termasuk Yahudi) tetapi ia
mestilah terhad kepada kaum itu sahaja dan bukannya dengan fahaman
Zionis ,” katanya dalam sesi soal jawab pada majlis makan malam bersama
Pemimpin PAS anjuran Dewan Muslimat PAS Malaysia,.
Abdul Hadi
menjawab soalan yang dikemukakan oleh seorang pimpinan PAS yang
mengajukan soalan berhubung proses perhubungan antara kerajaan PAS atau
pakatan pembangkang untuk memisahkan hubungan perniagaan dengan bangsa
Yahudi sekiranya menguasai kerajaan persekutuan suatu hari nanti.
No comments:
Post a Comment