HOME

Pages

Wednesday, 14 March 2012

Nik Aziz: 'Pihak bunuh Dirang lebih kejam dari binatang


DIPETIK DARI SINAR HARIAN MOHD ZAILANI ABD RAHMAN
13 Mac 2012
Nurul Nadirah Abdullah
KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan individu yang melakukan pembunuhan terhadap Nurul Nadirah Abdullah,5, atau yang dikenali sebagai Dirang, lebih kejam daripada binatang.
“Lembu pun tak bunuh semasa sendiri, tetapi manusia sanggup melakukan, mungkin budak itu hendak bagi tahu kejahatan yang dilakukan, sebab itu dia dibunuh,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan orang kurang upaya (OKU) Peringkat Kebangsaan, di Hotel Raudah di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas pembunuhan adik Dirang selepas polis mengesahkan serpihan rangka manusia ditemui di Ladang Kelapa Sawit Nusa Damai, sama dengan sampel ibunya, Roselyn Alan, 25.
Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, jenayah yang berlaku dalam negara sejak kebelakangan ini termasuk kes bunuh dan zina berpunca dari sikap sesetengah masyarakat yang tidak pentingkan agama dalam kehidupan.
Malah lebih memburukkan keadaan, katanya, Kerajaan Pusat tidak memberikan keutamaan Islam sebagai asas pentadbiran sekali gus menyebabkan gejala sosial terus berleluasa.
“Punca kejadian adalah kerana tidak ada takwa kepada ALLAH SWT, ia adalah jentera untuk menyekat keganasan nafsu, benda begini bukan sekarang sahaja berlaku malah zaman Jahiliah lagi, tetapi jika ingat kita ingat azab kubur, ia tidak berlaku,” katanya.
Ditanya sama ada undang-undang yang ada kini tidak berjaya menghalang jenayah, Nik Abdul Aziz berkata, undang-undang saja tidak cukup untuk menghalang perkara negatif, sebaliknya penekanan agama perlu diterapkan dalam kehidupan.
Dalam pada itu, beliau  menasihatkan golongan OKU tidak merendah diri kerana ganjaran yang besar menanti di sisi ALLAH SWT jika kekurangan yang ada dihadapi dengan reda dan tabah.

No comments:

Post a Comment