Ini kerana pihak Kereta api Tanah Melayu (KTM) menutup stesen itu sejak
beberapa tahun lalu tanpa menempatkan lagi pekerjanya bagi menjaga
kebersihan stesen tersebut walaupun masih ramai yang menggunakan
perkhidmatan kereta api.
Tinjauan mendapati, tempat orang ramai menunggu kereta api dipenuhi sampah, selain stesen tersebut rosak kemungkinan dilakukan mereka yang tidak bertanggungjawab.
Menurut seorang penumpang kereta api, Sulaiman Hassan, 61, dia hairan dengan tindakan pihak KTM yang menutup stesen kereta api tersebut dan membiarkan rosak begitu sahaja.
Beliau mengakui stesen berkenaan pernah menjadi tempat berlakon drama bersiri Cikgu Limau Kasturi yang sepatutnya dikekalkan dan jaga dengan baik untuk kenangan sejarah.
“Lagi pun penduduk masih menggunakan stesen itu untuk menunggu perkhidmatan kereta api terutama perkhidmatan tren biasa yang berhenti untuk mengambil penumpang ke pelbagai destinasi.
‘Saya sebagai penduduk asal Kampung Limau Kasturi rasa kecewa dengan apa yang berlaku itu dan tidak menghargai pembangunan yang ada untuk keperluan orang ramai,” katanya.
Mamat Yusoff, 56, pula berkata, sepatutnya pihak KTM menempatkan seorang pekerja untuk menjaga kebersihan stesen itu yang kini semakin kotor dan tidak terurus hingga menjejaskan pandangan orang ramai.
“Tolong jenguklah bagi melihat sendiri keadaan kebersihan stesen kereta api itu yang dipenuhi sampah sarap dan kemungkinan lebih bertambah kotor jika tidak diambil langkah segera untuk mengatasinya,” katanya.
No comments:
Post a Comment