Nite Of Leopard!!!
Wooo!!! Membangun dan menonjol!!! Gadis2 seksi!!!
(Date : 02/03/2012 Time : 10:27 PM VANUE : PCB)
Walaupun
Kelantan di bawah kekuasaan pentadbiran Pas memperjuangkan konsep
membangun bersama Islam, peningkatan gejala sosial dan juga aktiviti
maksiatnya semakin membimbangkan.
Terbaru
ada satu majlis yang dinamakan NIte Leopard dianjurkan dan dihadiri
oleh ramai pengunjung2 dan dikenakan bayaran. Bertempat di salah sebuah
Chalet tersohor di Pantai Cahaya Bulan. Pengacara pula adaah seorang
selebriti lawak yang agak terkenal la jugak????
Woo!! Poco-poco!!!
(DATE : 02/03/2012 TIME : 11:15 PM VANUE : PCB)
Pemimpin-pemimpin
Pas sibuk menuduh kerajaan pusat menggalakkan maksiat dan membiarkan
gejala sosial berleluasa didalam negara, tetapi mereka lupa bahawa
negeri Kelantan di bawah pentadbiran mereka lagi teruk keadaannya.
Irama Padang Pasir!!!!
(DATE : 02/03/2012 TIME : 11:30PM VANUE : PCB)
Apa masalah gejala sosial serta
maksiat yang tiada di Kelantan? Layakkah negeri ini di gelar Serambi
Mekah? Jika ada kelapangan, pergilah sendiri menyelusuri sekitar
lorong-lorong malam di Kota Bharu untuk melihat sendiri "ketenangan"
malam negeri "Serambi Mekah" ini.
Di manakah simbol "tadahan wahyu"
yang diwar-warkan oleh Nik Aziz kepada negeri Kelantan jika
kegiatanpelacuran masih lagi PANAS di Jalan Hamzah, kegiatan rempit di
setiap malam Jumaat serta Majlis Tarian "Nite Leorpard" di Pantai
Cahaya Bulan?
Satu persoalan timbul di kepala
PT dimanakah Penguatkuasa MPKB semasa majlis ini berjalan??? Takkan la
pihak PMKB tidak tahu langsung atau sengaja mengunci mulut mereka???
Mungkin staff MPKB bercuti kot memandangkan mjalis itu berjalan pada hari Jumaat yang merupakan cuti hujung minggu.
Nik Aziz pernah berkata didalam
temuramahnya dengan media mengenai peningkatan gejala sosial dan juga
aktiviti maksiat di Kelantan,
"Kita akan lakukan dakwah
termasuk khutbah dan ceramah. Apa yang penting adalah kesedaran
masyarakat di dalam hati mereka terhadap Islam bukannya polis".
Apakah dengan khutbah serta
ceramah sahaja sudah cukup bagi menangani semua salahlaku manusia
didalam negeri Kelantan itu seperti mana kata Nik Aziz?
Apakah dengan memberi label
Serambi Mekah kepada Kelantan dan mewar-warkannya sebagai negeri tadahan
wahyu dapat melindungi segala maksiat dan salahlaku moral didalamnya?
Sikap pemimpin-pemimpin Pas kini
tak ubah seperti kata pepatah, "kuman diseberang laut nampak, tetapi
gajah didepan mata pura-pura tak nampak".
Inilah akibatnya apabila terlalu
sibuk nak "melondehkan" kesalahan pihak lain sedangkan jubah sendiri
terselak hingga menampakkan "anu" pun tidak disedari oleh puak-puak Pas
ini.
KREDIT TO http://perigitimur.blogspot.com
No comments:
Post a Comment