HOME

Pages

Sunday, 29 April 2012

BERSIH 3.0 'Tewas' Dalam Menang

E-mail Print
alt

KUALA LUMPUR, 28 Apr - Pihak penganjur BERSIH 3.0 dilihat gagal mengotakan janji apabila segelintir peserta dan penyokong merempuh pagar halangan polis untuk memasuki Dataran Merdeka, pada jam 3 petang tadi, menyebabkan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) menembak gas pemedih mata.

Pengerusi BERSIH, Datuk Ambiga Sreenevasan yang pernah mengadakan pertemuan Datuk Bandar Kuala Lumpur Tan Sri Ahmad Fuad Ismail didakwa pernah berjanji perhimpunan kali ini akan berlaku dengan aman.

Sebelum itu, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur telah mengeluarkan perintah menghalang sebarang perhimpunan di Dataran Merdeka bermula dari 28 April hingga 1 Mei 2012 dengan alasan  perhimpunan BERSIH 3.0 tidak diluluskan oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di bawah Undang-Undang Kecil Kerajaan Tempatan (Dataran Merdeka) (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1992.

Perintah mahkamah yang dikeluarkan ini juga telah diserahkan kepada Pengerusi BERSIH, Ambiga Sreenevasan pada hari ini yang merujuk Ambiga dan penganjur BERSIH sebagai "Responden".

Para penyokong BERSIH 3.0 merempuh benteng yang dibuat selepas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin lain termasuk Ambiga tiba.
alt

Polis FRU melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan tindakan segelintir penyokong yang cuba merempuh benteng dan melakukan provokasi terhadap pihak polis dengan membaling botol air mineral.



Dipercayai pada waktu kejadian, 50,000 penyokong BERSIH 3.0 telah membanjiri sekitar Dataran Merdeka.



Pengerusi bersama BERSIH 3.0, Datuk Ambiga Sreenevasan dan Wong Chin Huat telah mengarahkan supaya para penyokong beredar dari sekitar Dataran Merdeka bagi mengelakkkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Penyokong Bersih tidak bersurai sepenuhnya dan ada yang dilihat membaling semula bekas gas pemedih mata yang dilepaskan, menyebabkan FRU menggunakan meriam air. Dalam kejadian tersebut, beberapa orang dikejarkan ke hospital akibat sesak nafas.

Polis mengusir penyokong BERSIH 3.0 sehingga ke pusat beli belah Globe di Jalan Tunku Abdul Rahman dan sekitar Puduraya.

Sehingga akhir perhimpunan, 20 penunjuk perasaan ditahan setelah merempuh benteng di Dataran Merdeka. Jumlah yang ditahan sehingga jam 6.00 petang ini masih belum diketahui.

Perhimpunan kali ini menyaksikan hampir 50,000 penyokong BERSIH 3.0 berkumpul di jalan raya sekitar Dataran Merdeka walaupun mengikut kenyataan awal polis, sekitar 25,000 orang berkumpul di ibu negara.

Namun begitu, Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub mendakwa pihaknya menganggarkan lebih 100,000 menyertai perhimpunan hari ini.
alt

alt
Dalam satu kejadian lain, perhimpunan yang sepatutnya bertukar aman bertukar menjadi medan para penyokong BERSIH 3.0 merosakkan harta awam termasuk kenderaan pihak polis dan beberapa kenderaan orang awam.

Difahamkan para penyokong menterbalikkan kereta polis sebagai tanda protes dimana kejadian tersebut berlaku di sekitar kompleks beli belah Sogo. Satu paparan video dari portal Malaysiakini menunjukkan kenderaan tersebut diterbalikkan oleh para penyokong BERSIH 3.0.

Sehingga kini, tiada pengesahan dari mana-mana pihak mengenai insiden ini.

Selain kereta, motorsikal berkuasa tinggi pihak polis turut dirosakkan termasuklah beberapa kenderaan awam.

Polis dijadual mengadakan sidang media dalam waktu terdekat.

KREDIT TO KLPOS.COM

No comments:

Post a Comment