17 April 2012
Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebaliknya berkata tindakan masyarakat itu yang mengadakan tunjuk perasaan hanya berdasarkan kepada perasaan iri hati dengan kejayaan Kelantan yang selama ini melaksanakan tuntutan seperti yang diminta.
"Ini (demonstrasi) dilakukan oleh Jaringan iaitu pihak luar yang bukannya di bawah Kelantan. Kita dah buat di Kelantan.
"Ini semua kerana iri hati kerana penyelesaian yang telah dibuat di Kelantan. Nak jumpa buat apa. Kalau rakyat Kelantan saya jumpa," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Ijtimak Al-Malak Kelantan 2012 di sini, hari ini.
Ahad lalu, lebih 400 penduduk Orang Asli dari Hulu Kelantan mengadakan demonstrasi secara aman di hadapan pintu masuk pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini, bagi menuntut janji yang dibuat kerajaan Pas Kelantan berkaitan tanah adat mereka.
Kumpulan itu dari 26 pos penempatan sekitar jajahan Gua Musang, diketuai Pengerusi Jaringan Orang Asal Kelantan, Azmi Badol berhimpun kira-kira setengah jam sejak pukul 9 pagi, turut menuntut supaya kerajaan negeri mengembalikan tanah adat mereka seperti dijanjikan sebelum ini.
Mengulas perkara itu lagi, Nik Abdul Aziz mendakwa mengetahui dalang sebenar di sebalik tunjuk perasaan itu tetapi enggan menjelaskan siapa dalang yang dimaksudkannya.
"Kalau hak luar (mengadakan demonstrasi) pening kepala saya. Kalau (Orang Asli) rakyat Kelantan dia dah tarik balik pun tuntutan itu. Saya tak nak sebut (siapa dalang)," katanya. – Bernama
No comments:
Post a Comment