HOME

Pages

Tuesday, 24 April 2012

PTPTN jadi isu kerana ada pihak mahu jadi PM'



Wartawan Sinar Harian
24 April 2012
Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohamed Said
SHAH ALAM - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dijadikan isu sejak kebelakangan ini, selepas 15 tahun diperkenalkan, disebabkan "cita-cita besar individu tertentu" mahu menjadi perdana menteri, kata Pengerusinya, Datuk Ismail Mohamed Said.
Dalam temu bual khas dengan Sinar Harian, Ismail berkata, sebenarnya, berbagai-bagai isu timbul kerana cita-cita besar individu tertentu untuk menjadi perdana menteri.
 
"Banyak perkara yang diputuskan oleh kerajaan semasa individu tersebut menjadi Timbalan Perdana Menteri dan malah menjadi pemangku Perdana Menteri," kata beliau tanpa merujuk kepada mana-mana individu secara langsung.
 
Bagaimanapun kenyataan itu merujuk kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merupakan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ketika PTPTN digubal pada 1997.
 
Sebelum ini, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata PTPTN diperkenalkan ketika Anwar menjadi Menteri Kewangan.
 
Bagaimanapun PKR pula membalas bahawa ia diperkenalkan ketika Datuk Seri Najib Tun Razak memegang portfolio Kementerian Pelajaran.
 
Kini, Najib merupakan Perdana Menteri manakala Anwar pula Ketua Pembangkang.
 
Ismail, yang juga Ahli Parlimen Kuala Krau mengulas soalan mengapa selepas 15 tahun PTPTN dilaksanakan ia menjadi isu sekarang.
 
Mengenai tindakan PTPTN terhadap desakan memansuhkan pinjaman, Ismail berkata, pihaknya bersedia mendengar pandangan semua pihak mengenai pemansuhan satu peratus kadar Ujrah atau upah dikenakan kepada pelajar sebagai kos pentadbiran.
 
"Dan, kita meneliti perkara ini dengan Kementerian Pengajian Tinggi dan harap KPT bersama dengan pihak yang menuntut supaya ajukan kepada Perdana Menteri.
 
"Namun, setakat ini kita masih mengekalkan dasar sedia ada," katanya lagi.
 
Dalam hal ini, jelas beliau, terpulang kepada kerajaan kerana kos dikenakan minimum setelah dikurangkan kadar faedah daripada lima peratus kepada tiga peratus.
 
"Akhirnya kita dapat keputusan daripada Majlis Fatwa Kebangsaan pada 2008 dan setuju menukar kadar faedah mengenai pinjaman konvensional dalam bentuk prinsip syariah iaitu Ujrah.
 
"Paling penting, dalam kadar satu peratus ini, mana-mana pelajar terlebih bayar melalui sistem lama, kita telah pulangkan kepada pelajar tersebut," katanya lagi.
 
Sehingga 31 Mac tahun ini, jelas beliau, pihaknya telah memulangkan kembali hasil penyelarasan lima peratus kepada tiga peratus hingga satu peratus berjumlah RM2.72 juta melibatkan 3,229 peminjam.

1 comment:

  1. Geng-geng Mahasewel ni dah pinjam x reti nak bayar... apstu, bukan cemerlang mana pun, yg taw jadi kuli Pakatan Rakyat, buat kacau... Mencemarkan imej negara je buat kacau kat Dataran Merdeka...

    PTPTN ni optional je... kalo x nak pinjam, rasa beban nak bayar, tak payah la pinjam!!! kalau rasa nak free, blajar la rajin2, dapat biasiswa...

    Senang cerita la, kalo sume bagi free je, mmg rakyat Malaysia ni jadi PEMALAS!!!!! malas nak berusaha, malas nak belajar... Sekarang yg x free pun x cemerlang mana.. bg free, mmg lingkup terus semua...

    ReplyDelete