SEBELUM
PESERTA PERHIMPUNAN MEREMPUH DAN MEMASUKI DATARAN MERDEKA, TERDAPAT
BEBERAPA ORANG PEMIMPIN PEMBANGKANG DAN NGO, TELAH MEMBERI UCAPAN KEPADA
PESERTA PERHIMPUNAN. DI MASJID NEGARA UCAPAN DI SAMPAIKAN OLEH DATUK
SERI ANWAR IBRAHIM, MAT SABU, DAN LIM KIT SIANG. DI LRT MASJID JAMEK,
DATUK SERI ANWAR IBRAHIM DAN DATO’ AMBIGA SREENEVASAN, DI JALAN TUN
PERAK, UCAPAN DIBERIKAN OLEH AZMIN ALI, MANAKALA DI SOGO OLEH DR.HATTA
RAMLI, MAHFUZ OMAR, DAN SALLEHUDDIN AYUB.
SELEPAS
UCAPAN TERSEBUT, PESERTA PERHIMPUNAN TELAH BERTINDAK AGRESIF DENGAN
MEMBALING PELBAGAI OBJEK KE ARAH POLIS DAN MEREMPUH PENGHADANG SERTA
BERGERAK MENGHALA KE DATARAN MERDEKA. PIHAK POLIS TELAH MENGAMBIL
TINDAKAN DENGAN MELEPASKAN TEMBAKAN AIR DAN KEMUDIANNYA DIIKUTI DENGAN
GAS PEMEDIH MATA BAGI MENGHALANG KEMARAAN KUMPULAN TERSEBUT. KUMPULAN
BERKENAAN TELAH BERTINDAK GANAS SEHINGGA MENYEBABKAN (11) ORANG ANGGOTA
POLIS TERCEDERA, (9) ORANG ANGGOTA DIRAWAT DI HOSPITAL KUALA LUMPUR
(HKL) DAN (2) ORANG ANGGOTA DIRAWAT DI PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI
KEBANGSAAN MALAYSIA (PPUKM).
MANGSA KEJADIAN ADALAH SEPERTI BERIKUT:
1.
KPL 165534 MOHD FAIRUZ BIN ZULKIFLI, ANGGOTA CAWANGAN TRAFIK KUALA
LUMPUR, MENGALAMI KECEDERAAN LUKA DAN CALAR DI BADAN AKIBAT DITENDANG
DAN DIPIJAK OLEH PESERTA PERHIMPUNAN. BELIAU DIRAWAT DI HKL.
2.
KPL 141269 ABU BAKAR BIN ABDUL RAHMAN, ANGGOTA IPD PUTRAJAYA, MENGALAMI
KECEDERAAN PECAH DIBIBIR, BENGKAK BAWAH MATA KIRI DAN KESAKITAN DI
BADAN AKIBAT DITUMBUK DAN DIBALING OBJEK SEHINGGA TERJATUH DARIPADA
MOTOSIKAL. BELIAU DIRAWAT DI PPUKM.
3.
KONST 171506 AZIZI BIN MOHD NOH, ANGGOTA CAWANGAN TRAFIK BUKIT AMAN,
MENGALAMI KECEDERAAN DI PIPI AKIBAT DIBALING OBJEK KERAS DAN MENDAPAT
RAWATAN DI HKL.
4.
L/KPL 152574 MOHD NASIR BIN ABU MANSUR, ANGGOTA CAWANGAN TRAFIK KUALA
LUMPUR, MENGALAMI KESAKITAN BADAN DAN TIDAK BOLEH DUDUK AKIBAT TERJATUH
MOTOSIKAL DAN DIPUKUL DI PERUT. BELIAU DIRAWAT DI HKL.
5.
L/KPL 157576 DATU MOHD JOHAR DATU SHARIMAN, ANGGOTA CAWANGAN TRAFIK
KUALA LUMPUR, MENGALAMI KECEDERAAN DI MATA AKIBAT DITUMBUK OLEH PESERTA
PERHIMPUNAN. BELIAU MENERIMA RAWATAN SEBAGAI PESAKIT LUAR DI HKL.
6.
KONST 178857 MOHD NOR FIRDAUS BIN HJ ABU BAKAR, ANGGOTA IPD PUTRAJAYA,
MENGALAMI KECEDERAAN RETAK TULANG LENGAN KANAN DAN DIRAWAT DI PPUKM.
7. KONST 175128 MOHD KAMIL BIN PARIMIN, ANGGOTA IPK TERENGGANU, MENERIMA 7 JAHITAN DI KEPALA DAN DIRAWAT DI HKL.
8. KONST 179689 ZAMAN BIN ALI, ANGGOTA BALAI POLIS WANGSA MAJU, MENGALAMI KECEDERAAN PATAH HIDUNG DAN DIRAWAT DI HKL.
9. SJN 84797 SHUIB BIN JAMALUDDIN, ANGGOTA IPD KANGAR, SAKIT DARAH TINGGI DAN DIRAWAT DI HKL.
10.
L/KPL 124962 TUAN RUZI BIN TUAN SENG, ANGGOTA IPD MACHAP JOHOR,
KECEDERAAN PATAH DUA BATANG GIGI, KOYAK DI BAHAGIAN BIBIR (7 JAHITAN DI
DALAM BIBIR), DAN LEBAM SELURUH BADAN. BELIAU DIRAWAT DI HKL.
11.
L/KPL 157813 AMIRUL BIN NAWRI, ANGGOTA BALAI POLIS PORT DICKSON,
MENGALAMI SESAK NAFAS AKIBAT DITUMBUK. BELIAU DIRAWAT DI HKL.
PESERTA
PERHIMPUNAN JUGA TELAH MEROSAKKAN KENDERAAN PASUKAN POLIS, IAITU (2)
BUAH KERETA PROTON WAJA, SEBUAH PACUAN EMPAT RODA NISSAN XTRAIL DAN
SEBUAH MOTOSIKAL. KATEGORI KENDERAAN TERSEBUT ADALAH SEPERTI BERIKUT:
1. (1) PROTON WAJA KL176, MENGALAMI KEROSAKAN CERMIN SEBELAH PEMANDU PECAH DAN ANTENA (AERIAL) BELAKANGNYA DIPATAHKAN.
2.
(1) PROTON WAJA WTJ2974, MENGALAMI KEROSAKAN SEMUA CERMIN HADAPAN DAN
BELAKANG SERTA TINGKAP PECAH AKIBAT DITERBALIKKAN OLEH PESERTA
PERHIMPUNAN.
3. (1) NISSAN XTRAIL WQW 160, MENGALAMI KEROSAKAN SEMUA CERMIN TINGKAP DAN CERMIN HADAPAN PECAH. BADAN KENDERAAN KEMEK.
4. (1) MOTOSIKAL TRAFIK WSB 723, JENIS HONDA CBX 750 TELAH DIBAKAR OLEH PESERTA PERHIMPUNAN.
PERHIMPUNAN
YANG DIADAKAN DI DATARAN MERDEKA TELAH BERJAYA DISURAIKAN OLEH PIHAK
POLIS DAN PIHAK POLIS MASIH LAGI MEMANTAU KEADAAN DAN KETENTERAMAN AWAM
DI KAWASAN TERSEBUT.
t.t
( MOHMAD BIN SALLEH ) DCP
KETUA POLIS
KUALA LUMPUR.
(Dikeluarkan pada 28 April 2012 jam 2240hr)
No comments:
Post a Comment