HOME

Pages

Thursday, 24 May 2012

Pas Semakin Terdesak di Kelantan

50 Bendera BN dipatah, dibuang dalam tali air
Wartawan Sinar Harian
24 Mei 2012
50 Bendera BN dipatah, dibuang dalam tali air
Zainuddin menunjukkan bendera BN yang dipatah dan dibuang dalam tali air di Kampung Kukang, Perol.
KOTA BHARU- Hampir 50 bendera Barisan Nasional (BN), yang dipacakkan di sekitar jambatan Kampung Kukang, Perol, di sini, dicabut dan dipatahkan disyaki akibat perbuatan khianat.

Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan Kampung Persekutuan (JKKP) Perol, Zainuddin Mat Zain, berkata, kejadian itu hanya disedari kira-kira jam 7 pagi semalam selepas melihat bendera yang dipasang Ahad lalu berselerak di atas jalan termasuk dalam tali air.

“Ini merupakan kejadian pertama bendera terbabit dicabut dan dipatahkan, dan saya syak ia angkara mereka yang tidak berpuas hati dengan pimpinan Umno di sini. Kami terpaksa menanggung kira-kira RM500 akibat kejadian ini,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Tinjauan Sinar Harian mendapati hampir kesemua bendera yang dipacakkan di kawasan itu berselerak di samping kayu pemegangnya turut patah angkara perbuatan pihak yang tidak bertanggungjawab itu.

Sementara itu, menurut Ahli Jawatankuasa Biro Keselamatan JKKP, Ismail Sulaiman, perkara itu turut mengganggu kelancaran tugas mereka di kawasan itu.

“Kami terpaksa menghabiskan masa sehari untuk mengutip bendera di kawasan berkenaan. Bukan sahaja terpaksa mengutip bendera malahan kami terpaksa menanggung kerugian akibat perbuatan khianat itu,” katanya.

Sehubungan itu, mereka sedang mengesan pihak yang terlibat dan membuat laporan di Balai Polis Nilam Puri untuk tindakan lanjut.

No comments:

Post a Comment