17 Februari 2013
KOTA BHARU - Hasrat seorang lelaki, untuk membawa keluarga melancong ke Kelantan bertukar duka, apabila keempat-empat tayar kereta jenis Grand Livina yang diletakkan di tempat parkir berhampiran hotel bajet di sini, dicuri di Jalan Pintu Pong, di sini, pagi kelmarin.
Kejadian menyebabkan pemiliknya, Nor Helmi Mansor, 40 mengalami kerugian RM3,500 dan terpaksa mendapatkan bantuan orang awam untuk mendapatkan tayar ganti.
Menurut rakan mangsa, Sahabuddin Omar, 41, Nor Helmi yang menetap di Negeri Sembilan datang ke Kota Bharu bersama keluarga sempena cuti Tahun Baru Cina.
“Dia yang menyewa di sebuah hotel di kawasan terbabit meninggalkan kereta di kawasan itu dalam keadaan berkunci, namun terkejut selepas bangun kirakira jam 6 pagi dan melihat keempat-empat tayarnya pula yang hilang dicuri.
“Kejadian itu menyebabkan dia trauma dan perancangannya untuk ke Terengganu selepas singgah di Kelantan juga terbantut,” katanya.
Menurut Sahabuddin yang merupakan penduduk tempatan, kawasan berkenaan sering menjadi sasaran pencuri melakukan kegiatan seumpama itu.
“Mungkin dia orang luar, tidak tahu kejadian yang sering berlaku di kawasan itu. Saya harap selepas ini orang ramai lebih berhati-hati dan pihak berkuasa perlu menjalankan pemantauan di kawasan ini bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berulang,” katanya.

No comments:
Post a Comment