HOME

Pages

Friday, 15 March 2013

Hadirmu Ku Tunggu Dari Kami Warga Kuala Krai

Ahlam Wasahlam...Selamat Datang diucapkan kepada YAB Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ke bumi Kelantan, khususnya Jajahan Kuala Krai. Ketibaan YAB PM ditunggu sejak awal pagi lagi oleh seluruh masyarakat khususnya rakyat Kuala Krai di mana dianggarkan seramai lebih 40,000 orang memenuhi kawasan Padang Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Krai. YAB PM dan Ketua Perhubungan UMNO Kelantan, Dato' Sri Mustapa Mohamad serta beberapa kenamaan lain mendarat menggunakan 3 buah helikopter kira-kira jam 10.15 pagi dan terus ke khemah utama untuk menjayakan Program Pemimpin Bersama Rakyat Jajahan Kuala Krai. PM disambut dengan tangan yang terbuka oleh masyarakat Kuala Krai yang ingin melihat dari dekat wajah pemimpin tersayang.



Rakyat Kuala Krai begitu teruja apabila melihat dari dekat pemimpin kesayangan mereka dan kesudian YAB PM untuk hadir ke Kelantan seharian sempena lawatan kerjanya. PM tidak menang tangan untuk menyapa salam dari penduduk yang hadir.



Suasana sambutan yang cukup-cukup luar biasa membuatkan hati YAB PM rasa selesa bertandang ke Kelantan. Lawatan terakhir beliau adalah pada 20 Jan 2013 yang lalu di Majlis Jelajah Janji Ditepati di RTC Tunjong, Kota Bharu. Hari ini, belaiu sekali lagi datang berjumpa mata dengan rakyat Kelantan khususnya masyarakat Kuala Krai.



Suasana pagi sebelum kehadiran YAB PM ke Padang MRSM Kuala Krai.




Sambutan yang diluar jangka..penganjur menganggarkan 30,000 hadirin yang hadir berdasarkan jemputan yang dibuat, namun pagi tadi, lebih 40,000 yang hadir.Terima kasih di atas semangat dan masa yang diluangkan di pagi Jumaat, Penghulu segala Hari.




Terima kasih di atas komitmen Kumpulan TUKAR yang turut memeriahkan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat.

Setelah selesai berucap kira-kira jam 11.30 pagi, YAB PM menikmati jamuan makan tengahari bersama seluruh hadirin yang hadir sebelum berangkat ke Kem Batu 11, Tanah Merah untuk menunaikan Solat Jumaat.


Tidak ketinggalan kelibat seorang makcik yang begitu teruja untuk bertemu mata dengan YAB PM semasa jamuan makan. Beliau amat berterima kasih di atas pemberian BR1M dan BR1M 2.0 oleh YAB PM kepadanya. Betul-betul terharu dengan keihklasan YAB PM dalam mentadbir Negara.


Dalam negara yang aman, majlis pemimpin bersama rakyat yang harmoni, perjuangan wira-wira Lahad Datu tidak dilupakan. Untuk yang sudi menderma, Tabung Wira Lahad Datu juga disediakan kepada hadirin yang hadir.


Alhamdulillah, Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Jajahan Kuala Krai berakhir kira-kira jam 12.00 tengahari. YAB PM berangkat ke Tanah Merah bagi Program Bekwoh Bersama Rakyat dan Kota Bharu untuk Program Majlis Pecah Tanah Perumahan Rakyat di Wakaf Mek Zainab Kota Bharu.

Kepada PM, kami warga Negeri Kelantan mengucapkan Jutaan TERIMA KASIH yang tidak terhingga di atas kesudian melawat tempat kami. InsyaALLAH, dalam PRU akan datang, BUMI Kelantan milik UMNO/BN...Gelombang....MERAHHHH....

-Duri SemaluKu-

No comments:

Post a Comment