HOME
▼
Pages
▼
Thursday, 7 March 2013
Insiden Lahad Datu : Jika Pembangkang Tak Bersalah, Kenapa Pemimpin Mereka Takut Masuk Sabah?
Khamis, Mac 07, 2013 |
Hari membuktikan keberanian seorang Perdana Menteri Malaysia dengan memasuki kawasan bahaya.
Gambar dari BERNAMA
Dan PM juga telah membuat kenyataan untuk meningkatkan keselamatan Negeri Sabah serta mempertahankan kedaulatannya.
Cuma MyMassa pelik. Beberapa tahun yang lepas, pemimpin pembangkang seperti Anwar Ibrahim, Tian Chua, Azmin, Lim Kit Siang galak untuk melawat Sabah. Boleh dikatakan setiap minggu ada sahaja pemimpin pembangkang dari semenanjung bersilih ganti datang serta menjanjikan bulan dan bintang kepada rakyat Sabah.
MyMassa masih ingat, dalam lawatan terakhir, seorang pemimpin pembangkang telah diberi penghormatan sebagai Huguan Siou.
Namun selepas insiden serangan di Lahad Datu, tidak lagi kedengaran berita pemimpin pembangkang dari Semenanjung menjenguk keadaan rakyat Sabah.
Mereka hanya memekik dari jauh mengkritik dan menyatakan ini salah dan itu salah. Sebaliknya, pemimpin BN pula yang datang berkampung di Sabah.
Kenapa pemimpin pembangkang takut menjejakkan kaki ke Sabah ketika ini. Adakah kerana pengganas Sulu sedang mencari mereka?
No comments:
Post a Comment