HOME

Pages

Monday, 4 March 2013

UPDATE LAHAD DATU PANASS !!! RISIKAN FILIPINA SAHKAN PAKATAN JANJI BERI SABAH KEPADA SULTAN SULU

Setelah pendedahan dari Inquirer News tentang pertemuan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Anwar ibrahim dengan kerabat Sultan Sulu, ramai yang berteka teki siapakah pemimpin yang dimaksudkan oleh laporan media tersebut.

Menurut laporan perisik Filipina, pemimpin berkenaan merupakan individu yang sedang mengintai ruang untuk menjadi Ketua Menteri Sabah seandainya Pakatan mampu menawan negeri tersebut selepas PRU13 nanti.

Yang lebih menarik, Pasukan Perisik Filipina juga mendedahkan tentang janji pemimpin Pakatan berkenaan untuk memberikan Sabah kepada kerabat Sultan Sulu jika mereka berjaya menumbangkan kerajaan yang ada sekarang dan menyokong Sultan Sulu didalam usaha untuk mengambil balik Sabah dari Malaysia.




Menurut seorang Pegawai Kanan Tentera Filipina, perjumpaan diantara pemimpin Pakatan berkenaan dengan Kiram berlangsung pada bulan November tahun lalu bagi membincangkan sama ada tuntutan Sultan Sulu terhadap Sabah mampu diselesaikan dengan "memerdekakan" Sabah dari Malaysia, ataupun kerajaan pimpinan Najib perlu membayar harga yang setimpal dengan harga tanah negeri tersebut.

Laporan dari Pihak Perisik Tentera Filipina ini membuktikan bahawa ada perjanjian diantara pihak Pembangkang di Malaysia dengan penceroboh di Lahad Datu Sabah berkenaan menyerahkan kedaulatan negeri Sabah kepada pihak terbabit.

Ini bermakna, tuduhan pembangkang bahawa Najib sendiri berjanji untuk menyerahkan Sabah kepada Sultan Sulu merupakan satu fitnah yang sengaja direka-reka bagi mengalih tumpuan kemarahan rakyat Malaysia yang kini membuak-buak terhadap Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat.

Sepanjang minggu ini, rakyat Malaysia mengadakan beberapa demonstrasi bagi mendesak Anwar dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat dihukum kerana menganggu gugat keselamatan negara dengan membawa campurtangan pihak militan asing.



SUMBER MPP ONLINE



No comments:

Post a Comment