Artikel mantap dari seorang anak muda (
https://www.facebook.com/norazizuddin/posts/443957582356980)
RAKYAT JEPUN TELAH MEMBUKTI EKSPERIMEN PETUKARAN KERAJAAN TERNYATA TIDAK BERJAYA
1. Malam tadi saya dan 3 rakan usrah cuba untuk test market di pages
Parlimen FB untuk mengetahui isu2 yang dimanipulasikan oleh pihak
Pakatan, ternyata isu2 lapuk telah diketengahkan agar dipopularkan
semula seperti isu kehilangan saham bumiputera RM52 Billion, Isu Hudud,
Isu hutang negara, Isu Pembekal Kuasa Dalaman (IPP), Isu kronisme dan
Isu Laporan Audit Negara. Apa yang kami tahu, insyaallah kami menjawab
walaupun berulang2 kali kami memberikan penjelasan namun pihak Pakatan
tetap "spin" and "spinning".
2. Hari ini, apa yang menarik
perhatian saya ketika sesi perdebatan berlangusng di PFB, sdr Ir Abu
Hanifah Muhammad telah membangkitkan satu kenyataan yang menarik iaitu
eksperimen rakyat Jepun dalam soal pemerintahan negara Matahari Terbit
itu.
3. Umum mengetahui, Jepun telah menyaksikan PRU ke-46
pada 16 Disember 2012 yang lalu dimana keputusan keseluruhan PRU ke-46
kembali berpihak kepada Parti Liberal Demokratik Jepun (LDP) pimpinan
Shizo Abe selepas menewaskan Parti Demokratik Jepun (DPJ) pimpinan Kaoto
Kan. Dalam PRU ke-46, LDP berjaya memperolehi 294 kerusi Dewan
Perwakilan (Dewan Rakyat) berbanding DPJ yang hanya memperolehi 57
kerusi sahaja manakala lain2 parti yang bertanding hanya memperolehi
sekitar 10 sehingga 15 kerusi Dewan Perwakilan sahaja.
4. Apa
yang menarik perhatian saya ialah, eksperimen rakyat negara Jepun dalam
PRU ke-45 yang berlaku pada 30 Ogos 2009 telah menyaksikan parti LDP
selaku parti yang lama memerintah dan memodenkan Jepun selama lebih 5
dekad kecundang di tangan pihak pembangkang iaitu DPJ pimpinan Yukio
Hatoyama yang memperolehi 308 kerusi Dewan Perwakilan manakala LDP
pimpinanTaro Aso hanya memperolehi 119 kerusi sahaja. PRU ke-45 Jepun
telah menyaksikan pertarungan 2 gergasi politik negara itu sehingga
mencetuskan kebimbangan Maharaja Akihita yang meminta semua rakyat
bertenang dengan keputusan luar jangkaan itu.
5. Sebab musabab
PRU ke 45 Jepun yang beralih tampuk pemerintahan adalah disebabkan oleh
Manifesti DPJ iaitu dengan kata kunci "CHANGE", maka rakyat Jepun
tertarik dengan tawaran manifesto itu. Dengan hanya 5 dasar yang
diperjuangkan DJP dalam PRU ke-45 Jepun iaitu (1)Mengakhiri Perbelanjaan
Yang Membazir, (2)Pembelaan terhadap Kanak-kanak dan pendidikan,
(3)Pencen dan penjagaan kesihatan,(4) Kedaulatan Serantau, (5)Pekerjaan
dan Ekonomi.
6. Secara ringkas saya mengkaji apa yang
terkandung dalam 5 dasar Manifesto DPJ dalam PRU ke-45 Jepun ; dasar
pertama, parti DPJ BERJANJI akan mengkaji semula dasar perbelanjaan
kerajaan terdahulu yang membelanjakan lebih Y207 Billion, kemudian
menghapuskan cukai2 yang membazir dan mengharamkan sumbangan daripada
syarikat2 korporat. Dasar kedua, DPJ BERJANJI akan membayar elaun kepada
setiap kanak2 di Jepun dengan kadar elaun sbyk Y312,000 setahun
sehingga mereka tamat peringkat Junior High School, disusuli dengan
menawarkan Pendidikan Percuma di peringkat Sekolah Tinggi (High School)
dan mengkaji pemberian biasiswa dengan lebih inklusif. Dasar ketiga, DPJ
BERJANJI untuk memastikan setiap pesara dibekalkan dengan buku pencen,
meminimumkan kadar pencen sekurang-kurangnya Y70,000 dan memansuhkan
skim insuran kesihatan dengan menambah bilangan doktor di hospital2
sebanyak 50% !. Dasar keempat, DPJ akan membangunkan kedaulatan serantau
dengan menggunakan dana daripada kerajaan, mencipta satu sistem
pendapatan sokongan untuk individu yang terlibat dalam bidang pertanian
dan menggiatkan ekonomi tempatan dengan penghapusan TOL dan mengkaji
semula perniagaan berbentuk pos. Dasar kelima, DPJ BERJANJI mengurangkan
cukai korporat ke atas perusahaan SME kepada 11%, membantu setiap
pencari pekerjaan dalam latihan dengan elaun sebanyak Y100,000 sebulan,
memperkasakan pernilaian terhadap kepanasan global dengan indutri baru.
Itu adalah ringkasan kepada manisfesto parti DPJ sewaktu PRU ke-45
Jepun.
7. Faktor kekalahan DPJ : Namun, apabila mereka mendapat
kuasa sebagai pemerintah Kerajaan Jepun sehingga gagal mempertahankan
apa yang dikecapi adalah kerapa apa yang dijanjikan dalam PRU ke-45
GAGAL untuk ditepati. Rakyat Jepun mengkritik DPJ yang gagal memberikan
elaun kepada anak2, pendidikan percuma hanya untuk peringkat Menengah
Tinggi sahaja tidak meliputi peringkat rendah, menengah rendah dan
universiti, gagal untuk mengekang perbelanjaan membzir sebaliknya pada
era DPJ menjadi kerajaan, hutang negara Jepun terus meningkat 200%
daripada KDNK negara dan menyebabkan LDP terpaksa menanggung beban
kewangan yang ditinggalkan oleh DPJ. Apatah lagi, faktor penyumbang
kekalahan DJP adalah disebabkan juga dengan JANJI DJP untuk menjaga
kedaulatan serantau tetapi terus membenarkan US Military berkuasa di
Kepulauan Okinawa, bukan sekali dua askar marin US ini membuat onar
sehingga menyebabkan DPJ kalah teruk dibelasah oleh penduduk Okinawa
dalam PRU 2012. Itu baru sikit faktor kekalahan DJP walhal jika mahu
disenaraikan disini, perlu masa yang panjang.
8. Apabila saya
membandingkan Manifesto DPJ dalam PRU 2009 dengan Manifesto Pakatan
Rakyat dalam PRU 2013, ada persamaan dalam aspek penghapusan
(Abolishment), pengurangan (Reduce), penjimatan (Retrenchment), percuma
(Free) dan pemerkasaan (Revitalise). Jika dilihat secara mendalam
ternyata, semua janji2 dan tawaran dalam Manifesto Pakatan sebenarnya
mengundang padah kepada rakyat M'sia dalam masa sepenggal andai PR
memerintah M'sia. Lihat sahaja apa berlaku dalam Manifesto di Selangor,
adakah semuanya berjaya dilunaskan ?. Jika dikatakan sudah lunas, kenapa
satu demi satu rakyat memfailkan saman ke atas kerajaan negeri itu dan
keputusan akhirnya berpihak kepada rakyat.
Baca seterusnya di sini :
https://www.facebook.com/norazizuddin/posts/443957582356980
No comments:
Post a Comment