PASIR PUTEH - Kerajaan pusat, melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan, memperuntuk RM600,000 setiap tahun bagi membantu 35,000 belia menjalankan pelbagai aktiviti, termasuk bidang keusahawanan.
Pengarah JPP Kelantan Datuk Makhtar Mustapha berkata daripada jumlah itu, sebanyak RM500,000 adalah bagi membantu 10 majlis belia jajahan (MBJ) dan bakinya untuk Majlis Belia Negeri (MBN).
"Ini menunjukkan kerajaan pusat tidak mengabaikan golongan belia di Kelantan walaupun negeri ini di bawah parti pembangkang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Belia Negara dan Anugerah Belia peringkat negeri di Pantai Bisikan Bayu hari ini.
Pada majlis itu, Persatuan Belia Felda Kemahang, Tanah Merah merangkul Anugerah Kecemerlangan Belia Kelantan untuk membawa pulang hadiah RM10,000 manakala Tokoh Belia Lelaki Saupi Tengah dari MBJ Kuala Krai dan Tokoh Beliawanis Zuraihah Muhamad masing-masing menerima RM3,000.
Makhtar, yang juga Pengerusi Majlis Perunding Belia Kelantan, memberi jaminan persatuan belia negeri ini tidak akan dianak tiri meskipun kerajaan pusat yang diterajui Barisan Nasional gagal merampas Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke-13 pada 5 Mei lepas.- Bernama
HOME
▼
Pages
▼
Thursday, 16 May 2013
Kerajaan Pusat luluskan RM600,000 bantu belia Kelantan
Tarikh: May 16, 2013
No comments:
Post a Comment