HOME
▼
Pages
▼
Sunday, 5 May 2013
RAIKAN KEMENANGAN DENGAN SUJUD SYUKUR, AIRMATA KESYUKURAN
Kita telah berjuang sekian lama mempertahan tanah air ini daripada terjual atau dijual khususnya oleh DAP kepada tangan-tangan ghaib seperti Soros, kawan-kawan DAP di Singapura, Militan Kiram yang diatur oleh Soros kepada SUARAM melalui ANwar dan Tian Chua. Betapa peritnya kita mempertahankan Kalimah Allah daripada dihina-dina, betapa peritnya kita menjaga kebesaran Raja-Raja kita daripada dihina oleh puak pelampau dalam DAP, di mana PAS pun terikut-ikut terpengaruh dengan janji manis menuju Putrajaya dengan menggadai segala-galanya, terutama oleh tekong-tekong gila seperti Mahfuz dan Mat Sabu.
KEMENANGAN DI PULAU PINANG, KEDAH, KELANTAN, SELANGOR, W.P. KUALA LUMPUR KERANA ALLAH SWT. MARILAH KITA BERSYUKUR
Kemenangan demi kemenangan yang kita capai ucapkan dengan Alhamdulillah, syukur dengan kemenangan yang Allah SWT berikan.
Surah An-Nasr bererti kemenangan. Allah SWT memerintahkan Nabi Muhammad SAW apabila mencapai kemenangan menguasai tanah suci Makkah, hendaklah bersyukur dengan mematuhi segala perintah Allah SWT serta memohon ampun kepadaNYA. Ringkasnya, apabila kita mendapat apa yang kita usahakan, maka janganlah lalai bersyukur kepada Allah SWT yang telah mengurniakan serta memohon ampun segala kesalahan atau kesilapan yang mungkin kita lakukan dalam usaha tersebut.
Terjemahannya:
1.Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Makkah),
2.Dan engkau melihat manusia masuk dalam ugama Allah beramai-ramai,
3.Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat.1. Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini akan mendapat pahala yang besar, bandingannya seperti membaca seperempat dari Al Quran.
2. Bacalah surah ini apabila hendak melakukan kerja-kerja yang rumit atau berat; ataupun semasa hendak keluar dari rumah, insyaAllah akan mendapat pertolongan Allah SWT.
No comments:
Post a Comment