Ketika membahas titah baginda, Mohamad Zaki (PAS Kkelaboran) mendakwa
Pas sepatutnya menang bersih 45-0 di Kelantan pada Pilihan Raya Umum
Ke-13, namun BN berjaya mendapat 12 kerusi DUN kerana melakukan pelbagai
penipuan termasuk memberi dadah kepada pengundi muda.
"Inilah yang UMNO dan BN buat. Budak-budak
muda mereka bagi pil kuda, air daun ketum untuk jadi petugas parti dan
sokong BN," katanya yang merupakan bekas Timbalan Speaker DUN Kelantan
pada penggal lalu.
JAWAB ADUN UMNO.
"Di dewan yang mulia
ini kita jaga pertuturan kita, jangan sakitkan hati orang sebab Pas
cakap perjuangkan Islam, tetapi bila bangun tuduh, bila bangun maki
orang.
"Rupa-rupanya, hati pemimpin Pas belum bersih, belum
suci sebaliknya hanya menggunakan kopiah dan songkok untuk menunjukkan
ciri-ciri Islam," katanya ketika membahas titah ucapan Sultan Kelantan,
Sultan Muhammad V pada Sidang Dewan Undangan Negeri di sini hari in
No comments:
Post a Comment