HOME

Pages

Tuesday, 22 October 2013

Benarkah US hampir mengisytiharkan perang terhadap Malaysia?!!

Kejayaan merampas semula Guthrie, Sime Darby dan Golden Hope, kemudiannya disusuli pula kejayaan Mahathir mengambilalih Carcosa Seri Negara yang telah diserahkan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj kepada British. Semuanya bermula pada 11 September 1982 apabila wakil Wanita UMNO, Rahmah Osman menyuarakan dalam Perhimpunan Agung UMNO Ke-33.
Carcosa Seri Negara kembali ke tangan Malaysia pada 12 Mei 1984 dengan pertukaran sebidang tanah di Jalan Ampang sebagai Residensi dan Kedutaan Britain di Malaysia.
Satu lagi kisah yang wajar diperhalusi dan diperhatikan mengapa Amerika begitu berdendam dengan Mahathir dan berusaha menjatuhkannya menerusi Anwar Ibrahim dan parti-parti pembangkang Malaysia seperti DAP.
PETRONAS merupakan antara syarikat minyak utama yang mendapat ‘keistimewaan’ di Sudan. Malah PETRONAS sebenarnya merupakan syarikat petroleum terbesar dan banyak mendapat projek di negara-negara Afrika berbanding syarikat-syarikat minyak dari Amerika Syarikat. Dan semuanya merujuk kepada kebijaksanaan dan keberanian Mahathir berhadapan dengan Amerika Syarikat.


Bagaimana boleh jadi begitu?
Tahun 1988, apabila Sudan mulai stabil dan hendak memajukan negara, negara-negara Barat, khususnya Amerika Syarikat menawarkan bantuan untuk memajukan industri carigali minyak di negara tersebut memandangkan Sudan tidak mempunyai modal dan kepakaran sendiri. Amerika Syarikat membuat tawaran menerusi TEXAS OIL yang telah datang ke Sudan dan membuat kajian selama tiga bulan.
Atas helah Zionis dan bertujuan untuk melakukan penjajahan dan tipu daya, Texas Oil menyatakan, bumi Sudan tidak mempunyai minyak yang cukup meskipun Sudan yakin, simpanan minyak mereka cukup banyak dan cukup ekonomikal bagi tujuan pengeluaran.
Tiada negara lain yang berani ‘menentang’ Amerika Syarikat. Apatah lagi Amerika Syarikat telah memberikan isyarat agar urusan mereka dengan Sudan tidak dicampuri oleh negara-negara lain.
Namun, sekali lagi Dr. Mahathir menunjukkan kewibawaan dan kebijaksanaannya. Atas arahannya, PETRONAS masuk ke Sudan dan membuat tawaran selain melakukan kajian. Hasil daripada kajian yang dibuat oleh PETRONAS mendapati, simpanan minyak di Sudan adalah antara yang terbesar di dunia.
Apabila kapal-kapal dari Malaysia hendak berlabuh di Sudan, Amerika Syarikat membuat sekatan di perairan antarabangsa yang bersempadan dengan Sudan. Isyaratnya ialah, seandainya kapal-kapal Malaysia melepasi sekatan tersebut, Malaysia telah mengisytiharkan perang terhadap Amerika Syarikat.
Walaupun CEO PETRONAS mahu membuat keputusan mengarahkan kapal-kapal Malaysia balik, namun Tun Dr. Mahathir dengan beraninya telah mengarahkan agar pelayaran diteruskan dan dia berjanji, sebarang risiko akan ditanggungnya. Malah dia sendiri akan menyelesaikan masalah dengan Amerika Syarikat.
Rupa-rupanya, Mahathir mempunyai agenda lain untuk memalukan dan menakut-nakutkan Amerika Syarikat. Mahathir menggunakan helah Tun Perak, Bendahara Kesultanan Melayu Melaka pada abad Ke-15 yang terkenal itu dengan berkunjung ke China dan menjadikan China sebagai rakan kongsi PETRONAS dalam projek minyak di Sudan. Syarikat minyak China telah diberikan tanggungjawab memasang paip.
Apabila Amerika Syarikat mengetahui perkara tersebut, kapal-kapal perangnya yang melakukan sekatan serta-merta diarahkan menggantung sekatan. Amerika Syarikat tidak berani berhadapan dan tidak mahu mengambil risiko berhadapan dengan China.
Selesai masalah dengan sekatan Amerika Syarikat, Tun Dr. Mahathir sekali lagi membuat perjanjian dengan Sudan yang dilihat lebih menguntungkan pada masa hadapan. Standard rundingan pada waktu itu adalah 70% keuntungan untuk syarikat dan 30% keuntungan untuk negara tersebut. Petronas bagaimanapun, telah meminda standard tersebut yang sudah tentu akan membuatkan syarikat-syarikat minyak dari Amerika Syarikat menggigit jari.
PETRONAS hanya mengambil 15% daripada keuntungan di Sudan dengan 85% yang lain dipulangkan kepada Sudan. Bagaimanapun, hanya 25% dari 85% keuntungan tersebut diberikan dalam bentuk kewangan, manakala bakinya, PETRONAS bertanggungjawab membangunkan bandar-bandar, mendirikan sekolah, infrastruktur dan sebagainya.
Sebabnya, mudah… Tun Dr. Mahathir sangat sedar, kalau Amerika Syarikat tidak boleh dapat projek minyak di Sudan, mereka akan cuba menjual senjata pula agar Sudan kucar-kacir dan mereka akan dapat masuk menjajah negara itu dengan lebih mudah.
Tawaran yang dibuat oleh PETRONAS itu mendapat perhatian daripada negara-negara Afrika yang lain. Bermula dari itu, PETRONAS mendapat tawaran kerja sehingga menjadikan syarikat petroleum Malaysia itu menjadi syarikat minyak asing kedua terbesar dalam penguasaan kawasan di dunia.
Kehebatan yang ditunjukkan oleh Tun Dr. Mahathir itulah yang membuatkan banyak pihak di Barat terutama sekali yang berkepalakan Yahudi seperti George Soros, menaruh dendam yang cukup besar.
Kredit : Hati Malaya



MYMASSA: Kalau sesiapa pernah berpeluang mendekati Tun Dr. Mahathir secara dekat, perkara pertama yang akan kita rasa adalah meremang bulu roma. Bukan sebab takut, tetapi akibat timbul rasa kagum dan bangga yang datang secara tiba-tiba dalam diri kita. Itulah perasaannya apabila dapat bertemu secara bersemuka dengan seorang manusia yang Allah SWT tinggikan darjatnya.

Ada yang kata, Tun M senanglah, zaman beliau tiada internet dan maklumat terbuka. Namun, kami pasti dalam setiap sudut hati rakyat Malaysia yang pernah merasa nikmat hidup di bawah kebijaksanaan pentadbiran Tun M, yakin dan tahu bahawa beliau akan ada formula tersendiri untuk memastikan ketenteraman negara sekiranya masih mempunyai kuasa. Malah, tidak keterlaluan juga jika kami katakan sebenarnya ramai rakyat yang rindukan supaya Tun M kembali memegang jawatan PM kerana kecewa melihatkan situasi yang berlaku dalam negara ketika ini.

Cerita di atas merupakan salah satu daripada banyak kisah kejayaan Tun M dalam memacu Malaysia kepada apa yang ada ketika ini. Ramai juga yang berdengki mengatakan Tun M mampu mengubah Malaysia ke arah kemodenan seperti sekarang ini kerana beliau diberikan peluang untuk lama memerintah. Tetapi lupakah kita berapa banyak negara lain yang merdeka hampir sama dengan Malaysia masih lagi gagal mengecapi kemajuan seperti mana yang kita rasai ketika ini? Sedangkan, sesetengah negara itu lebih kaya hasil bumi dan diperintah oleh hanya satu dinasti semenjak merdeka.

Inilah yang dikatakan rezeki tidak datang bergolek. Tidak semestinya mana-mana orang boleh terus kekal kaya jika diberi RM 1 juta seorang. Seorang yang kuat berusaha dengan menggunakan sepenuhnya nikmat akal fikiran, pasti akan berjaya dan kekal berjaya, walaupun hanya bermula dengan sifar. Itulah bezanya Tun M dengan pemimpin dunia yang lain, sekaligus membuktikan betapa beruntungnya kita sebagai rakyat Malaysia.

Maka hargailah negarawan yang ulung ini selagi beliau masih ada. Mungkin Allah SWT masih sayangkan kita semua dan Negara ini dengan mengurniakan kesihatan yang sempurna kepada beliau. Bersyukurlah, kerana Allah SWT masih lagi tidak putuskan kurniaan nikmat kemakmuran Negara kepada kita semua.

2 comments:

  1. Yang tak tahu bersyukur je menidakkan jasa Tun M...

    ReplyDelete
  2. betul..tu..saya dah kena tahun lepas..sampai taktau nak cakap apa,..tup saya kata tun kita sekolah sama dulu...apa punya ayat lintang pukang..umur saya 36 tun 80 lebih ++..patut tun muka terkejut..adala tak sampai 8 second kot..tu je nak cite..

    ReplyDelete