HOME

Pages

Thursday, 10 October 2013

DAP PERAK PULA BERPECAH, NGA KOR MING DIGELAR 'PONDAN


DUA EKOR PONDAN?
IPOH: Selepas Kedah dan Melaka, DAP Perak pula bergolak apabila sekumpulan ahlinya secara terbuka mengkritik pengerusi negeri, Datuk Ngeh Koo Ham dan sepupunya, Nga Kor Ming.
Pengerusi DAP cawangan Kampung Acheh Baru, Loh Eng Soon berkata, kemelut dalaman berlaku berikutan ramai ahli tidak berpuas hati dengan dua saudara itu.
Loh memberitahu dalam akaun Facebook, penyertaan beliau sebagai ahli parti itu selama ini kerana mengkagumi kepimpinan Nga.
“Tetapi sekarang, saya mempersoalkan sama ada idola saya sedang berjuang untuk rakyat atau untuk poket sendiri, ” katanya dalam satu status yang dikemaskini di akaun Facebook.
Malah, Loh yang melampirkan sekeping gambar Nga pada majlis pembukaan sebuah restoran, memberitahu gambar itu diambil apabila Pakatan Rakyat Perak menguasai kerajaan negeri itu selepas pilihan raya tahun 2008.
“Mengimbas kembali, saya rasa bodoh kerana membantu beliau menjual tiket makan malam dan meletakkan iklan tahniah di akhbar.
“Daripada berhala, dia (Nga) telah menjadi hamba untuk wang. Adakah anda sedar keutamaan anda? Adakah hanya wang penting kepada anda?”soalnya.
Malah, Loh juga mendesak jika Pakatan mahu kembali berkuasa di Perak, Ngeh dan Nga mesti disingkirkan.
Sementara itu, Pengerusi DAP Cawangan Desa Manjung Solaiman Syed Ibrahim memberitahu dalam akaun Facebooknya, Ngeh telah menikamnya dari belakang.
Tanpa menerangkan lebih lanjut, Solaiman yang juga bekas ahli jawatankuasa negeri itu meminta Ngeh berjuang dengan cara yang betul.
“Ini adalah orang yang mendakwa untuk memperbaiki kedudukan parti di mata rakyat.
“Jika mahu berjuang, berjuang dengan cara yang betul. Jangan berjuang seperti pondan,” katanya.
Dalam pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP pada 29 September lalu, populariti Nga telah menurun sementara Ngeh pula hampir tersingkir apabila hanya menduduki kedudukan ke-20.
Untuk rekod, pada pemilihan parti Disember lalu yang telah dibatalkan oleh Pendaftar Pertubuhan, Ngeh mendapat tempat ke-18.
Keputusan itu sekaligus mencerminkan Ngeh semakin disisih daripada kalangan ahli DAP.
Sementara Nga pula mengalami penurunan tertinggi daripada kedudukan ke-11 pada tahun sebelumnya kepada 19 baru-baru ini.
Kemelut DAP bermula apabila ada ahli parti itu di Kedah dan Melaka menyatakan kemarahan terhadap kepimpinan yang didakwa campur tangan dalam hal-ehwal mereka.
Di Kedah, perebutan kepimpinan menyaksikan pengerusi yang dipilih, Lee Guan Aik berikrar untuk terus memegang jawatan itu walaupun ahli CEC merangkap Setiausaha Politik Lim Guan Eng, Zairil Khir Johari dilantik sebagai pengerusi sementara DAP Kedah.
Di Melaka pula, Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri, Goh Leong San dari DAP meletakkan jawatan apabila disindir oleh ADUN DAP kerana ucapannya yang memuji Ketua Menteri Melaka, Datuk Idris Haron.
Perletakan jawatan Goh diikuti oleh ADUN Bachang, Lim Jak Wong sebagai Ketua Whip

No comments:

Post a Comment