Pendedahan berani mati Puan Zaharah Sulaiman yang dilaporkan oleh blog st4jasin .
Konspirasi Nam Tien (Cina) Hapuskan Kuasa Melayu?
Penulis berkesempatan untuk mengikuti satu simposium yang bertajuk “Mendepani Agenda Asing: Melayu Dalam Krisis Kepimpinan” yang dianjurkan oleh Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) di Putrajaya pada 28 September yang lalu.Pelbagai perkara telah dibincangkan di dalam siposium tersebut melalui sesi dialog bersama tokoh-tokoh ilmuan, ekonomi dan sejarah Melayu. Namun begitu apa yang begitu menarik perhatian penulis adalah sesi dialog pertama yang diterajui oleh Puan Zaharah Sulaiman seorang penulis dan pengkaji sejarah dari Persatuan Arkeologi Malaysia.Tajuk yang dibawakan oleh Puan Zaharah Sulaiman adalah “Konspirasi Penghapusan Bangsa Melayu: Fokus Agenda Nam Tien”. Penulis agak terkejut dengan beberapa pendedahan yang telah dibuat oleh Puan Zaharah. Namun begitu setelah penulis kembali ke rumah dan membuat sedikit kajian sendiri, penulis dapati bahawa apa yang dikatakan oleh ahli Persatuan Arkeologi Malaysia itu sememangnya benar.
Menurut kajian yang telah dilakukan, sejarah bangsa Melayu tidak bermula dengan pembukaan Melaka oleh Parameswara. Orang Melayu telah lama bertapak di Asia Tenggara beribu-ribu tahun lagi awal daripada pembukaan Melaka. Kerajaan-kerajaan kuno yang diwar-warkan sebagai permulaan sejarah Melayu seperti Kerajaan Kedah Tua dan Empayar Melaka adalah kerajaan yang moden jika dibandingkan dengan permulaan bangsa Melayu.Sejarah telah membuktikan bangsa Melayu menjadi tumpuan dunia kerana keupayaan tanah-tanah di Nusantara yang menghasilkan emas yang banyak. Oleh itu ia menjadi impian semua empayar kuno untuk menakluki Nusantara yang penduduk asalnya adalah orang-orang Melayu. Dikatakan pada ketika itu takrifan kawasan Nusantara adalah sebegitu besar. Lingkungan Alam Melayu dari timur ke barat bermula dari Pulau Easter, Hawaii dan Madagascar. Dari Utara ke Selatan pula ia bermula dari Pulau Farmosa, Filipina Champa, Funan, Siam Malaysia, Indonesia, Pulau-Pulau kecil di Pasifik dan juga New Zealand. Hakikatnya pada ketika itu, semakin jauh ke Selatan Nusantara, semakin kuat sesuatu kerajaan Melayu di awal sejarahnya.Namun begitu, dek terlalu kaya dengan hasil bumi yang mewah, ditambah pula dengan kecekapan pemerintah-pemerintah Melayu dalam menguruskan sumber, kekayaan orang Melayu amat dicemburui oleh empayar besar dunia. Ini termasuk Negeri Cina. Kegiatan emas dan bijih-bijih berharga dari perut bumi Melayu telah mengundang kedatangan bangsa-bangsa asing.Bermula dengan pencerobohan dan rompakan emas Kerajaan Melayu Champa oleh seorang Gabenor dari Cina yang bernama Tan Henzhi. Satu gerakan seolah-olah dilaksanakan untuk menawan keseluruhan Tanah Nusantara yang menjadi pusat pemerintahan orang Melayu.Gerakan ini dinamakan sebagai Nam Tien atau dalam bahasa Melayu “Gerakan ke Selatan”. Gerakan ini diusahakan oleh golongan penakluk, untuk mengepung dan menolak orang Melayu hingga ke ‘penghujung dunia’.
Baca seterusnya di sini : http://st4jasin.blogspot.com/2013/10/konspirasi-nam-tien-cina-hapuskan-kuasa.html
*Ada logiknya pendedahan ini. Lihatlah bagaimana Melayu Pattani semakin merempat di bumi sendiri dek dihimpit Cina Hybrid seperti Thaksin, Abhisit dan Yingluck. Yang ni pun Cina Hybrid gak, rebranding pakai nama Melayu (Zairil Khir Johari).
No comments:
Post a Comment