Elaun Exco, Adun wajar naik
KOTA BHARU - Elaun Exco dan Adun Kelantan wajar dinaikkan memandangkan
perbelanjaan mereka melebihi pendapatan, malah elaun mereka juga didakwa
paling rendah berbanding negeri lain.
Bekas Timbalan Speaker, Wan Ismail Wan Jusoh berkata, sokongan diberikan jika elaun Exco dan Adun dinaikkan berikutan perbelanjaan melibatkan pentadbiran dan keperluan rakyat.
“Belanja pentadbiran bagi seseorang Adun melibatkan tiga perkara iaitu gaji pemandu, kerani dan pejabat sudah mencecah sekitar RM2,000.
“Ia belum termasuk lain-lain kos kepada rakyat seperti sagu hati untuk kenduri, kematian, ziarah orang sakit, orang miskin, mental dan penagih dadah yang memerlukan peruntukan kira-kira RM15,000,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini, semalam.
Wan Ismail berkata, dengan perbelanjaan melebihi pendapatan tersebut, timbul persoalan daripada mana mereka memperoleh sumber kewangan yang memungkinkan mereka terpaksa meminta derma daripada kawan-kawan (ahli perniagaan).
“Dari segi pendapatan keseluruhan, Kelantan paling rendah menerima elaun dan ia perlu diselaraskan di setiap negeri dan saya menyokong cadangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid.
“Kenaikan elaun ini disokong berdasarkan komitmen perbelanjaan Exco dan Adun kepada rakyat, selain menggalas kerja parti dan kerja rakyat yang banyak,” kata Wan Ismail.
Beliau berkata, sepatutnya semua negeri mengikut jejak Selangor yang menaikkan elaun Exco dan Adun bagi meringankan beban mereka.
“Menjadi Exco dan Adun di Kelantan adalah satu yang menyeksa, namun atas dasar perjuangan yang tidak mahu berundur dan tidak rasa serik, mereka meneruskan perjuangan.
“Exco dan Adun perlu pendapatan seperti orang lain, perlukan perbelanjaan menampung kehidupan keluarga dan anak-anak, malah semua orang perlu faham, apabila elaun dinaikkan, secara tidak langsung peruntukan kebajikan kepada rakyat juga boleh ditingkatkan,” katanya yang pernah menjadi Bekas Adun Melor dan Penyelia Dun Melor selama empat penggal sejak 1995 hingga tahun lalu.
Boleh dikatakan majoriti Adun mengambil keputusan berniaga bagi menampung perbelanjaan dan keperluan rakyat.
“Undang-undang tidak melarang Adun berniaga dan secara majoriti mereka berniaga untuk memudahkan khidmat kepada rakyat,” katanya.
Sementara itu, Ketua Umno Bahagian Kubang Kerian, Datuk Muhammad Ghani juga mahu negeri pembangkang mengkaji semula elaun dan gaji Exco dan Adun perlu diselaraskan.
“Jika elaun Exco dan Adun tidak diseragamkan dengan negeri lain, ia nampak tiada persefahaman. Sepatutnya kenaikan elaun ini seimbang dengan negeri-negeri lain,” kata Muhammad.
Untuk rekod, Sinar Harian difahamkan, gaji asas Exco di Kelantan kira-kira RM5,400 sebulan, namun selepas dicampurkan dengan elaun, pendapatannya menjadi sekitar RM8,000 hingga RM12,000 sebulan.
Gaji asas bagi seorang Adun di negeri ini pula dikatakan RM4,600 sebulan dan selepas ditambah dengan elaun, gajinya adalah sekitar RM6,500 hingga RM8,000.

No comments:
Post a Comment