HOME

Pages

Monday, 27 January 2014

Apabila Al-Quran Di Pijak Bangsa Lain

Bismillah. Nur Muhammad SAW.

Allah tak suruh kita jadi PAKAR membaca Al-quran. 
Kerana maksud AL-QURAN bukan MEMBACA tapi PERINTAH yang WAJIB dilaksana.
Sekiranya ada yang mengatakan 'KETENANGAN/PENGAMPUNAN' boleh diperolehi dengan SEMUDAH melafazkan ayat-ayat AL-QURAN mengikut tartilnya sekalipon ianya adalah kebohongan semata-mata! Berapa ramai yang BACA Al-quran tapi hatinya masih NAJIS dan LALAI? Jika benar dikatakan bahawa melalui PEMBACAAN Al-quran adalah SUMBER kesembuhan segala masalah mengapa masih ada yang GUNDAH GULANA, BUNTU, BENGGANG walhal sudah dibacakan ayat-ayat Al-quran kepadanya?

Sekali lagi.
Maksud Al-quran adalah PERINTAH.

Adakah kemuliaan Al-quran terletak pada BUNYI dilidah?
Apakah KEKUATAN Al-quran terletak pada hafazan di akal?

Hari ini ummat pasti BANGKIT! 
memerangi seandainya Al-quran dibakar dan dipijak.
Hari ini ummat pasti MEGAH! 
mendengarkan kumandangan huruf-huruf Al-quran yang didendangkan.

Lagi sekali.

Adakah KESUCIAN Al-quran TERSIMPAN disebalik 
lembaran kertas-kertas yang dibakar dan kitab yang dipijak?

Adakah KEAGUNGAN Al-quran terkandung di dalam 
alunan bunyi-bunyian yang bergentayangan?

Tidak.
Kesucian, keagungan, kekuatan dan kemuliaan Al-quran 
tersemat didalam satu ORGAN manusia.
 
 
 
 

1 comment: