HOME

Pages

Sunday, 26 January 2014

KINI, APA PERASAAN KAMU?


Tokong Melayu? Tertera Nama Datok Haji Samsudin Di Selangor
Bukalah Matamu

Apakah Perasaanmu

Di mana-mana

Siang & Malam, Bagaimana Nasib Generasi Islam 

Kalimah ALLAH adalah sesuatu yang khusus untuk Islam. Kalimah ini memberikan kita makna yang amat tersendiri dan merujuk juga kepada hakikat. Hakikat makna ALLAH itu mendukung konsep keesaan. Inilah landasan tauhid yang menghubungkan manusia dengan Pencipta.

Orang Kristian menghubungkan Tuhannya dengan Yahweh, Elohim atau Adonai dan tidak boleh disamakan dengan ALLAH.

Keimanan kita kepada Kitab Injil yang mendukung maksud hunafa’ atau hanif adalah berbeza dengan maksud Trinity yang mengungkapkan Satu Dalam Tiga dan Tiga Dalam Satu.

Oleh itu menyamakan kalimah ALLAH dan segala macam implikasinya dengan konsep Trinity amat bercanggah kerana dalam Surah al Ikhlas dan Surah al Kafirun memberi asas yang jelas bagi penganut Islam. Jesus atau Nabi Isa dalam Islam adalah Nabi dan Rasul bukannya anak Tuhan.

Implikasi kalimah ALLAH dengan persoalan tauhid, ibadah, syariah dan akhlak adalah berkaitan. ALLAH, yang memberikan landasan tauhid tidak hanya pada nama tetapi terhubung dengan tasawwur bahawa ALLAH itu SATU dan terhubung dengan makna dan hakikat kesatuan.

ALLAH dan penciptaan, ALLAH dan rahmah serta nikmah, ALLAH dengan ilmu dan kebenaran, ALLAH dengan planet dan galaksi berada dalam satu kesatuan. Ia memberi asas epistemologi (teori ilmu dan asal-usul ilmu) yang terhubung langsung dengan ALLAH.

Oleh itu kalimah ALLAH tidak boleh disamakan makna dan hakikatnya dengan istilah-istilah lain yang memberikan konotasi atau pengertian berbeza.

Al-Quran memberikan pedoman “Laqum Deenukum walyadeen- Kamu agama kamu, kami agama kami". Malah Rasulullah SAW menegah umatnya daripada menghina agama lain, dibimbangi orang lain akan menghina Islam.

Soal perbezaan dalam agama adalah sesuatu yang wujud terutama dalam bidang aqidah dan ibadah. Penganut agama-agama harus ada etika untuk berbeza (ethics of differences) supaya perbezaan tidak tercetus menjadi hal yang sensitif dan menyebabkan keresahan.

Pihak yang ingin memaksa penggunaan kalimah ALLAH dalam Bible versi bahasa Melayu harus sensitif dengan perasaan orang Islam. Ia membawa implikasi dalam aqidah mereka. Malah undang-undang atau enakmen Islam negeri-negeri bagi banyak negeri sejak sekian lama memaktubkan perkara ini.

Memaksa penggunaan kalimah ALLAH itu bagi orang bukan Islam nantinya akan ditanggapi ada maksud yang tersurat dan tersirat. Ia menjadi tidak baik bagi masyarakat beragama di Malaysia.

Sifat saling memahami dan toleransi perlu ada di kalangan pihak lain supaya perkara yang diterima sekian lama sebagai sesuatu yang sah bagi Islam menimbulkan salah faham dan curiga.

Bagi tokoh-tokoh politik yang bukan Islam, apa hak mereka ini memaksakan penggunaan kalimah ALLAH dalam Bible versi Bahasa Melayu.

Pertama mereka harus belajar menghormati kuasa mufti, majlis fatwa, kuasa Raja-Sultan terhadap ehwal agama Islam dan enakmen atau undang-undang mengenainya yang sudah diputuskan oleh banyak negeri.

Kedua, mereka harus menghormati keputusan syarak yang dinyatakan oleh individu berwibawa mengenainya atau majlis syura Islami yang membuat keputusan mengenainya.

Seperti juga penganut agama lain berhak membuat keputusan mengenai agama mereka tetapi tidak memandai-mandai memaksa agama lain supaya menerima apa yang mereka putuskan.

Kalimah ALLAH adalah sesuatu yang unik dan khusus bagi penganut Islam. Ia tidak boleh disamakan dengan patung bagi orang Kristian dan berhala bagi orang Hindu kerana ia membawa implikasi lain. Justeru menghormati hak orang Islam seharusnya menjadi amalan.

Kalimah ALLAH membawa konsep tersendiri mengenai Tuhan. Ia sebagai tunjang akidah tauhid yang membentuk suatu tasawwur atau pandangan semesta terhadap Pencipta dan hasil ciptaannya.

Tasawwur yang Islami menjadikan aqidah tauhid sebagai landasan dalam beragama. Konsep ALLAH tidak boleh disyarikatkan dengan perkara-perkara lain yang mendorong kepada faktor syirik. Dosa syirik tidak ada keampunan daripada ALLAH.

Oleh itu umat Islam amat menjaga kalimah-kalimah penting yang ada dalam al-Quran termasuk wahyu, kitab, nabi, rasul, imam, makmum dan seumpamanya kerana kalimah-kalimah itu terhubung langsung dengan Islam.

Menyalahgunakan kalimah-kalimah ini akan membawa konotasi dan kesan yang berbeza dan ia boleh menimbulkan kekeliruan dan kekacauan terhadap makna yang lari dari maksud Islami. Hal ini patut dihormati oleh pihak lain supaya Islam tidak dipersendakan.(Profesor DSB, UIA)

1 comment:

  1. Kristian udah habis modal untuk promosi agamanya yang trinity,tuhan trinitynya dah tarak power sebagai penyelamat mereka.Allah Yang Esa digunakan dengan konsep trinitynya sebagai sandiwara baru yang penuh pembohongan,penipuan dan tipu muslihat untuk memperbodohkan orang lain.Agama kristian dan tuhannya dah jadi macam pasembur bercampur aduk...itu pun masih ramai lagi yang buta mata dan buta hati untuk melihat kebenaran.

    ReplyDelete