Kedudukan Kerajaan Negeri Selangor bakal berubah apabila pada masa yang sesuai MB khalid mengadap Sultan Selangor untuk memohon perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri Selangor. Ianya berkaitan Keresahan rakyat Selangor dengan politiking yang keterlaluan dan bodoh-bodoh mengosongkan Dun Kajang tanpa sebab.
Jika DYMM Sultan Selangor memperkenan pembubaran DUN Selangor maka Pilihanraya Negeri khas untuk Selangor bakal diadakan.
Keresahan dan kemarahan rakyat Selangor menjadi semakin membara kerana DUN Kajang tidak ada kematian, tidak ada masalah Mahkamah tetapi dikosongkan dengan sengaja tanpa sebab.
Negeri Selangor yang makmur kini ditimpa pelbagai musibah antaranya Kebakaran Besar semalam, Sampah di Kajang tidak mampu diurus, bekalan air di beberapa kawasan sudah hampir dua minggu tiada air, malah pasukan bolasepak yang dibiayai dengan wang yang banyak juga kalah Besar baru-baru ini kepada JDT.
Beberapa NGO dan ahli-ahli akademik, profesional dan individu di Shah Alam dan Klang akan merafak sembah untuk bertemu DYMM Sultan Selangor dalam masa terdekat. Sama ada DYMM Sultan Selangor menitah pembubaran atau MB Khalid mengadap memohon pembubaran ianya akan terjawab dalam pertemuan tersebut.
No comments:
Post a Comment