5 April lalu, majalah Southern Weekly memaparkan dakwaan kononnya, jika menjadi Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mampu menyelesaikan isu kehilangan pesawat MAS MH370 dalam tempoh satu saat.
Sebaik terbaca kenyataan dipetik oleh media utama dan alternatif, sesaat kemudian tercetus soalan di benak fikiran.
Satu lagi kelentong Anwar?
Begini huraiannya.
38 penumpang MH370, rakyat Malaysia. Andai benar Anwar mampu menyelesaikan misteri kehilangan MH370 dalam masa sesaat, bukankah kini waktu terbaik untuk dia membantu penumpang dan keluarga mereka? Jika tidak berhati perut sekalipun terhadap penumpang lain, tidakkah Anwar ingin meredakan kedukaan ditempuh oleh keluarga pak cik menantunya, Kapten Zaharie Ahmad Shah?
Klik di sini.
Anwar tatkala ditemu bual oleh CNN mengakui mengenali Zaharie dan mengesahkan kapten MH370 itu antara penyokong tegar Parti Keadilan Rakyat.
Zalim Anwar membiarkan anak Zaharie, Aishah, 27 tahun, menanti huraian misteri berhubung pesawat dipandu oleh ayahnya, setakat ini enggan didedahkan oleh Ketua Pembangkang itu.
Tatkala diwawancara oleh majalah terbitan China itu, Anwar mengeluarkan kenyataan bersyarat. Dia kononnya akan mendedahkan misteri kehilangan MH370 SEKIRANYA bergelar Perdana Menteri.
Anwar tahu, impian itu hanya satu mimpi. Malang, kelukaan Aishah tidak akan terubat.
Bak bermimpi di siang hari, Anwar secara berterusan dijangka akan bercakap secara semberono biarpun dibidas oleh pelbagai pihak, termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Klik di sini.
Hemat saya, selain Aishah, semua ahli keluarga penumpang MH370 wajar menuntut Anwar mendedahkan misteri kehilangan pesawat itu.
No comments:
Post a Comment