HOME

Pages

Friday, 25 April 2014

APA LAGI AIRASIA MAHU, LAIN KALI JANGANLAH MAIN UGUT !


Perkembangan terminal KLIA2 menunjukkan MAHB telah mengendalikan latihan Kesediaan Operasi dan Pemindahan Lapangan Terbang (ORAT), yang merupakan percubaan untuk merangsang aspek kefungsian dan operasi sejak awal Februari. ORAT akan dilaksanakan lagi pada 30 April.

Semalam pula ICAO telah memberikan keputusan bahawa KLIA2 selamat digunakan. Operasi penerbangan di KLIA2 akan bermula pada 2 Mei. Beberapa syarikat penerbangan murah antarabangsa seperti Malindo Air, Cebu Pacific Air, Tiger Airways Singapore, Lion Air dan Mandala Airlines Indonesia mengumumkan bahawa syarikat-syarikat itu akan memulakan operasi di klia2 menjelang 9 Mei.

Lain pula dengan cerita AirAsia. AirAsia sebagai sebuah penerbangan tambang murah perlu belajar berterimakasih dan menghormati, malahan perlu mengenang semula masa mereka mula-mula merangkak memohon lesen penerbangan, meminjam kapal terbang MAS dan diberi ehsan kemudahan oleh MAHB supaya mereka boleh untung. Hutang kepda MAHB berjuta-juta ringgit pun tidak dipungut!

Kini, selepas mendapat untung yang banyak AIRASIA sering menunjukkan ego dan keras kepalanya. Terkini tidak mahu berpindah ke KLIA2 dengan memberi beberapa alasan yang "penting diri sendiri". AIRASIA janganlah mengugut kerajaan atau MAHB untuk meminta pengecualian itulah, pengecualian inilah, tak payahlah AIRASIA pura-pura mengemis meminta pengurangan cukai itulah, meminta penghapusan cukai inilah. Jadilah syarikat yang tahu mengenang budi, bilamana diarah berpindah janganlah mengugut dan keras kepala.

Kita tahulah AIRASIA menanggung banyak kerugian yang tidak diumumkan kerana kerugian laluan antarabangsanya di beberapa negara, kita tahulah hutang AIRASIA semakin meningkat kepada MAHB, kita fahamlah AIRSIA berhutang banyak dengan bank untuk membeli pesawat baharu, bukan kita hendak membunuh AIRASIA, kita hanya minta AIRSIA janganlah bersikap degil dan tidak mahu keluar wang satu sen pun untuk pindah ke KLIA2.

Tak kanlah barang-barang logistik AIRSIA di LCCT pun nak suruh kerajaan yang bayar, tak kanlah nak free saja.

AIRASIA telah diberi peluang dibantu oleh kerajaan tetapi apabila AIRSIA tidak menepati janji untuk mengambilalih dan menguruskan MASWing untuk memberi perkhidmatan luar bandar kepada penduduk Sabah Sarawak. Apabila AIRSIA melihat tidak ada keuntungan dan kapalterbang tidak diselenggara dengan baik, AIRSIA tanpa malu mengembalikannya semula kepada kerajaan. 

Perkara kedua, Walaupun perjanjian penyatuan MAS-AIRASIA tidak dilaksanakan tetapi Tony Fernandes sudah untung besar kerana MAS terpaksa sponsor Queen Park Rangers (QPR). Tuan-Tuanlah tahulah siapa dia pemilik QPR, untung lagi dia.

Kini, apabila Perdana Menteri campurtangan, baharulah AIRASIA terketar-ketar nak pindah ke KLIA2.

Soalan terakhir, orang-orang penting AIRASIA seperti Tony Fernandes, Kamarudin Meranun dan lain-lainnya, ada kemahiran kah dalam bidang keselamatan bangunan, keselamatan landasan, keselamatan penumpang pandai-pandai nak komen KLIA2? Mereka ada sijil kursuskah?

RUMUSANNYA, Kita mestilah bersifat Nasionalis lah Patriotik lah, ada masa kita melihat diri kita atau bisnes kita, tetapi ada masa juga kita mesti lihat Negara kita Malaysia. 

Kalau kerajaan tidak bekerjasama, sudah tentu AIRSIA rugi besar macam urusan niaganya di Indonesia? Dumm.

1 comment:

  1. pertama kaki gua baca penulisan yang baik TAHNIAH.

    ReplyDelete