SHAH ALAM - Kolumnis Utusan Malaysia, Awang Selamat menerusi ruangan
pojoknya, Bisik-Bisik Awang Selamat mendakwa pentadbiran Umno-Barisan
(BN) yang ditadbir oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
bakal membuat pertukaran dua menteri besar tidak lama lagi.
Bagaimanapun Awang Selamat dalam kolumnya itu, tidak menamakan menteri besar mana dan dari negeri mana yang dimaksudkan.
"Khabarnya dua menteri besar bakal digantikan tidak lama lagi. Spekulasi mengenainya mulai bertiup bagai sepoi angin petang di pesisiran pantai.
"Tidak perlulah Awang sebut siapa menteri besar berkenaan pada peringkat ini, biarlah ia terus menjadi desas-desus," tulis Awang Selamat sepertimana yang disiarkan Mingguan Malaysia hari ini.
Dalam pada itu, Awang Selamat turut menyatakan sokongan terhadap usaha berkenaan kerana baginya, perubahan tersebut mampu menyuntik kesegaran dalam pentadbiran negeri.
"Awang berpendapat memang perlu ada peralihan bagi menyuntik kesegaran dalam tampuk pentadbiran negeri tertentu.
"Tentu terdapat tokoh yang boleh dijadikan sandaran, yang Awang percaya Najib sudah ada bayangan calon-calonnya. Kita tunggu," katanya.
Untuk rekod, Umno-BN kini menguasai pentadbiran di tujuh negeri dengan menteri besar dari parti tersebut iaitu dari Perlis, Kedah, Perak, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan dan Johor.

No comments:
Post a Comment