HOME

Pages

Wednesday, 2 April 2014

KENAPA ANWAR DAN SEKUTU AMERIKANYA MINAT SANGAT DENGAN CHINA?



Sejak dari tahun 2009, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sekutunya, bekas Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), Al Gore dilihat ‘sangat berminat’ terhadap negara China.
Catatan Anwar di laman peribadinya, anwaribrahimblog pada 14 Mac 2009 menunjukkan Ketua Pembangkang itu sudah berbincang subjek negara China sebagai salah satu topik perbincangan dengan Al Gore di London.
Perbincangan lebih serius tentang negara China disusuli pada September 2009.
“Arakian, dalam perjalanan 13 jam ke New York dari Dubai, saya harus membaca sebanyak mungkin terutama mengenai China kerana subjek ini menjadi tema diskusi dengan mantan Naib Presiden Amerika Syarikat, Al Gore dan beberapa teman nanti. Nasib baik kami diberi penganjur tiket kelas pertama, waduh selesa sekali!
“Dengan membekalkan bahan rujukan terpilih, saya terus menelaah rencana ilmiah yang rencam, di antaranya:
China’s Strategic Ambition in Asia (Aaron Friedberg);
Reframing China Policy – The Carnegie Debates (karya berasingan oleh Dan Blumenthal, Wing Thye Woo dan Barry Naughton);
China: Country Report (Economist Intelligence Unit) dll. rencana pendek,” tulis Anwar di lamannya, dalam tajuk,”Terbang, Buku dan Filem.”
Tiga hari selepas Anwar dihukum penjara lima tahun oleh Mahkamah Rayuan setelah didapati bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, pada 10 Mac, Al Gore menghantar perutusan mengecam sistem perundangan Malaysia.
Kecaman Al Gore itu mengesahkan mereka sangat rapat hinggakan apa yang berlaku terhadap Anwar di Malaysia, Al Gore yang berada di AS akan segera bertindak balas.
Persoalannya, kenapakah Anwar dan Al Gore ‘sangat berminat’ terhadap negara China ?
Laman ini pernah bertanyakan Profesor Dr Chandra Muzaffar berkaitan persoalan tersebut :
Kenapa pemuka-pemuka Zionis seperti Paul Wolfowitz, Madeline Albright, William Cohen memilih Anwar sebagai proksi mereka di Malaysia ?
Saya berpendapat, dalam soal peralihan kuasa global yang sedang berlaku sekarang, baik dari Barat ke Timur, dan mungkin ada negara-negara lain, termasuk negara China akan bakal pengganti Hegemony AS.
Ini adalah satu trend yang berlaku sekarang ini.
Sudah tentu, AS tidak mahu melepaskan gengamannya menguasai dunia. Mereka mahu terus kekal menjadi pegawal dunia.
Dan untuk mencapai objektif itu, mereka memerlukan individu-individu yang boleh membantunya dalam proses tersebut.
Dalam konteks Asia Tenggara, mereka perlukan pemimpin-pemimpin yang boleh membantu AS memantau ataupuncheck control secara tidak langsung terhadap kemunculan China yang bakal menjadi pesaing mereka.
Mereka perlukan individu-individu seperti itu yang boleh memainkan peranan tersebut.
Kalau kita tengok pada polisi Dr. Mahathir, dan sebelum itu, Tun Razak, mereka benar-benar memahami peranan negara China dalam konteks global.
Tun Razak membuka jalan kepada China, dalam hubungannya dengan Asia Tenggara pada tahun 1974. Dr. Mahathir pula mempertingkatkan hubungan dengan China.
Polisi itu menguntungkan negara kita dalam beberapa hal termasuk kelapa sawit dan sebagainya.
Dr. Mahathir memahami realiti ini dan beliau tidak mahu Selat Melaka itu dikawal oleh kuasa-kuasa asing.
Selat Melaka adalah hak tiga negara yang dianggap littoral states, negara-negara yang berhampiran dengan selat ini adalah Indonesia, Malaysia dan Singapura.
Singapura memang memihak kepada AS. Tetapi Malaysia, polisi kerajaan negara ini tegas dari dulu sampai sekarang bahawa Selat Melaka adalah hak kita.
Saya berpendapat, isu Selat Melaka adalah penting kerana ia di antara perairan yang paling penting di dunia.
Sudah tentu mereka, di AS mahu seorang pemimpin yang memihak kepada kepentingan mereka terutamanya dalam soal politik Selat Melaka, politik rantau ini, dan masa depan rantau ini dalam konteks perhubungan dengan negara China.
Itulah sebabnya, mereka mahukan individu seperti Anwar untuk memain peranan tersebut.
Dulu pun kita sudah tahu, mereka tidak senang dengan Dr. Mahathir kerana beliau tegas dalam soal kedaulatan Malaysia terutamanya dalam konteks Selat Melaka.
Itu adalah hak kita, kedaulatan kita.
Jadi, kalau ada pemimpin yang boleh berkompromi ataupun permainannya yang orang lain tidak nampak…
Alternatif kepada Tun Dr. Mahathir ?
Ya..ya.. Kalau kita tengok Perdana Menteri kita sekarang ini, Datuk Seri Najib, dalam soal hubungan dengan negara China begitu tegas.
Hubungan negara kita dengan negara China baik kerana beliau mewarisi polisi bapanya, Tun Razak.
Dalam Dialog Shangri-La di Singapura, Datuk Najib ditanya tentang hubungannya dengan China. Beliau kata, beliau tidak menganggap China sebagai ancaman. Beliau anggap negara China adalah sebagai satu peluang dari segi perdagangan.
Kalau kita lihat dari segi sejarah, China memiliki tentera laut yang paling hebat sebelum sejarah zaman moden, terutamanya dalam Dinasti Ming.
Laksamana Laut China pada masa itu, Laksamana Cheng Ho belayar dan menjalinkan hubungan dengan negara-negara lain. Memang luar biasa kebijaksanaan Cheng Ho. Diakui oleh sarjana-sarjana. Tapi adakah dia cuba menguasai dan menakluki wilayah orang lain ? Tak pernah.
Tak pernah?
Tak pernah. Sampai sekarang kalau kita kaji rekod China, mereka tidak menakluk wilayah orang lain walaupun mereka begitu kuat pada waktu itu. Mereka tidak menakluk negara-negara Asia Tenggara termasuk Melaka.
Kalau kita kaji rekod sejarah hubungannya dengan Kepulauan Melayu, pada keseluruhannya baik.
Dan rekod-rekod itu, yang saya selalu khabarkan kepada kawan-kawan, kalau kita benar-benar kaji rekod-rekod China itu, kita akan dapati bahawa merekalah yang mula-mula mengakui tentang kewujudan Kesultanan Melayu.
Merekalah yang mula-mula merekodkan tentang sejarah kawasan ini, bila wujudnya istilah Melayu dan sebagainya.
Jadi, dari segi itu, saya fikir, penting untuk kita menjaga hubungan ini dan saya bimbang jika ada orang lain yang mempunyai rancangan-rancangannya tersendiri.
Maksudnya ?
Ya, yang akhirnya berkompromi kedaulatan, kemerdekaan kita… kerana kita sudah tahu dalam isu-isu tertentu pun, apa pendiriannya yang sebenarnya.
Selanjutnya, sila baca wawancara bertajuk “Dr Chandra : Apa Agenda Anwar Tentang Politik Selat Melaka ?,” bertarikh 30 Jun 2011.
AIDC : Prof pernah menyebut tentang ‘kuasa sebenar’ yang memerlukan Anwar sebagai proksi mereka di Malaysia. Boleh prof. hurai lanjut.
Dr Chandra : Kuasa sebenar ataupun istilahnya dalam bahasa Inggeris dipanggil ‘deep state’ perlukan Anwar kerana matlamat utama mereka adalah untuk menguasai dunia. Ini juga matlamat Zionis yang memang berhubung kait dengan ‘kuasa sebenar’.
Penguasaan dunia dalam konteks Asia Tenggara dan Asia keseluruhannya. Bermakna, mereka memerlukan beberapa sekutu dalam konteks pertembungan kepentingan dengan China.
Mereka memerlukan beberapa sekutu. Bukan sekadar kawan tetapi sekutu yang mereka boleh percaya, yang dianggap sebagai sebahagian daripada strategi mereka.
Itulah sebabnya mereka memerlukan seorang seperti Anwar kerana mereka mempercayainya.
Kita tahu, Anwar pernah dilantik sebagai ketua yayasan yang dinamakan Foundation for the Future pada tahun 2005.
Yayasan ini bertujuan mengembangkan kononnya demokrasi di Asia Barat, tetapi mereka pilih seorang daripada Asia Tenggara untuk memimpin yayasan itu, jadi amat jelas, matlamat mereka itu.
Jika mereka tidak percayakan Anwar, mereka tidak akan pilih seorang daripada Asia Tenggara untuk memenuhi agenda mereka itu.
Foundation for the Future adalah badan yang ditubuh oleh individu tertentu di AS yang dihubung kait dengan Dick Cheney dan anaknya Liz Cheney dan mereka pula melantik Anwar Ibrahim dari Malaysia sebagai ketua.
Nampak perkaitan itu. Sebab itulah saya menganggap, Anwar sebagai individu yang mereka percayai, yang diperlukan oleh ‘kuasa sebenar’, sebagai sekutu mereka dalam konteks politik Asia.
Mengikut kaca mata mereka, Anwar amat penting dalam konteks politik Asia dengan China.
Penting dalam politik Asia dengan China ?
Ya. Diperlukan dalam soal politik Asia dengan China. Dalam soal itu, mungkin ‘kuasa sebenar’ kurang yakin dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
Mungkin kerana hubungan baik Najib dengan China. Hubungan sudah bermula dari legasi bapanya, Tun Razak dan diteruskan lagi oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dr Mahathir memperkukuhkan hubungan dua hala tersebut sebagai sesuatu yang dianggap unsur kekal dalam hubungan luar negara.
Kalau kita renung kembali, apa yang berlaku dalam sejarah hubungan Melaka-China, faktor hubungan baik inilah yang membolehkan Melaka berkembang sebagai empayar.
Sejarah mencatatkan yang menjadi seteru Melaka adalah kerajaan Siam, sebelum itu, Majapahit.
Namun, apabila Melaka bergantung dengan China, negara besar itu pula melindungi Melaka. China ketika itu, menganggap Melaka sebagai sahabat akrab mereka dan dengan keakraban itulah yang membantu Melaka wujud sebagai satu pusat perdagangan dan politik yang penting di Asia Tenggara.
Jadi, kalau kita rujuk sejarah, kita akan tahu bahawa hubungan Malaysia dengan China sangat penting.
Namun, dalam dunia moden hari ini, dalam konteks ‘kuasa sebenar’ AS, mereka menganggap China itu sebagai sasaran mereka..
Kenapa mereka sasarkan China ?
China sedang berkembang. Sedang muncul sebagai satu kuasa besar.
Dari segi ekonomi, China adalah penggerak ekonomi dunia pada masa ini. AS sendiri bergantung dengan China dari segi perdagangan.
Seluruh dunia tahu perkara ini bahawa China yang memegang, apa yang disebutkan sebagai treasury bill iaitu sebuah negara yang memegang sebahagian besar daripada perhutangan AS. Itulah sebabnya China amat penting dalam ekonomi dunia dan AS.
Dalam masa sama, mereka, yakni ‘kuasa sebenar’ juga bimbang dengan kemunculan China. Walaupun China tidak boleh mengatasi AS dari aspek ketenteraan, namun mereka tahu dari segi kuasa ekonomi dan diplomasi, kedudukan China sedang meningkat.
Mereka tidak mahu sebuah negara lain menjadi kuat, yang mampu menyainginya, yang mempunyai jumlah penduduknya yang begitu besar dan moden dari beberapa segi.
Mereka tidak mahu negara yang sedemikian rupa akan mencabar kedudukannya.
Maksudnya di Asia, China bakal beri persaingan kepada AS ?
Ya, dalam soal ekonomi adalah China. Selain China, satu lagi negara adalah Korea dan mungkin akan muncul pada masa depan, Vietnam.
Ini semua boleh dianggap sebagai pendekatan-pendekatan politik strategik yang diaturkan oleh ‘kuasa sebenar’ kerana matlamat mereka mahu terus menguasai dunia.
Bagi mereka, mereka mahu terus menguasai.

No comments:

Post a Comment