KOTA BHARU- Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun didakwa di
mahkamah majistret di sini semalam atas tuduhan memiliki dadah jenis
methamphetamine.
Remaja tersebut mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di depan Majistret Nik Habri Muhamad.
Pendakwaan dibuat mengikut seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh di hukum di bawah seksyen yang sama 12 (3) akta yang sama.
Jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun.
Mengikut pertuduhan, pada 12 Januari lalu, tertuduh miliki 96 biji pil kemerahan dan satu warna kehijauan 8.97 gram berat bersih mengandungi 1.36 gram dadah berbahaya jenis methamphetamine, di sebuah rumah di Kampung Sireh.
Timbalan Pendakwa Raya, Noor Dayana Mohamad, yang mengendalikan pendakwaan mencadangkan jaminan RM2,500 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh.
Bagaimanapun, peguam bela dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) yang mewakili tertuduh memohon jumlah jaminan dikurangkan atas alasan masih belajar di sebuah sekolah di sini.
Nik Habri kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM1,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan semula kes pada 8 Mei depan.

No comments:
Post a Comment