HOME

Pages

Saturday, 19 April 2014

SATU KELUARGA 10 BERANAK DARI KG , BACHOK DIHALAU KERANA TERIMA BR1M !!!



BACHOK – Satu keluarga 10 beranak di Kampung Changgung, di sini terpaksa pasrah kepada takdir apabila diusir dari rumah milik saudara sendiri hanya kerana perbezaan fahaman politik.

Esah Ya , 50, mendakwa, dia bersama suami, Che Mohd. Nor Che Mamat, 53, dan anak-anak mereka diminta berpindah segera oleh ibu saudaranya yang juga pemilik tanah dan rumah berkenaan.

Akibatnya, mereka terpaksa memunggah keluar semua barangan dan menumpang di rumah salah seorang anak di Kampung Nipah, dekat sini.

“Saya tidak tahu apa salah kami sampai kena halau. Tapi hubungan kami dengan tuan rumah memang renggang sejak suami saya menghantar borang keahlian UMNO baru-baru ini."

“Selepas itu segala-galanya berubah. Saya sudah tinggal di rumah ini sejak kecil,” dakwa Esah ketika ditemui di sini, kelmarin.

Esah memberitahu, rumah berkenaan merupakan harta pusaka peninggalan arwah datuk yang kemudian menyerahkan hak milik kediaman itu kepada ibu saudaranya yang berusia 68 tahun.

Katanya, sejak suaminya menyerahkan borang keahlian UMNO dan menerima wang Bantuan Rakyat 1Malaysia(BR1M) berjumlah RM500 pada Isnin lepas, sikap ibu saudaranya itu berubah dan tidak lagi membenarkan dia sekeluarga tinggal di rumah berkenaan.

“Kami sangat sedih bila dihalau keluar sambil pemiliknya memberitahu rumah ini lebih baik disewakan kepada orang lain,” dakwanya.

Sehubungan itu, Esah amat berharap untuk mendapatkan bantuan pihak tertentu bagi membina rumah sendiri di atas tanah mereka yang berdekatan.

4 comments:

  1. sahabatku . keluar dari bumi kelantan , bukan bermakna keluar dari bumi Allah . Hijrah kerana Allah . Amin

    ReplyDelete
  2. PRU 13 lps, mentua aku, org PAS, siap pesan, klu undi BN, jgn masuk rumah dia.
    Tp aku ni bukan jenis pemutus silaturrahim, aku buat bodoh je, mana dia tahu, aku ngan bini undi apa. Dia tanya undi apa, kita org diam je. Diaorg ingat kita org undi PAS agaknya, sbb, aku mmg org PAS sebelum ni, aku lg dulu masuk PAS dr mentua aku sebnrnya.
    Tu la bahana ajaran dua "tok guru" diaorg, mmg perosak umat. Pd aku, mudarat dua org "tok guru" tu kpd umat Islam lbh besar dr KS.

    ReplyDelete
  3. Hal yang tidak sepatutnya berlaku dalam hubungan sesama islam .

    ReplyDelete
  4. Amat simpati dengan apa yang berlaku dan diharapkan suatu hari nanti umat melayu berpegang dengan ajaran agama islam yang sejati dan penuh dengan persaudaraan tanpa sebarang fahaman politik.

    ReplyDelete