HOME
Pages
Saturday, 31 May 2014
Thursday, 29 May 2014
Wednesday, 28 May 2014
Gambar Lelaki Yang Rogol Budak Bawah Umur Di Tumpat Kelantan!!
Monday, 26 May 2014
Pemuda Umno Kelantan Desak Rayer Mohon Maaf
KOTA BHARU - Pergerakan Pemuda Umno Kelantan mendesak Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima R.S.N Rayer memohon maaf kepada anggota Umno dan orang Melayu atas kebiadabannya mengeluarkan kata-kata kesat terhadap parti itu dalam sidang Dun Pulau Pinang baru-baru ini.
Ketua Pemuda Umno Kelantan, Mohamad Azam Ismail berkata, kata-kata kesat yang diungkapkan Rayer disifatkan sebagai tidak bertanggungjawab, tidak beretika dan tidak bertamadun bagi seorang wakil rakyat.
"Sebagai Adun, beliau sewajarnya menunjukkan contoh yang baik dari segi perkataan mahupun perbuatan kerana kita sebagai rakyat Malaysia sangat terkenal dengan kesantunan dan kesopanan budi bahasa.
"Bagi sesiapa yang mendengar ungkapan yang dikeluarkan oleh beliau pasti akan berasa tersinggung dan terguris hati kerana ia sangat jelas menghina dan memancing kemarahan anggota Umno khasnya orang Melayu," katanya kepada pemberita ketika program Sembang Santai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) Bersama Orang Muda di sini, malam tadi.
Mohamad Azam berkata, Rayer perlu diberikan kaunseling supaya lebih berhati-hati semasa mengeluarkan sebarang kenyataan demi menjaga sensitiviti orang ramai di negara ini.
"Adun berkenaan perlu diberi kaunseling di samping kursus etika dan kesusilaan supaya lebih beradab dan berbudaya," katanya. - Bernama
Saturday, 24 May 2014
Terkini Bunuh Diri Di Kota Bharu !!
Friday, 23 May 2014
HUTANG NEGARA MENINGKAT?...ADUH PENING KAPLA!
Bil | Rizab dan Aset Bank Negara | Jumlah Aset dalam US$ Dollar |
1 | Rizab Wang Asing | 118.5 bilion |
2 | Rizab dalam IMF | 1 bilion |
3 | Hak Pengeluaran Khas (SDR) | 2 bilion |
4 | Rizab Emas | 1.5 bilion |
5 | Aset Rizab | 8.1 bilion |
Jumlah Rizab Antarabangsa | 131.1 bilion | |
Rizab antarabangsa ini bersamaanRM427.6 bilion. Paras rizab ini mampu membiayai 9.2 bulan import tertangguhdan 1.3 kali hutang luar negeri jangka pendek | ||
Rizab dan Aset Bank Negara | Jumlah Aset dalam RM | |
7 | Emas dan Pertukaran Asing serta Rizab-rizab Lain termasuk SDR | 427,568,808,213 |
8 | Kertas Kerajaan Malaysia | 1,852,271,927 |
9 | Deposit dengan Institusi Kewangan | 11,252,243,249 |
10 | Pinjaman dan Pendahuluan | 6,463,518,643 |
11 | Aset-aset Lain | 7,455,017,785 |
Jumlah | 454,591,859,817 | |
Modal dan Liabiliti | Jumlah Aset dalam RM | |
12 | Modal Berbayar | 100,000,000 |
13 | Rizab | 59,167,293,149 |
14 | Mata Wang dalam Edaran | 73,879,297,112 |
15 | Deposit Institusi Kewangan | 175,107,831,230 |
16 | Deposit Kerajaan Persekutuan | 9,983,267,080 |
17 | Deposit Lain-lain | 2,636,507,280 |
18 | Kertas Bank Negara | 98,311,404,342 |
19 | Peruntukan Hak Pengeluaran Khas (SDR) | 6,783,406,670 |
20 | Liabiliti-liabiliti Lain | 28,622,852,954 |
Jumlah | 454,591,859,817 |
- · Perbelanjaan Mengurus
- · Pembayaran Hutang
- · Simpanan/Rezab
Pas Parti Dayus! Sayuti Omar
Penulis pro-reformasi, Mohd Sayuti Omar (MSO) yakin seratus peratus hukum hudud yang diwar-war sekarang ini tidak akan dilaksanakan di Kelantan.
“Saya tetap yakin hampir 100% hukum hudud tidak akan dapat dilaksanakan memadangkan kepada berbagai halangan dan masalah yang ada hari ini. Selagi prasarananya tidak siap sepenuhnya ia tidak mungkin dijadikan kenyataan,”katanya dalam tulisan bertajuk “Hampir 100 peratus hudud tidak akan dapat dilaksanakan.”
MSO membuat ulasan susulan berikutan satu wacana yang dihadirinya bertajuk “Hudud: Ke manakah Kelantan?” di Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall, 20 Mei.
Selain MSO, wacana yang dipengerusikan Wan Ji Wan Husin itu turut dibarisi oleh dua ahli panel yang lain; Dr Abdul Aziz Bari (Pensyarah Unisel) dan Ibrahim Mohamad (bekas pegawai Kias).
Menurut MSO, hudud tidak akan kembali bergema tanpa cabaran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelantan, Datuk Husam Musa.
“Isu hudud bergema hebat sekarang ini apabila ianya mula dibangkitkan oleh Husam Musa, yang mendesak agar kerajaan Kelantan mengambil inisiatif untuk laksanakan hudud. Sekiranya ia tidak disentuh oleh Husam saya fikir kerajaan Kelantan tidak jadi segalak seperti hari ini menangani hudud.
“Selepas Husam buat desakan bersifat cabaran itulah, baru Ahmad Yaakub dan timbalannya ghairah untuk melaksanakan hukum hudud dengan membawa cerita untuk membawa private bill ke parlimen bagi memboleh Jadual ke 9 dipindah untuk membolehkan hukum dilasksanakan. Ahmad membuat penegasan jaminan hudud akan dilaksanakan tahun 2015. Beliau juga membayangkan resposibilitinya akan meletak jawatan sekiranya hudud tidak dilaksanakan.
“Alasan Husam ketika membuat seruan itu, masakan setelah 20 tahun selepas Kanun Jenayah Syariah II (KSJ2) diluluskan (1993) tetapi pelaksanaannya masih belum dibuat. Husam kurang senang hudud hanya timbul dan panas sewaktu pilihan raya saja. Sesuatu yang mungkin ramai tidak diketahui, KSJ2 yang diluluskan itu masih belum diwartakan sampai ke hari ini. Justeru langkah permulaan yang tidak pun perlu kerjasama dengan Umno kerajaan Kelantan perlu wartakan dulu kanun berkenaan.”
Berasaskan premis ini, MSO beranggapan hudud hanyalah tidak lebih daripada agenda politik dan gimik PAS Kelantan semata-mata.
“Bagi saya melihat kepada halangan dan juga sikap tidak serius kerajaan Kelantan itu jelas menunjukkan hudud hanya menjadi modal dan gimik politik semata-mata. Ianya sebagai syiar saja buat PAS seperti mana masjid sebagai syiar Islam di sesebuah kampung atau kawasan. Bagi PAS, hudud dijadikan buah tangan bagi Ahmad Yaakub kerana beliau tidak ada idea lain untuk ditonjolkan kepada rakyat selepas bergelar MB Kelantan.
“Manakala UMNO pula cuba mengambil kesempatan dengan menyatakan sokongan terhadap hudud yang ditentang hangit sebelum ini. Sokongan UMNO itu menunjukkan parti itu ingin menangguk di air keruh dan dalam masa sama bertujuan memecahkan perpaduuan dalam PAS dan Pakatan Rakyat.”
MSO turut mengulas pandangan Dr Aziz Bari dalam wacana tersebut.
“Abdul Aziz mengulangi padangannya sebelum ini, bahawa untuk melaksanakan hudud ia tidak memerlukan kepada pindaan Perlembagaan, hanya perlu meminda seksyen-seksyen kecil saja yang tidak pun memerlukan kuasa dua pertiga di parlimen. Ertinya Kelantan sudah boleh melaksanakan hudud kalau pun tidak dipinda Perlembagaan.
“Bahkan katanya kerajaan Kelantan atau mana-mana kerajaan negeri tidak memerlukan pindaan Perlembagaan untuk melaksanakan hudud kerana (hal ehawal agama) adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Hukum hudud termasuk dalam syariah Islam. Perkara ini sudah lama beliau maklum atau menasihatkan kerajaan Kelantan.
“Beliau melihat kerajaan Kelantan tidak fokus untuk melaksanakan hudud, bahkan tidak pun tahu untuk menguruskan melaksanakan hukum hudud. Jawatankuasa hudud yang ditubuhkan dimana beliau salah seorang ahli yang dilantik tidak pernah mengadakan mesyuarat untuk membincang kemajuan mengenai hudud. Hakikat ini membuktikan Kelantan main-main dengan hudud.
“Berdasarkan itu katanya kerajaan Kelantan tidak serius, atau pun kabur untuk melaksanakan hudud.”
Abdul Aziz dilaporkan FMT turut mengkritik PAS yang didakwanya gagal menjadi ‘taiko’ dalam Pakatan Rakyat (PR).
“PAS sendiri perlu menjadi ‘taiko’ di dalam PR, sebaliknya PAS hanyalah sebuah parti yang tidak tahu bagaimana untuk menaikkan namanya dan mereka bukannya parti yang mendahului dalam PR.
“Ahli Parlimen PAS tidak pernah belajar daripada kesilapan lalu, mereka sendiri sudah tahu rang undang-undang persendirian yang dibawa pembangkang akan diletakkan di bahagian paling bawah untuk dibaca oleh speaker dewan. Kenapa mereka tetap membawanya ke Parlimen walaupun sudah menjangkakan akan ditolak?” soalnya.
Seperti MSO, Abdul Aziz menyimpulkan agenda hudud hanya untuk memecahbelahkan perpaduan PR.
“PAS tidak sedar bahawa kini mereka telah masuk ke dalam perangkap Umno, dan Umno pula telah berjaya untuk memecahbelahkan PAS dan DAP,” katanya.
Thursday, 22 May 2014
Tuesday, 20 May 2014
Mahkamah Malaysia Tidak Adil!! Mahkamah Barua Pembangkang?!!
- 42 dibebas dari tuduhan sertai himpunan haram
- Kow Gah Chie | 11:44AM Mei 20 2014
- Selepas pendengaran lebih enam tahun, 41 aktivis dan seorang wartawan yang didakwa terlibat dalam perhimpunan haram semasa protes kenaikan harga barang pada 2008, hari ini dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen.
Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Mat Ghani Abdullah berkata, pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.
Beliau kemudiannya mengarahkan 42 yang ditahan itu dibebaskan serta-merta.
Antara dibebaskan anggota Parlimen Batu Tian Chua dan bekas wartawanMalaysiakini Syed Jaymal Zahiid.
Mereka didakwa terlibat dalam perhimpunan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di ibu negara pada 26 Januari 2008.
Syed Jamal turut didakwa menghalang Cif Inspektor Effendi Abdul Rahman daripada menjalankan tugas apabila bertanya pegawai pasukan itu berhubung penahanan peserta perhimpunan.