HOME

Pages

Friday, 23 May 2014

HUTANG NEGARA MENINGKAT?...ADUH PENING KAPLA!



Betul ke hutang negara semakin menimbun dan negara nak bankrap? 

Apa benar akibat hutang negara yang meningkat kepada RM529.9 bilion ini maka setiap orang dari 28 juta penduduk di Malaysia terpaksa menanggung hutang kerajaan secara nisbah dan puratanya RM18,000 seorang? 

Lojikkah kita membuat andaian dangkal tersebut? 

Lojikkah juga andaikan pembangkang dapat memerintah Malaysia dan Anwar menjadi Perdana Menterinya atau Presiden Republik Pakatan Rakyat Malaysia merangkap Menteri Kewangan maka segala hutang negara boleh diatasi? 

Semua dapat pendidikan dapat percuma, barang keperluan murah, tol tiada, minyak murah, semua dapat rumah, kereta jadi murah hatta MH370 yang hilang boleh dicari sesaat saja?

Bayangkan pula jika semua rizab negara habis, di mana kerajaan ketika itu mahu mencari wang? Mau pinjam duit dan berhutang dari IMF kah atau Bank Dunia kah?

Hakikatnya semua itu adalah auta seorang tukang mimpi dan pengkhayal tersohor! 

Mari kita kaji carta-carta berikut…



Lihat pula kedudukan semasa rizab dan aset Bank Negara Malaysia (BNM) ini. Adakah kita akan bankrap kerana tak dapat bayar hutang? Berapa ramai yang telah menjadi peminta sedekah dan merempat di jalanan?


Rizab dan Aset Bank Negara sehingga 22 Mei 2014

Bil
Rizab dan Aset Bank Negara
Jumlah Aset dalam
US$ Dollar
1
Rizab Wang Asing
118.5 bilion
2
Rizab dalam IMF
        1 bilion
3
Hak Pengeluaran Khas (SDR)
        2 bilion
4
Rizab Emas
     1.5 bilion
5
Aset Rizab
     8.1 bilion

Jumlah Rizab Antarabangsa
  131.1 bilion

Rizab antarabangsa ini bersamaanRM427.6 bilion. Paras rizab ini mampu membiayai 9.2 bulan import tertangguhdan 1.3 kali hutang luar negeri jangka pendek





Rizab dan Aset Bank Negara

Jumlah Aset dalam
RM
7
Emas dan Pertukaran Asing serta Rizab-rizab Lain termasuk SDR
427,568,808,213
8
Kertas Kerajaan Malaysia
1,852,271,927
9
Deposit dengan Institusi Kewangan
11,252,243,249
10
Pinjaman dan Pendahuluan
6,463,518,643
11
Aset-aset Lain
7,455,017,785

Jumlah
454,591,859,817



Modal dan Liabiliti

Jumlah Aset dalam
RM
12
Modal Berbayar
100,000,000
13
Rizab
59,167,293,149
14
Mata Wang dalam Edaran
73,879,297,112
15
Deposit Institusi Kewangan
175,107,831,230
16
Deposit Kerajaan Persekutuan
9,983,267,080
17
Deposit Lain-lain
2,636,507,280
18
Kertas Bank Negara
98,311,404,342
19
Peruntukan Hak Pengeluaran Khas (SDR)
6,783,406,670
20
Liabiliti-liabiliti Lain
28,622,852,954

Jumlah
454,591,859,817

Sumber: http://www.bnm.gov.my

Rajah di atas jelas menunjukkan kita masih lagi mempunyai rezab dan aset negara yang kukuh. Inilah bukti kejayaan kerajaan selama hampir 57 tahun memerintah. Ditegaskan hutang luar negara adalah masih rendah iaitu RM16.9 bilion sejajar dasar kerajaan mengutamakan pinjaman dalam negeri yang mempunyai kecairan tinggi, kos pinjaman lebih rendah dan mampu meminimumkan risiko pertukaran mata wang asing. 

Sedangkan hutang dalam negeri yang banyak (RM512.3 bilion) itu meliputi hutang-hutang awam Kerajaan Negeri pada Kerajaan Persekutuan, hutang Kerajaan Pusat dan Negeri pada bank-bank tempatan dan juga hutang-hutang perniagaan GLC pada bank-bank dalam negara. Ertinya hutang tersebut hanya berlegar dalam negara. Kita tidak tertakluk dan bergantung pada negara asing atau hutang antarabangsa sama sekali. Rakyat Malaysia tidak pun pernah dipaksa membayar hutang itu untuk kerajaan! 

Jadi apa perlu kita risau jika hutang dalam negara boleh diuruskan dengan baik dan dibayar secara ansuran atau berperingkat-peringkat setiap bulan kepada pihak pemberi pinjaman? 

Hakikatnya, setiap pendapatan negara yang kebanyakannya dikutip dari hasil percukaian akan digunakan untuk tiga tujuan utama berikut: 
  • · Perbelanjaan Mengurus 
  • · Pembayaran Hutang 
  • · Simpanan/Rezab 
Sebenarnya defisit perbelanjaan negara adalah perkara biasa dalam ekonomi sesebuah negara di dunia. Mengikut teori ekonomi defisit hanya boleh diatasi jika semua subsidi dihapuskan. Namun sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, perkara ini tidak akan berlaku kerana sifat keprihatinan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang sentiasa menjaga dan mendahulukan kesejahteraan rakyat.



Subsidi telah dimansuhkan secara berperingkat-peringkat bagi memberi ruang kepada rakyat meningkat pendapatan mereka. Malah wang dari penjimatan subsidi tersebut disalurkan kembali kepada rakyat secara bersasar seperti bantuan BR1M, biasiswa, pembinaan infrastruktur pendidikan, kesihatan, perumahan rakyat PR1MA dan sebagainya. 

Inilah kebijaksanaan kerajaan BN menguruskan kewangan negara. Tak perlu kita menuduh, memfitnah dan memaki hamun pihak lain yang bertungkus lumus membangunkan negara jika kita sendiri tidak tahu mentadbir dan menguruskan ekonomi negara ini. 

Kenapa kita perlu mempertikai kemampuan kerajaan menguruskan hutang negara? Sebagai contoh, pada tahun 2011 Malaysia telah terbukti berjaya menguruskan pembayaran hutang syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Felda kepada Asian Development Bank (ADB) dan Bank Dunia sejak 1965-2002 berjumlah US$3,931 juta - sesuatu yang di luar jangkaan pihak pembangkang yang sering mempertikaikan kemampuan negara membayar hutang. 

Ini adalah sebahagian dari contoh kecil yang menunjukkan kemampuan negara mengendalikan hutangnya. Mana-mana kerajaan di dunia terpaksa berhutang demi pembangunan dan kesenangan rakyatnya. Cuma yang membezakan ialah Malaysia berjaya menguruskan hutang negara dengan cemerlang kerana kebijaksaan para pemimpinnya menguruskan kewangan. 

Syukur kita kepada Allah kerana kepimpinan negara berjaya mewujudkan banyak peluang pekerjaan dan. 47 buah GLC kini bergerak aktif dalam Bursa Saham Malaysia dan dapat menjana kewangan serta pembangunan negara. Semua ini merupakan sebahagian ikthiar kita mengelak negara dari bankrap akibat hutang! 



Apa bezanya dengan pembangkang? 

Punaisihat Mr Mansuh banyak berjanji akan guna segala rezab untuk mempercumakan segala-galanya. Kesannya rezab akan menyusut dalam masa beberapa bulan saja dan mendedahkan negara kepada risiko bankrap, penyeludupan berleluasa, kehadiran lebih ramai pendatang haram untuk bersama-sama merebut nikmat percuma negara kita. 

Bila ini terjadi bebanan kerja pihak penguatkuasa akan bertambah sedangkan mereka juga berjanji akan mengurangkan bilangan kakitangan awam termasuklah polis. Adakah pihak pembangkang masih belum cukup inzal berfantasi kononnya tugas itu boleh dilaksanakan dengan cemerlang oleh seorang Robocorp atauSuperman, Batman dan pelbagai lagi hero khayalan? 

Adakah kita mahu mengikut desakan seorang dua tuan punahsihat ekonomi yang bertenggek cari makan dalam pakatan pembangkang untuk menasihatkan kita berkaitan pengurusan ekonomi negara? 

Belajar dari contoh pengurusan FELDA 

Contoh paling baik ialah apa akan jadi jika kerajaan dan Felda tunduk pada desakan pembangkang yang ingin menghalang penyenaraian saham Felda Global Venture (FGV) dulu. Sudah pasti Felda kini akan berada ditakuk lama memanjang tanam sawit saja. Namun dihari penyenaraiannya, FGV berjaya mengumpulkan tunai RM10.45 bilion. Keuntungan tersebut turut dinikmat warga Felda.


Namun kerana kebijaksanaan Felda, GLC ini berjaya ke tahap global hingga mampu membuka banyak syarikat, hotel dan lain-lain perkhidmatan di luar negara termasuk bekerjasama dengan UAE membuka hypermarket LULU tahun hadapan. 

Hakikatnya, Malaysia ramai pakar dalam dan luar negara yang lebih kredible dan berdedikasi memberi nasihat bahkan ternyata perdana menteri kita sendiri juga seorang graduan ekonomi.

Mana-mana kerajaan di dunia pun akan bayar hutang luar negaranya secara beransur-ansur agar tidak mengganggu keseluruhan sistem kewangan negara mereka. Macam kita juga, jika ada duit banyak sekalipun adakah kita akan langsai semua hutang sekaligus tanpa memikirkan bahagian untuk simpanan luar jangka?

No comments:

Post a Comment