HOME

Pages

Wednesday, 14 May 2014

CALON DAP RAMKARPAL JADI PEMBELA PEMBUNUH TAN CHING CHIN






Cheong Teik Keon seorang jurutera dituduh membunuh teman wanita berusia 24 tahun pada Hari Valentine pada tahun lepas telah memilih untuk mengekalkan Ramkarpal Singh sebagai peguamnya.

Cheong telah didakwa melakukan kesalahan itu terhadap Tan Ching Chin, seorang kerani , di rumah beliau di no. 2703, Taman Hwa Seng, Jalan Rozhan pada 14 Feb tahun lepas. 

Kesalahan itu membawa hukuman mati mandatori. Ramkarpal peguam kepada tertuduh pembunuh ini? Apakah perasaan ibu bapadan keluarga Tan Ching Chin? 

Nampaknya, Ramkarpal seperti bapanya hanya menjadi peguam kepada kes-kes jenayah seperti bunuh sama seperti bapanya hanya membela orang-orang yang ada wang banyak saja seperti kes sodomi dan rasuah Anwar Ibrahim. Siapa boleh teka berapa Anwar kena bayar perkhidmatan Karpal Singh?Walaupun Karpal sudah mati, tetapi catatan bil-bil guaman tidak pernah mati! 

Maknanya, jika kamu ahli DAP biasa, orang miskin, tidak mampu membayar yuran guaman, tidak mampu menyediakan upahan peguam yang ratus ribu ringgit dan berjuta ringgit, tidak usah mimpilah mendapat khidmatnya. 

Adakah Ramkarpal akan membela nasib peniaga-peniaga yang diroboh gerai mereka? Jawapannya, No Money NoTalk!

Kesimpulannya, Ramkarpal atau Karpal bukanlah hero kerana khidmat mereka dibayar dengan yuran guaman yang sangat tinggi. Mereka bukanlah pejuang hak asasi rakyat melainkan pejuang berbayar yang anda kena membayarnya. Selama inipun mereka hanya menerima kes-kes jenayah yang bernilai tinggi. Wang first, You Second. 

Pengundi Bukit Gelugor tidak patut memilih peguam kepada si tertuduh pembunuh wakil mereka dalam parlimen.

No comments:

Post a Comment