HOME

Pages

Wednesday, 17 September 2014

#Pengkalan Kubor Pas Bermutaah Dengan Abby Abadi The Cakar Girl



Semalam dalam muktamar Pas semasa Mat Sabu Berucap sekumpulan 50 orang perwakilan keluar sebagai tanda protes mereka terhadap Mat Sabu yang membelakangi Presiden Pas dan Majlis Syura Ulama. Ini adalah satu peristiwa yang sangat memalukan bagi muktamar Pas yang berlangsung di Johor semalam.

Hari ini di Pengkalan Kubor , makluman dalaman Parti Pas setelah berbincang mengenai masalah mereka hadapi semasa kempen yang mana tidak banyak menyebelahi mereka berbanding dengan calon BN .Bahagian strategik Pas datang dengan satu idea iaitu membawa Koleksi Ustazah segera Pas iaitu Abby Abadi . Dayangku Intan dan juga Aisyah atas nama Konsert Amal Darul Naim. Program ini difikirkan mereka dapat menarik penonton tempatan keluar bagi memberi sokongan kepada mereka sambil berhibur.

Kita semua tahu negeri kelantan ada cara mereka berhibur sendiri bukan konsert sebegini, mereka hanya mahu kerajaan yang dapat membela nasib mereka, bukan kerajaan batu asas, kerajaan yang pandai berjanji atau kerajaan hipokrit yang berselindung di balik Parti Islam.

Maklumat dalam Pas juga menyatakan program konsert ini tidak dipersetujui oleh orang kanan parti namun di teruskan juga dengan jentera yang ada. 


Cuba bandingkan program Forum Perdana ini pula, bagaimana kerajaan pusat memberi makanan rohani terhadap pengundi dun pengkalan kubor .Tarikh yang sama tapi agendanya berbeza satu konsert satu Forum Perdana Ehwal Islam. Fikir-fikirkanlah pengundi dun pengkalan Kubor pilihlah Calon yang tidak hipokrit, tidak menjual agama dan mampu menjaga kebajikan rakyat!! Undilah Calon Bn!! 


1 comment:

  1. Cukup2 la dok sebar fitnah...konsert tu bukan ada pun tapi sengaja disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab..

    http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2014/09/19/pas-nafi-anjur-konsert/

    ReplyDelete