HOME

Pages

Wednesday, 29 October 2014

SANGAT JIJIK, ANWAR GUNA BOMOH BENGGALI DALAM MAHKAMAH


KELIBAT BOMOH BENGGALI YANG DIGUNAKAN ANWAR IBRAHIM


ASTAGFIRULLAH AL AZIM, APA SUDAH JADI KEPADA ANWAR IBRAHIM? DESPERADO? KITA HANYA MEMOHON KEPADA ALLAH SWT KETIKA DALAM KESUSAHAN, TETAPI ANWAR MENGUPAH LAGI BOMOH BENGGALI (GAMBAR DI ATAS).

PENGAMAL PERUBATAN ISLAM TERSOHOR DI DUNIA TG DATO' DR. HARON DIN TIDAK DIPANDANG, TG NIK AZIZ DILUPAKAN, ANWAR AMBIL BOMOH BENGGALI PULA. BOLEHKAH ANDA BAYANGKAN MANTERA JAMPI SERAPAH SELURUH PELUSUK BANGUNAN MAHKAMAH? NAMPAKNYA ANWAR TIDAK MAMPU MEMBUANG DNA KEBENGGALIANNYA DALAM DIRINYA, PATUTLAH SEMUA PEGUAMNYA TIADA SEORANG PUN ISLAM DAN MELAYU!

DULU BOMOH BENGGALI ITU MENGIKUT KE MANA SAHAJA MENDIANG KARPAL SINGH PERGI, HARI INI APABILA KARPAL SINGH SUDAH MATI, ANWAR IBRAHIM PULA MENGGUNA PAKAI BOMOH MENDIANG KARPAL SINGH. PATUTLAH SEWAKTU HAYATNYA MENDIANG KARPAL SINGH BERKATA-KATA DI BAWAH:-

SESUNGGUHNYA, BENARLAH KATA MENDIANG KARPAL SINGH:- "ANWAR IBRAHIM HAS CREATED ENOUGH TROUBLE FOR THIS COUNTRY. ANWAR IBRAHIM WAJIB BERTAUBAT" (MENDIANG KARPAL SINGH)

MARI KITA ULANGKAJI SEDIKIT PERBOMOHAN DALAM KONTEKS ISLAM:


AMALAN PERBOMOHAN

MENURUT ISLAM

1. Islam amat menitikberatkan soal-soal aqidah, syariah dan akhlak. Segala amalan dan kepercayaan yang tidak berdasarkan kepada sumber-sumber asal Al-Qur’an, Hadith, Ijmak dan Qias adalah ditolak. Dalam urusan perubatan kepada pesakit, hanya Allah sahaja berkuasa mutlak menentukan sesuatu dan menjadikannya (Garis Panduan Perbomohan Menurut Islam JAKIM 2008).

2. Pengubatan Islam adalah satu usaha dalam merawat penyakit yang berasaskan wahyu Ilahi yang diambil dari petunjuk Al-Quran dan As-Sunnah, yang juga dikenali sebagai Pengubatan Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wasallam. Manakala perbomohan pula suatu kaedah ikhtiar mengubati penyakit secara tradisional menggunakan tumbuh-tumbuhan herba dan jampi tertentu berdasarkan pengalaman yang dipelajari secara turun temurun (Garis Panduan Amalan Pengubatan Dan Perbomohan Menurut Islam, Jabatan Mufti Negeri Melaka 2012).

3. Hukum mengamalkan pengubatan alternatif atau komplimentari adalah harus, dengan syarat ianya tidak mengandungi perkara-perkara yang bertentangan dengan syarak. Dalam sejarah Islam, memang wujud cara pengubatan tertentu sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam dan para sahabat. Selain daripada cara-cara biasa, mereka juga menggunakan doa-doa khusus bagi mengubati penyakit-penyakit tertentu (Garis Panduan Amalan Pengubatan Dan Perbomohan Menurut Islam, Jabatan Mufti Negeri Melaka 2012).

4. Setiap individu atau kumpulan tidak boleh mendakwa bahawa perbomohannya bersumber daripada Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wasallam, para anbia’ atau diambil daripada al-Qur’an dan hadith atau berasal dari amalan para sahabat Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam atau lain-lain jika tidak ada alasan yang kukuh berdasarkan nas al-Qur’an atau al-Hadith (Garis Panduan Amalan Pengubatan Dan Perbomohan Menurut Islam, Jabatan Mufti Negeri Melaka 2012).

5. Syarat-Syarat Pengamal Perbomohan.

Seorang pengamal perbomohan perlulah memenuhi syarat-syarat berikut:

(a) Beragama Islam, aqil baligh serta mengetahui apa yang diucapkannya;

(b) Tidak melakukan perkara-perkara yang boleh membawa syirik, sama ada melalui iktikad, perkataan atau perbuatan;

(c) Tidak meninggalkan ibadat-ibadat wajib dalam Islam seperti sembahyang fardhu, puasa dan zakat;

(d) Tidak melakukan maksiat, jenayah dan yang bertentangan dengan undang-undang negara;

(e) Tidak memecahbelahkan masyarakat dan keluarga;

(f) Tidak mentafsir ajaran agama Islam mengikut hawa nafsu;

(g) Tidak memasukkan atau menggunakan unsur-unsur yang bercanggah dengan Islam seperti sihir, ilmu hitam dan menurun kerana pengamalnya termasuk dalam kategori penyeru iblis dan syaitan dengan ucapan-ucapan yang tidak wajar atau boleh membawa kepada kufur dan syirik;

(h) Tidak boleh melakukan ramalan tentang buruk atau baik pada masa akan datang dan tidak harus menyatakan pada ramalan yang telah lalu dengan cara tebakan, tenung dan lain-lain.

(i) Hendaklah mengikhlaskan hati dengan amalan semata-mata mencari keredhaan Allah Subhanahu Wata’ala; dan

(j) Hendaklah sentiasa bertakwa kepada Allah kerana Allah sahaja yang memberi kebaikan dan pertolongan.

6. Larangan-Larangan Dalam Perbomohan:

Seseorang yang ingin mendapatkan rawatan secara perbomohandilarang (haram) melakukan perkara-perkara berikut :

(a) Menggunakan bentuk amalan sihir, ilmu hitam, tilik tenung, tukang nujum, ramalan tapak tangan dan silap mata;

(b) Mengaitkan sesuatu pengeras dengan suatu akibat;

(c) Percaya kepada sial dan mudarat yang menimpa seseorang atau diri;

(d) Melakukan perkara-perkara yang berunsur syirik seperti semah pantai, buang ancak dan lain-lain;

(e) Menyembelih binatang untuk sesuatu tujuan yang bukan syar’i;

(f) Melakukan perbomohan atau bacaan tertentu yang menggunakan unsur-unsur meminta izin atau bantuan dari kuasa-kuasa makhluk “ghaib” dalam acara perbomohan;

(g) Menyajikan makanan untuk menjamu penunggu;

(h) Mentaati bomoh atau seseorang pada perkara-perkara yang jelas bercanggah dengan aqidah dan syariat Islam; atau

7. Bayaran Perkhidmatan / Pengeras Dalam Perbomohan

(a) Sebarang pengeras tidak boleh digunakan dalam perbomohan jika ia dikaitkan dengan untung nasib, buruk atau baik.

(b) Bayaran perkhidmatan hanya dibolehkan mengikut kesesuaian perubatan dengan tidak terlampau tinggi hingga boleh memberatkan atau menindas dan tidak membawa maksud tolong-menolong.

Kesimpulannya, tidak dibenarkan amalan perbomohan dan pengubatan Islam menggunakan kaedah atau kepercayaan seperti yang difahami oleh setengah-setengah pihak yang tidak dikehendaki syarak seperti dengan memanggil roh datuk nenek, roh wali-wali, syeikh-syeikh dan khadam tertentu. Oleh itu, kita dibolehkan untuk melakukan jampi kepada diri, kaum keluarga atau orang lain yang ditimpa kesusahan, kerana jampi merupakan doa perlindungan berdasarkan syarak. Jika lain dari itu perlu dilihat adakah ia berlawanan dengan syarak atau tidak.

1 comment:

  1. Bangang punya kelateloni...apa salahnya si 'bai' datang! betul ke bai tu bomoh! jampi serapah bai tu macammane bunyinya.ada pernah dengor ke....

    bahlol betul pemilik blog ni....

    ReplyDelete