Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan jihad seks?
Jihad seks tidak pernah wujud dalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka mahupun mana-mana kamus di dunia ini.
Malah di dalam Islam dan kalamullah juga tidak pernah diceritakan tentang jihad seks.
Bahkan jika diperhalusi sehingga hari ini tidak ada pengertian pelacuran berhubung jihad tersebut.
Istilah itu tidak pernah langsung disebut, sebab itu dalam Islam ada menekankan pernikahan dengan sejelas-jelasnya.
Perbuatan yang dipanggil jihad al-nikah atau jihad seks itu sebenarnya bertentangan dengan ajaran Islam.
Jihad seks sudah jelas dan terang ia adalah haram dan tidak tiada keperluan mengeluarkan fatwa khas mengenai jihad seks kerana ia jelas bertentangan dengan syariat Islam.
Islam ini mengajar tentang iddah, mengajar menyucikan rahim baharu boleh kahwin selepas tiga bulan.
Malah dalam Islam tidak ada satu mazhab pun yang membolehkan umat Islam dijadikan hamba seks.
Dalam Islam apa mazhab pun tidak membenarkan perkahwinan serupa itu.
Islam amat menjaga hubungan seks dan bukan semudah-mudahnya sebab Islam mengajar tentang kesucian dan kebersihan keturunan.
Fikir sebelum bertindak
Umat Islam diminta tidak terpengaruh dengan agenda pihak tertentu yang mahu memburuk-burukkan agama dengan perjuangan songsang.
Umat Islam perlu sentiasa mengkaji terlebih dahulu mana-mana perjuangan yang kononnya menggunakan agama sebagai tiangnya.
Tidak ada dikatakan ada waktu tertentu dalam perkahwinan yang sewenang-wenangnya membenarkan pasangan bertukar dan kemudian berkahwin lagi dalam masa beberapa jam.
Hubungan antara lelaki dengan perempuan dalam Islam hanya sah dengan pernikahan yang sah dan halal. Oleh itu, tiada istilah ‘wanita penghibur’ atau jihad seks dalam Islam.
No comments:
Post a Comment