SHAFIE TIMBALAN SPEAKER DUN SELANGOR, HANYA 28 UNDI SAHAJA, DAP TAK UNDI
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bangi daripada PAS Mohd Shafie Ngah dipilih sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Negeri Selangor (DNS).
Pemilihan itu dibuat pada persidangan DNS pagi ini.
Nama Shafie dicadangkan oleh Adun Cempaka, Iskandar Abdul Samad.
Adun Sekinchan, Ng Swee Lim juga dicadangkan untuk jawatan itu oleh Adun Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah.
Sementara itu, Ketua Pembangkang DNS iaitu Adun Sungai Burong, Datuk Mohd Shamsuddin Lias yang mencelah selepas Yang Dipertua DNS, Hannah Yeoh memaklumkan pengundian dijalankan bahawa Adun BN berkecuali.
Shafie mendapat 28 undi sementara Ng 14 undi dan satu undi rosak.
Jawatan berkenaan kosong berikutan penyandangnya iaitu Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad dilantik sebagai exco kerajaan negeri pada 26 September lalu. - HARAKAHDAILY
No comments:
Post a Comment