KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan Pengarah Eksekutif Lawyers For Liberty, Eric Paulsen yang mengeluarkan kenyataan menuduh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mempromosikan fahaman ekstremis di negara ini.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mengesahkan perkara tersebut melalui laman Twitter miliknya berkata, PDRM baru sahaja menangkap Eric di pejabatnya, Brickfields kira-kira pukul 9.45 malam ini.
“Kita telah menahan Eric. Soal siasat akan dijalankan dan perintah tahanan reman bakal dikeluarkan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Kenyataan yang dikeluarkan Eric kelmarin menuduh Jakim menyebarkan fahaman itu pada setiap Jumaat yang dipercayai merujuk kepada khutbah solat Jumaat kepada umat Islam menerusi laman sosial Twitternya.
No comments:
Post a Comment