Gambar Hiasan |
Pengarah Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Datuk Dr Ghazali Hasni Md Hassan berkata, sebanyak 187 kes dilaporkan menerima rawatan di hospital berkenaan sejak awal Januari sehingga semalam.
“Daripada jumlah itu, majoritinya melibatkan kes di Kota Bharu dan selebihnya di daerah lain.
“Ia menunjukkan peningkatan mendadak selepas banjir lalu yang mencatatkan purata 12 kes sehari menerima rawatan di HRPZ II,” katanya kepada pemberita pada sidang media, semalam.
Menurutnya, kes dianggap serius berikutan wad di unit rawatan rapi (ICU) HRPZ II terpaksa ditambah kerana tidak mampu menampung pesakit yang ramai.
“Setakat ini kita terpaksa mendapatkan bantuan peralatan dari Kuala Lumpur dan membuka sebuah lagi wad ICU untuk merawat pesakit kritikal akibat penularan wabak kencing tikus.
“Sebenarnya penyakit ini boleh dirawat tetapi jika pesakit datang dalam keadaan serius dan kita dapati banyak organ dalaman rosak akibat serangan wabak ini, ia boleh menyebabkan kematian,” katanya.
Beliau berkata, majoriti yang terkena wabak itu berusia lingkungan 30-an dan dipercayai terkena jangkitan ketika membersihkan kawasan sekitar rumah selepas banjir.
“Berkemungkinan ketika membersihkan kawasan rumah selepas air surut, mendedahkan orang ramai dengan air tercemar disebabkan tikus lalu di kawasan yang ditenggelami banjir.
"Jadi saya nasihatkan orang ramai, jika terdapat simptom awal seperti demam panas berlarutan, disusuli kekejangan dan letih berpanjangan, segera dapatkan rawatan di hospital untuk rawatan susulan," katanya.
No comments:
Post a Comment